CHAPTER 10

6 1 0
                                    

Pejam celik-pejam celik, sudah hampir 8 bulan Aylia menjejakkan kaki kat tanah air. Alhamdulillah, Aylia sudah mempunyai kafe sendiri. Dia merasmikan kafenya beberapa minggu yang lepas. Dalam masa beberapa hari sahaja, Aylia sudah mempunyai 3 orang pekerja.

Aylia melihat penampilannya di pantulan cermin. Dia mengenakan baju kemeja putih dan vest knitwear berwarna nude diluar. Bersama seluar slack yang berwarna hitam. Dia membetulkan sedikit awning bawal printed yang berwarna krim.

Apabila berpuas hati dengan penampilannya, dia mecalitkan sedikit lip tint dan lip gloss. Dia mengambil handbag yang berjenama bonia itu dan melangkah keluar dari biliknya.

Dia pergi ke pantri rumahnya, dan membuat kopi. Aylia sekarang menginap di kondo miliknya bersama sahabatnya Faiqa. Mereka sudah duduk bersama selama 3 bulan. Faiqa juga bekerja dengannya sebagai assistennya.

Aylia terus berlalu keluar sebaik sahaja menghabiskan kopinya. Dia melangkah kearah lif dan menekan punat butang turun. Sedang menunggu, tiba-tiba telefonnya berdering.

ring!

Aylia melihat nama yang menghubunginya, apabila penghubung ialah Faiqa, Aylia terus menggesek butang hijau itu ke kanan.

"Hello?"

"Hello! Lia, kau dekat mana?"

"Aku on the way. Asal?" Aylia melangkah masuk apabila pintu lif terbuka.

"Ada orang nak jumpa kau." Berkerut kening Aylia mendengar jawapan Faiqa. Ada orang nak jumpa dia? Siapa?

"Siapa?"

"Entah. Tapi dia cakap dia kawan kau."

"Hm, tak apa lah. Kau suruh dia tunggu." Faiqa mengggumam. Aylia terus mematikan panggilan.

Apabila sampai di tempat parking, laju sahaja kaki panjang milik Aylia menuju ke kereta mini coopernya. Dia menyumbat masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

'Siapa nak jumpa aku?'

Aylia masuk ke dalam kafe yang bernama Delulu's Café

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aylia masuk ke dalam kafe yang bernama Delulu's Café. Kaki panjangnya laju melangkah kearah kaunter. Nasib sekarang tak ramai orang memandangkan sekarang baru pukul 9:30 pagi.

"Sophia, kak Iqa mana?" sapa Aylia kepada gadis bernama Sophia itu. Gadis jelita ini baru sahaja menghabiskan pengajian tahap ijazah beberapa bulan yang lepas. Kini umurnya 24 tahun.

"Eh Kak Lia! Kak Iqa kat belakang dengan Kath. Tengah cek stok agaknya," jawab Sophia. Aylia menganggukkan kepala dan ucap terima kasih kepada Sophia.

Aylia berlalu ke belakang. Belakang yang dimaksudkan adalah bahagian dapur. Kelihatan Faiqa dan seorang lagi pekerja perempuannya sedang rancak bincang sambil menyemak senarai stok. Timbul idea jahat di otak pintar milik Aylia. Tersengih jahat dia.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now