CHAPTER 8

17 2 0
                                    

Tibalah hujung minggu. Rancangnya hujung minggu ini, dia mahu rehat dan guling-guling diatas katil namun rancangannya dimusnahkan dengan memori dimana Huzzaq mengajaknya date. Kepala hotak dia!

"Ergh! Malaslah nak keluar! Dah lah penat kena buli dengan jantan buaya dekat ofis tu, ni nak rehat pun tak boleh!" berangnya. Dengan kasar dia duduk di birai katil. Kaki dihentak-hentak bagi melepaskan geram.

Hilang sahaja geram, kakinya dihurung rasa sakit. Badan direbah. Mata merenung kosong siling. Fikiran memikirkan jejaka itu. Betul ke dia tak nak keluar dengan jejaka itu? Betul ke dia tidak rasa tergugat apabila jejaka itu mengajaknya keluar?

Dua soalan yang susah untuknya jawab kerana dia juga belum pasti dengan isi hatinya.

"Lantak kau lah! Aku nak tidur!" Badan dipusing ke kanan dan mata cuba dilelapkan. Hampir-hampir sahaja dia terlelap namun dikejutkan dengan ketukan kuat dari luar bilik.

"Lia! Lia! Are you sleeping?!" Karina mengetuk kuat pintunya. Aylia mendengus kasar sebelum bangun dari pembaringannya dan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas dan ditarik. Tersembul wajah cuak Karina. Lah apa pasal pula ni?

"Baru je nak lelap tapi kau dah potong mood. Asal?" Tutur Aylia malas. Matanya rasa berat. Otaknya fikirkan katil. Sedap katil. Nak baring. Nak tidur.

"Eh! Ada orang tunggu kau kat bawah. Baik kau pergi, guard kata dia dah tunggu dah nak dekat setengah jam dah. Dia kata dia tunggu kau. Tadi baru guard tu call aku, kata ada orang nak jumpa kau. Kalau ikutkan hati, aku nak halang kau. Tapi-" Percakapannya dipotong pantas oleh Aylia.

"Kalau nak halang, asal kau bagitahu aku ni?" Potong Aylia dengan soalan yang tak lazim.

"Eh bodoh! Kau tak tengok ke cuaca sekarang? Suhu kat luar tu sejuk tau! And one more thing, guard tu cakap dia tunggu kat luar bukan kat lobi. Kau tak kesian ke? Aku ni dingin-dingin pun, aku kesiankan lah juga kalau orang tunggu aku dalam suhu yang rendah macam ni." Ujar Karina sambil menujuk kearah tingkap yang berhiaskan langit yang mendung.

Dan dia baru teringat suhu sekarang adalah boleh dikira sejuk. Dengan pantas Aylia terus masuk semula kedalam bilik dan terus menyarung tudung sarung dan kardigan tebalnya. Siap sahaja menutup apa yang patut, dia terus berlari keluar dari rumah.

Karina hanya memerhati kelakuan Aylia. Tak sedar ke sekarang ni musim panas? Tawa kecil menghiasi ruang sunyi itu. Saja dia nak melihat reaksi gadis itu dengan menipu mengenai suhu yang sejuk. Tak sangka gadis itu akan gelabah.

Kakinya laju melangkah keluar dari lif apabila pintu lif dibuka. Kepala ditoleh kiri kanan mencari kelibat jejaka itu, keluar sahaja dari ruang lobi apartmen itu dia melihat seorang jejaka yang sedang memeluk tubuh.

"Huzzaq!" Panggilnya. Jejaka itu menoleh tatkala namanya dipanggil. Berkerut dahinya melihat Aylia yang tercungap-cungap berlari kearahnya.

"Asal kau tunggu lama kat luar ni? Kenapa tak tunggu kat dalam? Sejuk tahu tak? Ni, asal tak pakai baju tebal sikit, kan suhu sejuk ni?" Bebel Aylia tatkala sampai sahaja di depan Huzzaq.

"Lama? Aku baru je sampai. And, do you realize that it's summer right now? Kau nak aku mati kena strok haba ke pakai baju tebal tebal?" Ucap Huzzaq sarkastik dan sambil menahan tawanya.

"Hah? Summer?" Soal Aylia sambil menarik nafas. Kepala ditoleh melihat langit dan langit itu hanya mendung mahu turunkan air. Dan dia baru teringat bahawa sekarang musim panas. Kepala ditundukkan bagi menahan malu dan tahan marah. Dalam hati sudah disumpah seranah terhadap rakannya.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now