<333
“CANTIKNYA sayang” masuk je dalam kereta, Zafreel Lutfian memuji tunangnya iaitu Hannabella Lilyana.
Dua hari jugak dia tak jumpa Hannabella Lilyana dan buatkan hari-harinya tak bahagia, lagi-lagi dengan Hannabella Lilyana yang jenis suka seen message dia dan jarang angkat call melainkan hal penting.
Hari ni pun, Hannabella Lilyana dipaksa Muhammad Hazim untuk ikut Zafreel Lutfian cari baju kahwin.
Hannabella Lilyana endahkan Zafreel Lutfian yang dari tadi pandangnya.
Untuk pengetahuan semua, Hannabella Lilyana blushing ye bila dipuji Zafreel Lutfian dengan dipanggil ‘sayang’.
“Kau ada berminat dengan jenis baju kahwin tak?”
“Tak kisah. Awak pilih lah apa awak suka, awak yang nak kahwin.”
“Tahu tapi aku nak kau pakai baju yang kau sendiri suka. Boleh?” Zafreel Lutfian cuba bersabar dengan Hannabella Lilyana sepanjang mereka bertunang.
Dia tahu dia paksa Hannabella Lilyana dan dia dah buat salah besar, jadi baik dia layan je Hannabella Lilyana walaupun hatinya sakit.
“Saya minat baju princess”
“Yang kembang-kembang tu eh?”
“Haah. Saya tak kisah corak cuma penting kembang.”
“Okay sayang.” Dan akhirnya perbualan mereka berhenti di situ. Lagu yang bergema dari radio itu yang menghilangkan kesunyian di dalam kereta.
Tiba-tiba Zafreel Lutfian berminat nak tanya kepada Hannabella Lilyana tentang pekerjaan keduanya.
“Sayang, aku nak tanya.”
“Hm, tanyalah.”
“Apa pendapat kau tentang dunia gelap? Means berkaitan dengah jenayah gelap lah”
“Macam mafia ke?”
“Haah. Semalam aku ada baca berita pasal geng mafia yang ada dekat Malaysia ni.”
“Saya tak suka kerja-kerja mafia tu. Macam tak ada pekerjaan lain. Dahlah kerja bergaduh, bunuh orang dan jual senjata haram. Jadi saya memang tak suka dunia-dunia mafia ni.” terang Hannabella Lilyana. Dia memang anti dengan jenayah.
Mendengar perjelasan tunangnya, Zafreel Lutfian tahu yang dia mesti simpan rahsianya terhadap dunia mafia.
Dan dia mesti beritahu keluarganya supaya perkara itu tak bocor kepada Hannabella Lilyana.
YOU ARE READING
Lutfian Perfect Wife (HIATUS)
Romance'𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓳𝓮𝓳𝓪𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓲𝓷𝓰𝓲𝓷 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓪𝓻𝓲 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓭𝓲𝓳𝓪𝓭𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓲𝓼𝓽𝓮𝓻𝓲' Apabila tibanya waktu, mesti kita akan terasa ingin berdirikan rumah tangga kan? Sama seperti Zafreel Lutfian Romano, seorang le...