EPISODE 22

1.3K 47 7
                                    

<333

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<333

SINARAN matahari membuatkan Hannabella Lilyana terjaga dari tidurnya.

Selepas sahaja pulang dari date berdua dengan Zafreel Lutfian, mereka berdua terus pulang ke hotel dan sambung percintaan mereka sampai baru bangun tidur pukul 12 tengah hari ye.

Hannabella Lilyana lihat Zafreel Lutfian yang masih lena tidur disebelahnya. Tak sampai hati nak kejut jadi Hannabella Lilyana biarkan sahaja.

Telefonnya diambil. Dibuka dan dia membuka Instagram miliknya.

Story IG ditekan. Dia skip jika tidak penting dan ada satu post yang menarik minatnya.

‘Mafia terkenal masih dicari oleh Polis Malaysia. Jika ada yang mengetahui keberadaan Mafia ini, sila laporkan kepada Polis Malaysia. Ganjaran akan diberikan’ dibaca ayat yang ada di dalam hati.

Gambar yang disiarkan juga dilihat.

Hanya nampak dari belakang dan ada sesuatu yang menarik perhatian Hannabella Lilyana.

Kenapa badan lelaki dalam gambar ini sama dengan badan suaminya?

Dan yang paling musykil sekali,

Ada satu taik lalat di bahu kanan lelaki itu.

Sama dengan Zafreel Lutfian.

“Tak mukinlah..” Hannabella Lilyana cuba tak syak suaminya.

Dibuka link artikel tersebut kerana rasa ingin tahu.

Walaupun hati cuba menidakkan.

‘Kajian yang didapati oleh Polis, lelaki yang dilihat dari gambar cctv ini adalah seorang Mafia yang paling dikehendaki. Satu teori yang dapat Polis pastikan adalah, lelaki ini bukan berasal dari Malysia dan selalu berulang-alik luar negara untuk suatu bisnes yang tak dapat dipastikan..’

“Kenapa hampir sama.. Tapi Zafreel keluar negara untuk kerja kan?”

Hannabella Lilyana masih cuba untuk tidak terus membaca tetapi jarinya bertindak lain. Dia masih terus membaca sehingga telefonnya dirampas oleh Zafreel Lutfian.

“Yah awak! Asal sesuka hati rampas?!” tanpa sengaja, Hannabella Lilyana tertengking Zafreel Lutfian kerana rasa gusar di hatinya.

“Aku panggil kau berkali-kali, tapi kau tak menyahut. Pastu kau tengking aku?” dari baring, Zafreel Lutfian terus bersandar di kepala katil.

Dia niat nak bergurau, tiba-tiba kena tengking.

“S-saya tak sengaja..”

“Apa yang kau tengok sampai tak sedar suami sendiri panggil?” Zafreel Lutfian melihat apa yang dilihat Hannabella Lilyana.

Terhenti seketika jantung Zaffeel Lutfian bila berita tentang dirinya keluar berita dan sekarang artikel itu sedang dibaca oleh isterinya!

Dia berusaha simpan tapi tak akan kantoi macam ni kot?

“Saya nak telefon saya..”

“Asal kau baca artikel ni?”

“Saja. Bagilah balik.”

“Aku tanya, Hannabella Lilyana, kenapa baca artikel ni?” apabila nama penuh disebut, Hannabella Lilyana tahu suaminya sedang marah.

Sudahlah dia menengking, pastu tak jawab soalan suami.

Suara Zafreel Lutfian pun dah dalam semacam.

“Apa salahnya saya baca artikel tu?”

“Aku tak tanya salah ke tak, aku tanya kenapa baca artikel ni sampai tak perasan suami sendiri panggil?”

“Kalau awak nak sangat telefon saya tu, peganglah! Saya nak pergi tandas!” Hannabella Lilyana tolak selimut dan turun dari katil.

“Selangkah kau jalan, kau tak dibenarkan keluar bilik harini.”

“Apa masalah awak ni, Zaf?”

“Masalah? Aku tanya elok-elok tau, pastu kau tak nak jawab. Susah sangat ke nak jawab? Ke kau ada kena mengena dengan artikel ni sampai mengelak soalan aku?” Zafreel Lutfian turut turun dari katil.

“Okay fine! Saya baca artikel tu sebab badan lelaki tu hampir sama dengan awak, tu je! Puas hati awak?”

“Jadi kau syak dengan aku?”

“Mana ada.”

“Kau tak percayakan aku, Bella?”

Hannabella Lilyana senyap tanpa berkata.

“Kau tak sahut aku panggil, pastu tengking aku. Bila aku tanya, kau mengelak then melawan cakap aku. Kau ada masalah ke dengan aku, Bella?”

Masih senyap. Hannabella Lilyana yang terasa itu senyap tanpa bicara.

“Kau memang tak nak bercakap ke?”

“A-awak kata tak payah keluar kan? Jadi tak payah keluar. Saya pun tak ada mood nak keluar” selepas berkata begitu, Hannabella Lilyana terus menuju ke tandas dan menghempas pintu tandas serta kunci.

Zafreel Lutfian pelik. Kenapa tiba-tiba swing mood?

Nak kata period, dah lepas.

Sementara menunggu Hannabella Lilyana, Zafreel Lutfian mengemas katil. Dia juga perlu selesaikan hal berita yang dia sendiri tak sedar tular di media sosial.

Kalau kerjaya dan rahsia yang simpan selama ni tersebar, habislah segala usahanya selama ini.

“Aku kena selesaikan semua artikel bodoh ni” bisik Zafreel Lutfian sendiri.

<333

SUDAH 2 jam berlalu, Hannabella Lilyana masih tak keluar dari tandas dan merisaukan Zafreel Lutfian.

Zafreel Lutfian menuju ke arah tandas dan pintu tandas diketuk. “Sayang? Berapa lama lagi kau nak mandi?”

Senyap.

Tiada sahutan.

Dan ianya menambahkan kerisauan dalam diri Zafreel Lutfian. Dengan tenaga yang dia ada, Zafreel Lutfian terus buka pintu tandas secara paksa.

Nanti dia bayar jelah dengan pihak hotel.

Buka sahaja pintu tandas, Zafreel Lutfian lihat Hannabella Lilyana yang terlantar di atas lantai dengan cecair merah yang mengalir dari bahagian bawah badannya.

“Sayang!” tubuh isterinya dituju dan diangkat tanpa banyak soal.

Dibawa tubuh lesu itu diatas katil.

Telefonnya dikeluarkan dia doa terus telefon rakan Koreanya yang bekerja sebagai doktor untuk membantu isterinya.

Selesai menelefon, Zafreel Lutfian gengam tangan isterinya. Dia rasa sebersalah kerana bergaduh dengan Hannabella Lilyana dan tak check Hannabella Lilyana sebelum ini.

Yang dia pelik, kenapa dia tak dengar bunyi benda atau manusia jatuh?

Sorry, amore.

B E R S A M B U N G

[maaf author dah lama tak update. Author busy dengan praktikal dan langsung tak bukak apps wattpad dan fikirkan wattpad. Author akan cuba sambung bab baru okay?],

Lutfian Perfect Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now