EPISODE 14

1.3K 80 9
                                    

<333

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

<333

PAGI menjelma. Perlahan-lahan mata Hannabella Lilyana dibuka kerana sinaran matahari yang masuk dari celahan langsir.

Rasa berat di atas perutnya, dipegang. Hannabella Lilyana rasa tangan seseorang di atas badannya.

Hannabella Lilyana pusing pandang gerangan yang berada disebelahnya. Dia baru teringat yang dia dah sah jadi isteri Zafreel Lutfian semalam.

Wajah Zafreel Lutfian yang lena tidur itu diusap manja. Dia senyum bila lihat Zafreel Lutfian melayannya dengan penuh baik semalam. “Puas pandang aku?”

“Awak dah bangun?”

Zafreel Lutfian bukak matanya dan menatap wanita dicintai dihadapan mata. “Good morning, wife” tangan Hannabella Lilyana dikucup.

“Awak sedar ke apa saya buat?”

“Aku bangun lagi awal dari kau.”

“Kenapa tak kejut? Sengaja kacau saya.” Hannabella Lilyana menjeling manja Zafreel Lutfian. Dia bangun untuk duduk dan bila Hannabella Lilyana ingin turun dari katil, tiba-tiba di pinggangnya rasa sakit.

“Ah!” terduduk Hannabella Lilyana semula di atas katil.

“Sayang okay?” Zafreel Lutfian yang risau akan isterinya terus bangun dari baringnya.

“Sakit...” mengalir air mata di wajah Hannabella Lilyana kerana sakit yang dirasai di bahagian bawah badannya.

Tak berkata apa-apa, Zafreel Lutfian terus mengangkat badan isterinya. “Awak buat apa ni Zaf?”

“Hari ni kau rehat je. Aku layan kau.” Zafreel Lutfian menapak masuk ke dalam tandas.

Dan selepas itu, hanya mereka berdua yang tahu apa yang mereka lakukan.

<333

“AWAK pasti ke nak bawakkan makanan untuk saya? Saya boleh turun sarapan lah” Hannabella Lilyana rasa bersalah bila Zafreel Lutfian yang akan menjaganya hari ini.

“Kau sakit pun sebab aku. Dah. Duduk je diam-diam atas katil ni. Kalau aku nampak kau bangun, siap kau” Zafreel Lutfian berikan amaran dengan pandangan tajamnya.

Hannabella Lilyana angguk kepala. Ikut jela.

Zafreel Lutfian keluar bilik dan turun ke dapur.

“Dah bangun Zaf?” tegur Liana Juli. “Dah ummi. Abah mana?”

Lutfian Perfect Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now