<333
“JAP, ni bukan apa yang aku rancang” berubah wajah Zafreel Lutfian bila depan mata dia ada kelibat empat sahabatnya termasuk dua sahabat isterinya.
“Thanks doh Bella sebab ajak. Lama aku tak pergi bercuti” sengihan lebar di bibir Anaf Fedrin.
Kerana dah janji akan cakap ya dan boleh kepada Hannabella Lilyana, permintaan pertama Hannabella Lilyana adalah bawa sekali kawan-kawannya pergi bercuti di Korea Selatan.
Zafreel Lutfian tak boleh buat apa kecuali mengiyakan. Ambik masa sejam jugak tunggu yang lain siapkan barang masing-masing.
Sekarang mereka di lapangan terbang dan berada di bahagian khas milik keturunan Zafreel Lutfian.
Barang-barang yang ada dimasukkan ke dalam kapal terbang oleh beberapa pekerja di situ.
“Korang tidur homestay yang aku sediakan dan jangan ganggu honeymoon aku dengan bini aku” arah Zafreel Lutfian sambil tangannya memeluk pinggang Hannabella Lilyana.
Dia tak puas hati sebenarnya tapi tak boleh buat apa.
Sayang binilah katakan.
“Tapi saya nak jalan-jalan dengan diorang sekali sekala, Zaf, boleh?” Hannabella Lilyana tatap Zafreel Lutfian.
Melihat soalan ‘boleh?’ dari Hannabella Lilyana itu buatkan Zafreel Lutfian lepas keluh, “Boleh amour. Tapi bukan selalu, sekali sekala je. Ni honeymoon kita.”
“Hehe yeay! Baik sayang!” Hannabella Lilyana terus kucup pipi Zafreel Lutfian.
Panggilan ‘sayang’ dan kucupan dari Hannabella Lilyana itu buatkan jantung Zafreel Lutfian berdegup laju dengan buatkan wajah Zafreel Lutfian memerah.
Zafreel Lutfian dahlah putih pucat, konfirm nampak kalau Zafreel Lutfian malu.
“Ada orang blushing~ Uuuu” sengaja Kayden Xavier dan Anaf Fedrin menyakat.
“Dah lama korang tak training dengan aku kan?” satu baris ayat sahaja buatkan Kayden Xavier dan Anaf Fedrin kecut perut. Training bersama Zafreel Lutfian adalah kelemahan dan ketakutan mereka.
Melina Tiana dan Adalynn Freya memeluk Hannabella Lilyana dengan erat. Teruja bila dapat pergi bercuti ke Korea walaupun last minute.
Dahlia Vinci pun dah rapat dengan mereka bertiga. Maklumlah satu-satunya perempuan dalam Dark Lut.
“Nanti kitaorang stay satu bilik ke, Zaf?”
YOU ARE READING
Lutfian Perfect Wife (HIATUS)
Romance'𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓳𝓮𝓳𝓪𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓲𝓷𝓰𝓲𝓷 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓪𝓻𝓲 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓭𝓲𝓳𝓪𝓭𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓲𝓼𝓽𝓮𝓻𝓲' Apabila tibanya waktu, mesti kita akan terasa ingin berdirikan rumah tangga kan? Sama seperti Zafreel Lutfian Romano, seorang le...