CHAPTER 13

21 1 0
                                    

Kaki panjangnya melangkah keluar dari kafenya. Dia terus berlalu ke kereta MINI Cooper Countryman miliknya. Aylia menyumbat tubuhnya masuk dan menghidupkan enjin. Aylia menghela nafas panjang sementara menunggu enjin panas.

"Siapa lah natang yang admire aku eh?" Aylia sandarkan kepalanya di kusyen kereta.

Dia mengambil telefon mahal yang berada dalam handbag nya dan membukanya untuk membaca kembali mesej yang dihantar oleh orang yang sama sewaktu dia sedang berehat tadi.

Unknown

: For the theme, I want you to wear a royal blue dress.

: We're matching by the way. See you there 🙈

Aylia menghela nafas lagi. Dia segera mengundurkan keretanya dan meluncur laju membahagi jalan. Tiba-tiba dia terasa mahu mengudap sesuatu.

Kebetulan dia melihat satu kedai runcit di belah kanan. Dia segera membuka signal ke kanan dan memparkir jauh sedikit daripada kedai itu. Berjalan lah Lia oi...

Dalam perjalanan dia mahu ke kedai runcit itu, dia menjumpai seekor kucing berwarna kelabu. Aylia segera memanggilnya.

Comel nyah!

Kucing itu pun menghampiri Aylia. Aylia duduk mencangkung didepan kucing itu. Kucing itu bergesel melingkari tubuh Aylia.

"Haih lah kucing, kau kenapa dok bergesel kat aku ni? Kau lapar eh? Kejap tau, aku pergi beli makanan. Kau sabar jap." Aylia segera bangun dan berlari masuk kedalam kedai runcit tersebut.

Selesai membeli, dia pun keluar dan pergi ketempat kucing sekejap tadi. Kelihatan kucing itu sedang berguling-guling di tepi longkang. Sipi-sipi nak jatuh. Aylia segera berlari ke kucing itu dan mendukung si bulus itu.

"Kau ni kucing! Kalau terjatuh tadi naya aje. Tak hingin aku nak ambil kau dari longkang busuk tu. Cukup lah longkang itu aje busuk, kau jangan ikut sekali," bebel Aylia sambil tangan dok mengusap bulu lembut haiwan itu.

"Haa nah, aku beli kan kau whiskas, tapi wet food lah. Maklum lah aku ni kaya. Boleh lah aku bagi kau makanan mahal sikit." Aylia menghulur makanan basah itu kepada si bulus. Si bulus pun menghampirinya dan menjilat makanannya. Sempat lagi Aylia memuji dan riakkan diri nya.

"Kira bodek lah ni, aku bagi kau wet food. Memandangkan kau ni comel, aku nak culik kau lah. Kau ni pun serupa macam hilang tuan je. Tak apa, aku jadi tuan kau eh." Kata Aylia seumpama kucing itu boleh memahaminya. Dia pun usap lembut kepala kucing itu. Kebetulan dia mahu singgah ke kondonya untuk meletak barang. Boleh lah dia letak kucing ni kat situ.

Aylia mendukung si bulus dan menggomol perlahan. Comel!

Tiba-tiba telefonnya berdering kuat. Dia meletakkan kucing itu dan membawa keluar telefonnya dari beg tangan Bonia itu. Jari runcing itu menggeser ikon hijau dan melekapkan telefon ditelinga.

"Hai baby! Best dating?" sambut Aylia ceria. Saja nak menyakat kawannya itu.

"Siapa baby kau? By the way, kau dekat mana?" tanya Faiqa disebelah sana.

Aylia tergelak kecil mendengar suara kegeraman kawannya. Tahulah dia mesti Faiqa buat muka nak muntah.

"Kat luar lah yang. Aku nak beli barang sikit alang-alang. Barang pastri dah nak habis." Ujar Aylia sambil tangan mengusap dagu kucing kelabu itu.

"Haa okay lah. Aku nak gerak dah ni." Kata Aylia. Dia bangun dari cangkung selepas Faiqa memutuskan panggilan. Gadis itu mengangkat kucing kelabu itu dan bawa masuk keretanya.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now