Bab 2

366 11 0
                                    

Clap! Clap! Clap! Clap!

Tepukan tangan seseorang membuatkan kedua-duanya terpaku. Alisa memusingkan badannya memandang dua orang jejaka yang muncul secara tiba-tiba itu. Wow Hot! Tungkas hati Alisa. Manakala mata Ardellia membulat.Terkejut.

Ryan!

Kaku dia ditempatnya. Merah mukanya. Ya Allah, jangan cakap ni kereta Ryan?

Ardellia jadi panik sendiri. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat. Sudahnya dia hanya diam tak berkutik dibelakang Alisa.

Minta-minta dia tak kenal aku!

***

Sebaik sahaja keduanya beredar. Ryan terus meletakkan not RM50 diatas meja.
"Let's go!" Tungkas Ryan dan Haziq hampir tercekik suapannya yang terakhir.

"Kejap lah woiii" Haziq melaung dan sempat disedutnya air teh tarik dia sepintas lalu sebelum dia turut bangun mengekori langkah Ryan.

'Nak kemana pulak si Ryan ni? Tak menyempat.'

Tapi dia tetap mengekori Ryan. Sehinggalah dia melihat Ryan tegak berdiri tidak jauh dari keretanya.

"Kenapa kau tiba-tiba berdiri dekat sini?" Tanya Haziq. Langkahnya turut mati disisi Ryan dan matanya turut memandang ke arah yang sama.

Nun, disana. Ada seorang gadis berkebaya hitam sedang berdiri berdekatan kereta Aston Martin Ryan. Sedang berposing. Saat itu juga barulah Haziq teringat sesuatu.

"Sekarang baru aku ingat. Memang aku kenal perempuan berbaju kebaya tu. Ardellia Bella!!!"

"Ardellia Bella!" Gumam Ryan dan matanya tidak lepas dari memandang tingkah gadis berkebaya hitam itu.

"Kau pun kenal dia? Agak dah. Itu kan supermodel yang sedang famous sekarang ni. Dia tu duta untuk game baru syarikat Arch Technology. Your rival company!" tambah Haziq.

"Wow...kau tengok cara dia pose, kau tengok badan dia dan mimik muka dia. Patutlah Ardellia ni jadi kegilaan ramai" Haziq meluahkan kekagumannya. Ye lah pertama kali tengok super model beraksi depan mata kot.

Setelah itu Haziq dengan bersemangat menghampiri dua gadis tersebut dan dia terus bertepuk tangan. Tanda sokongannya. Maklumlah peminat kan.

Clap! Clap! Clap! Clap!

Kedua- dua gadis yang sedang leka berfoto itu tersentak sebelum mereka memandang Haziq. Ryan meletakkan sebelah tangannya kedalam poket seluar dan perlahan turut menghampiri kedua gadis tersebut.

Ryan nampak dengan jelas. Air muka terkejut Ardellia dan juga pipinya yang memerah. Malu? Sebab kantoi bergambar dengan keretanya atau malu aksinya diperhatikan.

Sungguh! Ryan tertarik dengan tingkah gadis yang bernama Ardellia itu. Padahal ini baru pertama kali mereka bertemu dan mereka belum saling berkenalan lagi.

Tingkah Ardellia yang bergerak perlahan untuk berlindung disebalik badan temannya itu menarik perhatian Ryan dan tanpa sedar bibirnya senget sebelah dan dia tersenyum senget.

"Miss Ardellia Bella right?" Haziq dengan rasa girang berjalan menghampiri Ardellia dan kepalanya diintai disebalik belakang Alisa.

Ardellia perlahan bergerak keluar dari belakang Alisa dan dia tersenyum janggal dan mengangguk.

"Memang tak salah lagi tekaan! Err..I'm Haziq Naufal by the way, your fan." Haziq menghulurkan tangannya pada Ardellia.

"Hello. I'm Alisa. Ardellia's PA" Alisa menyambut huluran tangan Haziq membuatkan wajah Haziq cemberut. Dia nak berkenalan dengan Ardellia, tapi orang lain pulak yang menyambut tangannya.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now