<333
"KAU ni, Zaf, tak ada hati perut ke?!" badan belakang Zafreel Lutfian dipukul oleh Melina Tiana dengan menggunakan handbag.
"Mel, jangan macam ni" Kayden Xavier tarik tangan Melina Tiana. Dia ingin menenangkan kekasihnya itu. "Kalau jadi apa-apa dekat Bella, siap kau!"
Zafreel Lutfian senyap tanpa membalas. Selepas dapat tahu berita tentang masalah yang berlaku terhadap isterinya, Zafreel Lutfian terus inform rakan-rakannya.
"Macam mana boleh jadi sampai macam ni, Zaf? Bella tak pernah ada sakit yang teruk tau" Adalynn Freya yang setia di sisi Hannabella Lilyana yang masih tidak sedar itu bertanya.
Zafreel Lutfian tak tahu nak balas apa. Mungkin salahnya.
Rakannya yang merawat Hannabella Lilyana sebentar tadi ada beritahu tentang sakit Hannabella Lilyana.
Kerana periodnya sebelum ini habis awal dan mereka berdua asyik bersama selepas dari itu, membuatkan tubuh Hannabella Lilyana tak cukup rehat dan membuatkan darah beku banyak dalam badan Hannabella Lilyana.
Mungkin akibat period yang habis awal itu, Hannabella Lilyana terjatuh dalam bilik air dan mengakibatkan darah beku itu pecah.
Susah nak jelaskan tapi itu yang berlaku.
Selepas sahaja dari kejadian itu, Zafreel Lutfian terus bawa Hannabella Lilyana ke hospital yang berdekatan.
"A.. Aku tak tahu. Aku bergaduh dengan dia pagi ni dan dia merajuk dengan aku.. Lepas 2 jam dia tak keluar tandas, aku paksa diri aku bukak pintu tu dan aku tahu-tahu nampak Bella terbaring atas lantai tandas.."
Anaf Fedrin mengusap bahu Zafreel Lutfian. "Aku faham, Zaf. Benda nak jadi. Ni kau nak terus balik ke?"
"Entahlah. Aku nak tunggu dia sedar dan biar dia yang buat keputusan."
"Hurm baiklah macam tu. Kami balik dululah sebab waktu pun dah gelap. Kau boleh jaga Bella seorang diri?"
"Dia isteri aku, jadi aku boleh. Korang balik jelah. Apa-apa aku inform."
Yang lain mengangguk setuju kecuali Melina Tiana. Dia langsung tak nak pandang wajah Zafreel Lutfian.
Selepas mereka semua keluar dari wad Hannabella Lilyana, Zafreel Lutfian tatap wajah isterinya dengan mata yang bergenang air mata.
Dia rasa serba salah.
Dan dia rindukan isterinya.
Kalau dia tak marah Hannabella Lilyana pagi tadi, mesti semua ni tak jadi?
Tapi kalau tak jadi, makin teruk darah beku itu berada dalam badan Hannabella Lilyana.
"Sedarlah, sayang.."
<333
MATA dibuka perlahan-lahan. Agak susah untuk Hannabella Lilyana untuk bukak mata kerana sinaran matahari yang kuat memancar biliknya.
Tapi suasana yang dilihatnya amat berbeza.
"Aku dekat mana ni?"
Saat dirinya ingin bangun, ada benda berat yang menghalang.
Hannabella Lilyana pandang tangan kanannya. Kepala Zafreel Lutfian sedang nyenyak tidur sambil beralaskan tangannya.
Tak sampai hati nak kejut. Hannabella Lilyana baring semula sambil tatap wajah suaminya.
"Saya minta maaf, Zaf.. Saya tak patut buat awak macam tu.."
"Aku dah lama maafkan.." Zafreel Lutfian buka matanya. Dia sedar apabila Hannabella Lilyana cuba mengalih tangan.
"Z-zaf.."
"Sorry sayang.. Aku tak patut buat dekat kau macam tu.. Aku betul-betul minta maaf" tangan kanan Hannabella Lilyana dikucup berkali-kali.
"Saya maafkan awak Zaf.. Cuma, saya nak awak tunaikan satu permintaan boleh?" Hannabella Lilyana tatap mata suaminya dengan pandangan penuh berharap.
Dia tahu dia berada di hospital sekarang bila bau ubat dan corak bilik yang dia sedang penghuni. Walaupun berbeza dari hospital Malaysia, tapi Hannabella Lilyana boleh agak.
Mesti dia sakit. Jadi dia nak berpisah sementara dengan Zafreel Lutfian.
"Apa dia sayang? Aku akan tunaikan."
"Saya nak balik Malaysia dan stay rumah Melina beberapa hari.."
Permintaan Hannabella Lilyana itu buatkan Zafreel Lutfian dari baring terus duduk tegak.
"Kau nak berpisah dengan aku?"
"Just for a while.. Saya nak clearkan fikiran saya."
"Tapi kau tengah sakit. Lepastu kau nak stay rumab Melina dengan keadaan yang macam ni?"
"Please, Zaf.. Nanti bila saya dah okay, saya balik."
"Berapa lama pulak tu? Kau dah tak sayang aku ker?" Permintaan Hannabella Lilyana itu perit untuk Zafreel Lutfian tunaikan. Matanya bergenang apabila memikirkan dia akan berpisah dengan isterinya buat sementara waktu.
Yang tak tahu berapa lama waktunya.
"Saya cuma nak awak tunaikan satu je permintaan saya. Bukan saya tinggal dengan Melina, saya tak sayangkan awak, saya sayang cuma saya nak masa. Lepas apa yang berlaku, saya tak tahu saya boleh hadap awak, Zaf.."
"Kita boleh slowtalk elok-elok, amore. Tak perlu nak berpisah macam ni.. Aku tak nak..." Zafreel Lutfian akhirnya menangis dengan mata yang berlapitkan tangan kanan Hannabella Lilyana.
Dia tak boleh bayangkan malam-malamnya tanpa Hannabella Lilyana.
Walaupun mereka baru sahaja kahwin, tapi Zafreel Lutfian dah selesa dengan kehadiran Hannabella Lilyana.
"Kalau awak tak boleh tunaikan permintaan tu, jadi tak mengapa. Saya pun dah jadi isteri awak kan. Tugas seorang isteri kena berada di samping suami. Saya minta maaf dengan permintaan bodoh saya tu." Hannabella Lilyana mengalah.
Dia tarik tangannya perlahan-lahan. Kalau Zafreel Lutfian tak nak tunaikan permintaan dia, jadi tak apalah.
Hannabella Lilyana baring membelakangkan Zafreel Lutfian.
"Sayang.."
"Saya nak tidur."
Tanpa Zafreel Lutfian sedar, apa yang dia dah buat, telah mengurangkan lagi kepercayaan Hannabella Lilyana terhadap dirinya.
Dan perasaan tawar hati hadir dalam diri Hannabella Lilyana.
B E R S A M B U N G
[kepada semua pembaca.. Author minta maaf author dah lama tak update sambungan cerita ni.. Sepanjang author tak update tu, author busy dengan praktikal dan macam-macam perkara berlaku.. Author betul-betul minta maaf buatkan pembaca semua tunggu tanpa khabar berita.. Author tak janji author boleh update setiap hari tapi author cuba.. Author pun tengah mulakan semester baru untuk pembelajaran author ni jadi author cuba untuk cari masa bagi cerita ini.. Terima kasih kerana sudi membaca :)]
YOU ARE READING
Lutfian Perfect Wife (HIATUS)
Romance'𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓳𝓮𝓳𝓪𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓲𝓷𝓰𝓲𝓷 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓪𝓻𝓲 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓭𝓲𝓳𝓪𝓭𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓲𝓼𝓽𝓮𝓻𝓲' Apabila tibanya waktu, mesti kita akan terasa ingin berdirikan rumah tangga kan? Sama seperti Zafreel Lutfian Romano, seorang le...