Seusai habis makan malam bersama keluarga mertuanya, mereka yang wanita semua duduk di ruang tamu manakala Huzzaq, abah dan Tazriq berada di dalam bilik kerja milik abah di tingkat atas.
Siap kemas dapur, Aylia melangkah ke tingkat atas ingin menuju ke bilik tidurnya. Ingin rehat. Segala urat di tubuhnya sudah sakit. Sewaktu menuju kearah bilik, dia melintas satu bilik yang pintunya tidak ditutup rapat.
Dia mengintai isi dalam bilik itu. Tubuh kekar milik suaminya menerjah mata. Jejaka itu sedang membelakangkannya. Wajah Tazriq dan abah juga menyapa pandangan. Wajah mereka berdua tegang dan serius. Seperti membincangkan hal negara dia punya serius.
Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, pertanyaan abah menghentikan kakinya.
"Macam mana? Dah tangkap dia ke belum?" tanya abah kepada dua anak lelakinya itu. Aylia yang asalnya tiada niat ingin mengendap terus berdiri menyandarkan tubuh di dinding yang dekat dengan pintu bilik itu.
"Belum. Dia licik. Banyak guna umpan. My team still works on it." Jawab Huzzaq dingin. Berkerut dahi Aylia. Tak pernah dia dengar suara dingin suaminya. Rasa terharu pula sebab Huzzaq selalu berkata lembut dengannya.
"Tay dengan Shou masih lagi cuba untuk kumpul maklumat. Maybe we can get him soon." Ujar Tazriq pula. Aylia hanya mendengar walaupun tak faham.
"By the way Reez, ibu kamu ada datang majlis resepsi kamu kan hari tu?" tanya abah. Tubuh kekar Huzzaq mengeras apabila abah melontarkan soalan itu.
"Haah, bah. Tapi dia datang seorang aje. Biarlah dia." Kata Huzzaq. Berkerut dahi Aylia. Ibu? Siapa ibu? Mummy tu bukan ibu ke?
"Kau dah bagitahu Aylia ke pasal mak long? Kau bagitahu jelah dia sekarang. Daripada dia cari sendiri." Ujar Tazriq. Huzzaq hanya mengeluh sebelum menjawab.
"Nantilah. Lagipun dia…masih orang luar."
Bam!
Aylia menolak kasar pintu itu mengakibatkan manusia yang berada di dalam terkejut. Aylia memadang tajam kearah suaminya.
"Orang luar? Aku ni orang luar ke Huz?" tanya Aylia mengharapkan Huzzaq menafikan tuduhannya. Tetapi hampa apabila Huzzaq hanya diam dan memandang kosong kearah Aylia.
Rasa kecewa memenuhi hati. Dengan rasa geram dia melangkah pergi dari bilik itu. Meninggalkan Huzzaq yang terpinga-pinga melihat langkah laju milik Aylia.
"Kau bagi lah tahu dia. Kesian aku tengok. Dia dah jadi isteri kau. So tak ada masalah pun kalau kau nak bagi tahu dia. Please don't keep a secret from the person you love if you don't want to regret for the rest of your life. I said based on my experience." Tutur Tazriq. Dia melangkah melepasi tubuh Huzzaq. Betul apa yang dia kata. Disebabkan satu rahsia yang harus dia simpan ketat, habis rosak hubungan dia.
YOU ARE READING
HIS BARISTA
Romance'DARK DEVILS' VOL 1' (slow update) HUZZAQ AR REEZQI - seorang jejaka yang berkacukan cina dan memiliki rupa paras yang dingin. Dia memiliki wajah rupa yang kacak. Hidup jejaka ini sudah dihantui dengan kegelapan dan hanya menunggu cahaya untuk menar...