CHAPTER 22

17 1 0
                                    

Aylia membuka pintu rumahnya dengan memasukkan kod nombor. Saat pintu dibuka, sistem penglihatannya dihiaskan dengan makhluk berbulu berwarna kelabu yang sedang berguling-guling sambil menjilat bulunya.

"Midori sayang!" jerit Aylia seraya berlari dan bersimpuh disebelah kucingnya. Dia mendukung makhluk itu sebelum menggomol geram kucingnya.

Huzzaq yang baru masuk tersenyum nipis. Nak juga kena gomol. Untung kau kucing!

Jejaka itu melabuhkan punggung diatas sofa empuk milik isterinya. Selepas itu, Aylia juga bangun dan duduk disebelah Huzzaq bersama Midori di ribanya. Aylia mengusap bulu lembut itu.

"Cepat lah Lia kemas barang," ujar Huzzaq dengan mata tertancap pada kucing Aylia. Kucing itu memandangnya dengan pandangan seperti mengejek. Huzzaq cepat-cepat mengambil makhluk itu dari riba Aylia. Gadis itu memandang Midori yang sudah selamat di riba Huzzaq tak berkelip.

"Meow!"

"Kau jaga dia kejap. Aku nak kemas barang, nanti kau bising pulak," kata Aylia perlahan di hujung ayat. Dia tersenyum melihat suaminya melayan Midori dengan baik.

Hilang sahaja kelibat Aylia disebalik dinding bilik, Huzzaq terus menjeling makhluk berbulu itu. Dia mengangkat tubuh itu dan melihat kearah matanya yang berwarna kuning.

"Kau tak payah dekat dengan dia. Dia tu aku punya! Faham tak kucing?" Huzzaq tersenyum saat Midori mengiau tanda setuju. Dia letakkan Midori diriba nya sebelum dia mengusap lembut kucing itu.

 Dia letakkan Midori diriba nya sebelum dia mengusap lembut kucing itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aylia melangkah masuk rumah Huzzaq dengan perasaan teruja. Dekorasi rumah suaminya sangat cantik dan nampak mahal. Rumah itu bertemakan warna hitam dan emas. Tetapi…

"Awat gelap sangat rumah kau ni? Macam kurang kasih sayang je," kata Aylia selamba sebelum mata tertancap ditubuh suaminya yang baru keluar dari satu bilik. Tertawa kecil Huzzaq mendengar komen Aylia.

"Biarlah. Aku suka hitam. Lagipun bukan semua. Kira okay lah tu, kan?" balas Huzzaq. Dia memandang lembut kearah Aylia yabg sedang membuka langsir bagi cahaya masuk kedalam rumahnya.

Aylia hanya diamkan diri. Mata coklat gelapnya masih meliar-liar melihat sekeliling rumah itu. Selepas itu dia duduk di sofa bentuk L. Dia menghela nafas. Huzzaq yang melihat Aylia duduk, dia pun ikut duduk disebelah Aylia.

"Kau…" Aylia memejam mata untuk menghilangkan rasa penat. Tetapi matanya kembali terbuka apabila suara garau milik suaminya menerjah telinga. Dia menoleh kearah Huzzaq dengan mata yang kelihatan penat.

"Tak ada apa-apa. Kau lapar tak? Kau nak makan apa?" Huzzaq bangun dan berlalu kedapur. Dia membuka peti ais. Tangannya mengambil apa yang boleh dimasak.

"Apa-apa pun boleh. Kau masaklah. Aku rasa nak tidur kejap lah." Aylia membaringkan tubuhnya di sofa dengan tudung yang masih elok di lilit. Dengan perlahan-lahan, dia dihanyut mimpi.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now