Sudah seminggu berlalu sejak tragedi yang berlaku di Welcome Party Hughes Holding. Sekarang ni Aylia tertanya-tanya, kenapa muka dia macam tu ek? Macam nampak hantu je.
Apabila kenangkan sewaktu Huzzaq bertentang mata dengan Karina, wajah lelaki itu terus berubah, tetapi tidak terlalu jelas. Pelik dengan dirinya, bagaimana dia boleh membaca air muka jejaka itu, walaupun mereka baru kenal.
Tok!
Tok!
Terhenti lamunan Aylia sebaik sahaja mendengar ketukan di pintu pejabatnya. Apabila di beri kebenaran untuk masuk, terhias sosok tegap, Mark Hughes.
Sesuatu yang dia amat terkejut, badan Mark tidak seperti orang yang sudah berumur 61 tahun, sebaliknya, dengan raut wajah yang agak tampan, badan yang tegap, wajahnya seperti umur 34 atau ke bawah.
"Yes?"
"Okay, Aylia. Aku nak perkenalkan new boss kau, Ethan Hughes. Ini anak aku. Dia akan takes over as your new boss, chief financial officer."
Mark perkenalkan putera sulung nya, dengan bangga. Aylia bangun dan berikan senyuman nipis.
Ethan hulurkan tangannya kepada Aylia, mengharap yang Aylia akan sambut. Tetapi harapannya musnah apabila ayahnya sendiri menepuk tangan yang dihulur itu. Dia mengaduh sakit.
"Sorry for his behaviors," Mark menjeling anak disebelahnya. Sebenarnya, sebelum Mark perkenalkan Ethan kepada Aylia, dia sudah pesan bahawa Aylia beragama islam. Dia tidak boleh berpegangan atau bersentuhan dengan lelaki.
Sudah terang lagi bersuluh yang di atas kepala Aylia mempunyai sehelai kain yang digunakan sebagai tudungnya. Bukannya Ethan tak tahu.
"Why are you hit me?" soal Ethan bengang kepada ayahnya. Nak pukul dia kenapa? apa salah dia.
"It's okay. So nice to meet you, Mr Ethan. I hope we can be a great team," Aylia memberi jejaka itu senyuman yang ramah.
"Okay, it's settled then!" Mark menepuk sekali tangannya.
"So, Ethan please go to your seat, and start getting ready for work. And Aylia, you can continue, sorry for disturbing you," Mark beri senyuman yang manis dan ramah kepada Aylia.
Dia sangat hormatkan Aylia. Dia juga bangga dengan keberanian dan keyakinan yang ada pada gadis itu, hidup berjauhan dari keluarga, seorang diri di negara orang. Sungguh bangga!
Dia juga boleh melepaskan rindu terhadap anak perempuannya yang 'hilang' semasa parti yang baru diaturnya seminggu lalu.
Aylia menunduk sedikit, dan dia melihat Mark menolak tubuh sasa milik Ethan itu keluar dari pejabatnya. Dia bertentang mata dengan Ethan sebelum tubuh sasa itu hilang disebalik dinding pejabatnya.
Belum sempat dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, tiba-tiba sosok tubuh Mark muncul. Mark tenung wajahnya. Pandangan yang dilemparkan oleh Mark seperti mahu melepaskan rindu terhadap orang yang dia sayang.
"Yes, Mark?" tanya Aylia. Mark yang arahkan dia supaya memanggil boss nya menggunakan namanya. Aylia hanya menurut.
"Nothing. By the way, thank you Lia." Mark senyum manis kepada Aylia. Dia agak suka dengan Aylia. Kalau dia ada anak lelaki lagi, mungkin dia akan kenenkan Aylia dengan anaknya. Dia tak berapa berkenan bila Aylia dengan Ethan. Dia sebagai bapa, dia mengaku Ethan bukan lelaki yang baik untuk Aylia. She's too good for his son.
Mark terus berlalu, meninggalkan Aylia yang terpinga-pinga dengan ucapan terima kasih milik Mark. Dia labuhkan punggungnya dan termenung sebentar.
"Dah kenapa orang tua tu? Dah nak mampus ke apa?" Mengomel Aylia seorang diri sambil tangan ligat membelek fail-fail yang berselerak di atas mejanya.
YOU ARE READING
HIS BARISTA
Romance'DARK DEVILS' VOL 1' (slow update) HUZZAQ AR REEZQI - seorang jejaka yang berkacukan cina dan memiliki rupa paras yang dingin. Dia memiliki wajah rupa yang kacak. Hidup jejaka ini sudah dihantui dengan kegelapan dan hanya menunggu cahaya untuk menar...