EPISODE 5

1.1K 60 1
                                    

<333

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<333

"BELLA! Sini!" Melina Tiana memanggil Hannabella Lilyana yang dilihatnya masuk ke dalam restoran. Hannabella Lilyana memandang gerangan yang memanggilnya dan menuju ke arah itu.

Adalynn Freya yang ada sekali sedang menikmati Chicken Chop yang dipesan.

"Sorry lambat. Jem teruk" jelas Hannabella Lilyana. Dia duduk berhadapan Melina Tiana. "Kau dah order untuk aku kan?"

"Dah. Makanan aku dengan kau tak sampai lagi. By the way, kau okay ke?" risau Melina Tiana apabila Hannabella Lilyana luah kepada mereka berdua semalam dalam group whatsapp.

"Tak! Aku menyesal gila join interview tu!"

"Asal? Cuba citer sikit" Adalynn Freya dengan makanan dalam mulut itu bertanya kepada Hannabella Lilyana.

"Aku terpilih jadi isteri mamat tu. Aku cam, aku datang bukan niat nak dipilih tau. Aku bersyukur dapat 2 juta free tapi dah kalau lelaki tu ganggu aku 24 jam, siapa suka?"

"Kau seriuslah?"

"Ye. Memang aku save nombor dia tapi sumpah annoying gila. Setiap masa dia nak tanya aku buat apa dan beritahu yang dia cinta dengan rindu aku. Geli tahu tak?" luah Hannabella Lilyana dengan muka tak puas hati.

"Kau dah cakap dengan dia ke yang kau tak nak?"

"Dah. Aku siap offer nak pulang balik duit dia kasi tu tapi dia tetap tolak offer aku tu. Dia setiap hari pesan dekat aku yang aku ni milik dia dan dia akan dapatkan aku."

"Kau tahu tak nama dia?"

"Zafreel Lutfian Romano tak silap." bila dengar nama yang disebut Hannabella Lilyana, Melina Tiana hempas meja dengan tangannya. "Kau tak tipu kan?"

"Ingat muka aku ni tipu ke?"

"Kau dapat jackpot siak! Zafreel Lutfian Romano, jutawan termuda Kuala Lumpur dan yang paling terkenal sekarang sebab wajah dia, tempat kelahiran dia dengan duit yang dia ada. Dia tu ada lima buah syarikat dekat pelbagai jenis negara tau!"

"Lepastu aku kisah apa? Dia tetap annoying" Hannabella Lilyana memang tak berminat dengan Zafreel Lutfian.

Pesanan yang dipesan telah tiba dan Hannabella Lilyana memegang pisau serta garfu. Baik dia makan dari borak tentang mamat penganggu hidup dia.

"Pastu kau tak buat apa-apa ke dengan dia? Kan dia nak sangat kau."

"Aku macam nak terima pinangan anak kenalan abah aku. Lagipun aku kenal lelaki tu. Cinta tu boleh aku belajar lepas kahwin."

"Tapi kan, aku dengar, Zafreel Lutfian tu seorang yang bahaya tau. Dia selalu cakap yang dia akan dapatkan apa dia nak. Siapa yang ganggu laluan dia, akan dapat nasib malang." terang Adalynn Freya yang serba sedikit tahu tentang gosip di Malaysia.

Lutfian Perfect Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now