<333
"COMELNYA!" Excited Hannabella Lilyana bila depan mata dia ada seekor anak kucing yang sedang tidur. Hannabella Lilyana sekarang sedang berada di kedai haiwan.
Dia saja jalan-jalan mall untuk habiskan masa lapangnya.
"Kalaulah ummi tak alah dengan kucing, dah lama aku bela kucing" keluh Hannabella Lilyana. Dia sebagai anak tunggal, nak sangat ada kawan di rumah bila ummi dan abahnya bekerja.
Tapi Liana Juli ada alahan dengan bulu kucing jadi Hannabella Lilyana tak dapat bela haiwan di rumah.
"Kau suka anak kucing ni ke?" tanya seseorang yang tiba-tiba muncul di sisi Hannabella Lilyana.
"Suka. Dia comel sangat." tanpa sedar, Hannabella Lilyana membalas soalan gerangan tersebut.
"Nanti bila kita kahwin, aku akan pastikan anak kucing ni ada dekat rumah kita berdua" bisik Zafreel Lutfian. Dia saja ikut kemana Hannabella Lilyana pergi tanpa Hannabella Lilyana sedar.
"Opocot! Yah!" terlompat sedikit Hannabella Lilyana apabila Zafreel Lutfian tiba-tiba berbisik di telinganya.
"Kau terkejut pun cantik" angau betul Zafreel Lutfian ni.
"Awak buat apa dekat sini?" Hannabella Lilyana menjarakkan diri dengan Zafreel Lutfian. Dia malas dekat dengan Zafreel Lutfian.
"Saja teman kau."
"Siapa suruh? Saya tak ajak pun" Hannabella Lilyana melangkah keluar kedai. Rasa nak usha haiwan hilang bila Zafreel Lutfian muncul di sisinya.
"Kau lapar tak?"
"Tak. Kalau awak lapar, pergi makan sendiri." balas Hannabella Lilyana. Memang tak lah dia nak makan dengan Zafreel Lutfian.
Tiba-tiba Zafreel Lutfian mengangkat Hannabella Lilyana. "Argh! Awak! Apa ni?!" jerit Hannabella Lilyana kerana terkejut. Lagi sekali.
"Aku akan angkat kau pusing satu mall kalau kau tak nak teman aku makan." ugut Zafreel Lutfian.
"Kita bukan muhrim yang awak nak angkat-angkat saya! Turunkanlah!"
"Kau buatlah apa cara pun, aku akan tetap dukung kau" Zafreel Lutfian tak rasa Hannabella Lilyana ini berat. Baginya terlalu ringan.
"Kau ni makan ke tak? Asal ringan semacam?"
"Turunkan lah.. Malu orang tengok" Hannabella Lilyana dah tutup muka dengan shawl yang dipakainya. Ada ramai orang yang pandang ke arah mereka berdua.
Melihat Hannabella Lilyana malu, Zafreel Lutfian pandang tajam orang yang pandang-pandang ke arah mereka. Orang lalu lalang yang lihat tu cepat-cepat alih pandangan dan jauh dari mereka berdua.
"Zafreel, turunkanlah..." pinta Hannabella Lilyana. Dia dahlah takut kalau dia jatuh.
"Kau cakap apa? Aku tak dengar" sengaja Zafreel Lutfian buat-buat pekak. Dia akan paksa Hannabella Lilyana makan bersamanya.
YOU ARE READING
Lutfian Perfect Wife (HIATUS)
Romance'𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓳𝓮𝓳𝓪𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓲𝓷𝓰𝓲𝓷 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓪𝓻𝓲 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓭𝓲𝓳𝓪𝓭𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓲𝓼𝓽𝓮𝓻𝓲' Apabila tibanya waktu, mesti kita akan terasa ingin berdirikan rumah tangga kan? Sama seperti Zafreel Lutfian Romano, seorang le...