EPISODE 3

1.2K 55 1
                                    

<333

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<333

“BAIKLAH, terima kasih kerana hadir interview. Saya akan telefon awak jika awak dapat tawaran ini” terang Anaf Fedrin, pengasas interview cari jodoh untuk Zafreel Lutfian.

Gadis berdress merah itu keluar dengan senyuman di bibir. Dia berharap yang dia dapat 2 juta yang dia inginkan sangat.

Walaupun yang interview dia tu bukanlah lelaki yang nak isteri, tapi Anaf Fedrin pun boleh tahan kacak jugak.

Tapi gadis-gadis yang interview hari ini tak tahu yang disebalik takbir, ada Zafreel Lutfian yang menjadi penonton setia.

“Tolak dia. Dia lebih berminat dengan kau, bukan dengan aku” terang pula Zafreel Lutfian di telefon bimbitnya. Ada earpod di telinga Anaf Fedrin.

Anaf Fedrin hanya mengangguk. Dia koyakkan kertas resume milik gadis sebelum ini.

Zafreel Lutfian lihat resume seterusnya melalui skrin komputer. Dia melihat sepenuhnya resume tersebut. Ada sesuatu yang menarik minat dia.

‘Pekerjaan: Pemilik Hanna Cafe’.

Bila dia lihat pekerjaan di dalam resume itu, Zafreel Lutfian terus pandang akan nama dan gambar wanita yang akan di-interview untuk seterusnya.

“Hannabella Lilyana binti Muhammad Hazim” sebut Zafreel Lutfian.

Buat seketika selepas berpuluh-puluh yang datang interview, baru sekarang Zafreel Lutfian rasa berminat.

“Aku nak interview gadis yang seterusnya” arah Zafreel Lutfian. Anaf Fedrin bangun dan membuka pintu yang tersembunyi. Zafreel Lutfian keluar dan duduk di tempat yang Anaf Fedrin duduk sebelum ini.

Selepas lima minit, pintu dibuka dan Hannabella Lilyana masuk dengan senyuman tipis. Dia melangkah perlahan dan duduk berhadapan Zafreel Lutfian.

“Assalamualaikum” ucap Hannabella Lilyana. Dia datang pun sebab terpaksa.

Penampilan dia hari ni, dibeli dan dihias oleh Melina Tiana. Sumpah dia rasa rimas. Terpaksa senyum sepanjang masa.

“Waalaikumusalam, boleh kenalkan diri?” tanya Anaf Fedrin. Zafreel Lutfian hanya senyap dan memerhati Hannabella Lilyana.

“Bukan dah baca ke resume saya? Nak saya kenalkan apa lagi?” selamba Hannabella Lilyana balas. Dah terang-terang maklumat dia ada dalam resume, nak terangkan lagi ke?

Tak pandai baca ke apa?

Dan function resume?

Untuk pendapat semua, Hannabella Lilyana tak pernah interview sebelum ni jadi dia tak tahu dia buat apa. Habis je sekolah, dia terus bukak cafe dengan bantuan parents dia.

Terkejut Anaf Fedrin jadinya. Macam-macam jenis perempuan dia jumpa, Hannabella Lilyana sahaja yang lain.

Terangkat sikit hujung bibir Zafreel Lutfian. ‘Menarik’.

Lutfian Perfect Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now