<333
"ABAH..." turun sahaja tangga, Hannabella Lilyana mencari abahnya. Muhammad Hazim yang sedang baca surat khabar di ruang tamu, memandang ke arah Hannabella Lilyana.
Surat khabar di lipat dan di letakkan di tepi. Muhammad Hazim mendepakan tangannya, bila lihat riak di wajah anaknya, dia tahu Hannabella Lilyana ada masalah.
Melihat abahnya seakan berikan dia ruang untuk dipeluk, air mata terus mengalir tanpa warning.
Hannabella Lilyana berlari anak dan masuk ke dalam pelukkan abahnya.
"Kenapa anak abah menangis pagi-pagi ni? Siapa yang buat anak abah?"
"A-azrul tarik pinangan yang dia bagi..." terang Hannabella Lilyana. Walaupun sebenarnya, bukan sebab pinangan itu yang buat dia menangis.
Dia bermimpi Zafreel Lutfian. Jadi dia tahu jawapan yang mesti dia berikan.
"Tak apalah.. Maksudnya kamu dengan dia bukan berjodoh lah tu.. Abah tak kisah anak abah ni kahwin ke tak, asalkan anak abah ni bahagia dan gembira" pujuk Muhammad Hazim. Dia membelai rambut panjang Hannabella Lilyana.
"T-tapi abah.."
"Kenapa?"
"Sebelum Azrul tolak pinangan Hanna, ada lelaki yang lamar Hanna jadi isteri dia dan dia kata yang dia akan datang bawak rombongan petang ni.." terang Hannabella Lilyana lagi. Sekali nafas ye dia terangkan.
"Siapa? Abah kenal ke?"
"Ingat tak interview yang Hanna join sebab Melina tu?"
"Ye ingat."
"Hanna diterima dan lelaki tu minat Hanna. Dia kata dia nak datang jumpa abah dengan ummi untuk merisik Hanna..."
Buat seketika, Muhammad Hazim tak sangka yang Hannabella Lilyana berjaya lepasi interview itu ye.
"Dia ada beritahu ke berapa ramai dia bawak?"
"Tak pastilah abah.."
"Jom keluar."
"Pergi mana pulak abah ni?" pelik Hannabella Lilyana jadinya. Dahlah orang tengah sedih-sedih ni, dia ajak keluar pulak.
"Beli barang masakkan untuk tetamu datanglah. Liana! Bersiap! Kita keluar!"
"Untuk apa abang?" Liana Juli muncul dari dapur. Dia sedang kemas dapur.
YOU ARE READING
Lutfian Perfect Wife (HIATUS)
Romance'𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓳𝓮𝓳𝓪𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓲𝓷𝓰𝓲𝓷 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓪𝓻𝓲 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓭𝓲𝓳𝓪𝓭𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓲𝓼𝓽𝓮𝓻𝓲' Apabila tibanya waktu, mesti kita akan terasa ingin berdirikan rumah tangga kan? Sama seperti Zafreel Lutfian Romano, seorang le...