Sejak kejadian hari itu, semua staf mula berkelakuan pelik terhadapnya. Ada yang dari pendiam terus bercakap dengannya. Yang sombong pun terus jadi ramah bila bertembung atau berjumpa dia. Pelik.
"Hai Aylia!" sapa seseorang staf melayu.
Disini memang ada pelbagai pekerja dari pelbagai negara terutamanya Itali, Malaysia dan Rusia. Syarikat ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu, management and client service, financial and accountants, dan akhir sekali Sales and marketing service. Pekerja Malaysia selalunya ditempatkan di bahagian marketing.
"H-hai?" Berkerut sedikit dahi Aylia kerana disapa mesra oleh wanita yang sebelum ini, tak pernah bercakap dengannya malah selalu berikan jelingan tajam.
"Nak lunch tak? Jom lunch!" Ajak wanita itu.
"Sorry lah, Sara. Tak boleh lah, busy." Aylia tolak ajakan wanita yang bernama Sara itu dengan sopan. Tak nak berkasar, walaupun dia selalu kena side eye. Tapi tak baik begitu.
"Oh yeke, tak apa lah, enjoy your work!" Wajahnya bertukar mendung. Tetapi sekejap sahaja sebelum wajah itu bertukar ceria kembali dan berlalu pergi dari situ.
"Busy konon! Ajak lunch je pun! Biarlah kerja tu!" ngomelnya sebaik sahaja sudah menjauj dari ofis milik Aylia.
Aylia menghela nafas. Dia memanggil assistannya melalui interkom.
"Um Julie, can you come to my office for a sec?"
"Alright, Miss Aylia."
Sementara menunggu ketibaan Julie, dia berfikir sejenak. Dia selalu merasa seperti diikuti beberapa hari ini. Tetapi bila dia menoleh atau check, tiada siapa. Takkan hantu? Tapi tak mungkin lah, aku lalu tempat ramai orang kut.
Tok!
Tok!
Terhenti lamunan Aylia apabila terdengar ketukan dari PA nya. Aylia mengarah supaya masuk. Terhias di kornea matanya sosok tubuh ramping milik Julie. Julie memakai pakaian yang tidak terlalu menonjol, walaupun dia bukan islam, katanya dia lebih selesa memakai baju yang bertutup atau lebih tepat memakai seluar.
"Um Julie, can you sit here? I wanna talk about something."
Tersenyum bermakna Julie apabila mendengar arahan milik bossnya itu. Dia terus duduk dihadapan Aylia, teruja. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Aylia dengan matanya yang bersinar-sinar.
Rasanya dia boleh agak apa yang bossnya ingin tanya.
"Okay,"
"I'm actually wanna ask you about that woman, who suddenly came to Mr Ethan's office at the other day?"
Bingo!
Julie tersenyum riang.
"She's Amanda. Mr Ethan's girlfriend. She was kinda spoiled. That's why, her attitudes like that." Dengan bersungguhnya Julie cerita. Dia terangguk-angguk macam burung belatuk, cuba memahami dari info yang diberikan oleh Julie.
"Do any of you get treated harshly by her?" tanya Aylia.
"I think everyone here will say yes. We often get treated as her maid or worse, slave. We need to listen to whatever she says or else, she will tell Mr. Ethan and he will get us fired. Some of us can't really help other than listen. They worked hard for getting in this company and they will not let that woman destroy their dream easily." Ujar Julie sekaligus memberitahu masalah majoriti pekerja disini.
YOU ARE READING
HIS BARISTA
Romance'DARK DEVILS' VOL 1' (slow update) HUZZAQ AR REEZQI - seorang jejaka yang berkacukan cina dan memiliki rupa paras yang dingin. Dia memiliki wajah rupa yang kacak. Hidup jejaka ini sudah dihantui dengan kegelapan dan hanya menunggu cahaya untuk menar...