EPISODE 4

1.2K 65 6
                                    

<333

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<333

TING! Bunyi loceng menandakan customer datang, menarik minat semua pekerja di Hanna Cafe. “Selamat datang!” ucap mereka semua serentak.

Zafreel Lutfian masuk bersama-sama Kayden Xavier dan Anaf Fedrin. Anis Daisy datang ke arah mereka bertiga. “Sini saya tunjukkan tempat encik bertiga” ditunduk sedikit dan Anis Daisy menunjukkan jalan.

Zafreel Lutfian duduk berhadapan dengan Kayden Xavier dan Anaf Fedrin. Anis Daisy mengeluarkan ipad dari poket apron. “Encik bertiga nak order?”

“Aku nak bos kau yang ambik pesanan aku” garau Zafreel Lutfian berkata. Dengan wajah tiada perasaan dan tiada langsung secalit senyuman.

Anis Daisy terpinga-pinga, “Tapi Cik Bella tak buat servis waiter.

“Kalau dia tak datang ambik pesanan aku, aku akan duduk dekat sini sampai kedai ni tutup.” Zafreel Lutfian tak kisah, apa dia nak, dia mesti dapatkan.

Kayden Xavier dan Anaf Fedrin dah pandang sesama sendiri. Mereka kesiankan Anis Daisy yang gelabah tak tahu nak buat apa.

“Panggil je bos awak. Kalau tak, habis cafe ni dia kerjakan” arah Kayden Xavier. Karang Zafreel Lutfian mengamuk, takut hancur cafe ni.

“Err baik.. Kejap” Anis Daisy berlari anak ke dapur. Hannabella Lilyana sedang buat stok macaroon yang dah habis.

“Cik Bella!”

“Eh ye Anis? Kenapa? Ada pesanan ke?”

“B-bukan tapi...” rasa serba salah menganggu Hannabella Lilyana yang sedang sibuk siapkan kuih.

Hannabella Lilyana meletakkan bahannya ketepi. “Kenapa Anis? Ada masalah ke?”

“A-ada pelanggan nak Cik ambik pesanan diorang.. Saya dah beritahu yang Cik bukan under waiter tapi dia paksa Cik jugak ambik pesanan kalau tak, dia tak akan tinggalkan Cafe ni..” terang Anis Daisy tergagap-gagap.

Kerut dahi Hannabella Lilyana. Jarang dia ada pelanggan macam tu.

“Tak apa, biar saya setelkan. Awak sambung kerja macam biasa.” Dengan senyuman, Hannabella Lilyana keluar dari ruang dapur dan berjalan menuju ke meja yang terlihatnya tiga orang lelaki sedang berbual.

Bersama senyuman manis, Hannabella Lilyana berikan kepada tiga pelanggannya iaitu Zafreel Lutfian, Kayden Xavier dan Anaf Fedrin. “Encik bertiga nak pesan apa?”

“Ingat saya tak?” Anaf Fedrin pandang Hannabella Lilyana. Hannabella Lilyana pandang Anaf Fedrin, “Encik yang interview saya tempoh hari kan?”

“Ye betul. Hari ni saya datang dengan dua kawan saya, yang ini panggil Kayden dan yang ini panggil Za-”

“Panggil aku Zafreel” Zafreel Lutfian potong kata-kata Anaf Fedrin. Mata Zafreel Lutfian menatap mata Hannabella Lilyana. “Ye baiklah. Encik Zafreel, Encik Kayden dan Encik Anaf nak pesan apa?”

Lutfian Perfect Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now