EPISODE 11

1K 52 7
                                    

<333

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<333

“AWAK nak bawak saya pergi mana?” tanya Hannabella Lilyana. Ketika ini, dia bersama-sama dengan Zafreel Lutfian di dalam kereta.

Entah kenapa, tiba-tiba Zafreel Lutfian ajak Hannabella Lilyana keluar sedangkan ada lagi masa seminggu sebelum hari pernikahan mereka berdua.

Patutnya tak boleh berjumpa tapi Zafreel Lutfian nak jugak jumpa Hannabella Lilyana.

“Adalah. Tempat special untuk kau.”

“Hurm yelah. By the way, untuk spa semalam, thank you tau?” semenjak menjadi tunang ni, macam-macam Zafreel Lutfian hadiahkan kepada Hannabella Lilyana.

Dahlah 2 juta dalam bank dia sebelum ni pun tak berkurangan. Setiap hari Zafreel Lutfian masukkan duit.

Katanya nak biasakan diri bagi nafkah.

Semalam je, sehari Hannabella Lilyana berada di spa untuk cantikkan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Semuanya disiapkan atas arahan Zafreel Lutfian.

“Untuk sayang, semua benda tak ada hal. Lagipun, kita kan nak kahwin, jadi aku nak kau rasa ala-ala bakal pengantin diraja.”

“Saya tak suka awak membazir macam-macam untuk saya.”

“Duit aku tak pernah berkurang Bella. Setakat bayar beribu tu, macam bayar seringgit tau. Bukan nak berlagak tapi aku nak kau tahu yang aku tak akan pernah berkira duit dengan perempuan yang aku cinta.” terang Zafreel Lutfian.

Setiap hari dia sentiasa belanja Hannabella Lilyana termasuk keluarga Hannabella Lilyana.

Bagi dia, selepas kahwin nanti, ini adalah rutin yang akan dia lakukan jadi baik dia mula dari awal untuk biasakan diri.

“Baiklah..”

“Kita dah sampai.” Parking je kereta, Zafreel Lutfian keluar dan macam biasa, dia akan bukakkan pintu untuk Hannabella Lilyana.

Setiap kali keluar berdua, Zafreel Lutfian tak akan benarkan Hannabella Lilyana bukak pintu sendiri. Masuk dan keluar, Zafreel Lutfian yang akan bukakkan.

“Terima kasih” senyum Hannabella Lilyana hadiahkan.

Zafreel Lutfian bukak pintu belakang dan keluarkan sejambak bunga ‘Lily’ sempena nama Lilyana.

Dia beri bunga itu kepada Hannabella Lilyana. “Untuk tunang tercinta, terimalah.”

“Awak..” Hannabella Lilyana gapai bunga yang diberi oleh Zafreel Lutfian. Dia rasa terharu lagi.

Lutfian Perfect Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now