CHAPTER 15

21 1 0
                                    

Aylia melangkah keluar dari Lexus LC milik Huzzaq dan berlalu pergi ke pintu pagar rumah mamanya. Huzzaq juga turut keluar dari keretanya. Aylia memberikan senyuman nipis kepada Huzzaq.

"Thanks. Aku dah cakap tadi hantar aje aku kat kondo kawan aku tu. Tak payah hantar ke sini, tapi kau ni degil. Menyusahkan kau aje," bebel Aylia panjang. Huzzaq tersenyum mendengarnya.

'Takde apa yang boleh menyusahkan aku kalau melibatkan kau.' Kata Huzzaq dalam hati.

"Don't worry. Ni rumah parents kau eh?" Huzzaq melihat banglo 3 tingkat didepannya. Besar juga rumah bakal isteri aku ni–eh?

"Tak lah, ni rumah mak aku," nafi Aylia. Ianya mengundang kerutan pelik di dahi Huzzaq.

"Rumah mak kau? Maksudnya rumah parents kau lah kan?" Aylia menggeleng tenang.

"My parents were divorced when I was 13. So this is my mom's house. Aku kadang-kadang balik rumah bapak aku juga. Tengok turn lah. And hari ni turn rumah mak aku, so aku datang sini," terang Aylia. Dia hanya menayangkan riak wajah yang tenang. Huzzaq memandang dalam anak mata gadis itu.

"Oh sorry to hear that. Ni aku tengok banyak kereta, ada tetamu ke?" soal Huzzaq apabila melihat Nissan GTR R34 di dalam tempat parkir banglo itu. Dan juga 2 buah Mercedes SLK 200. Satu berwarna kelabu dan satu berwarna putih.

'Kaya juga lah Aylia ni.' Getus Huzzaq.

Tak sempat Aylia nak buka mulut tiba-tiba lehernya dirangkul tangan kekar seseorang. Aylia memejamkan mata menahan geram yang terbuku. Dia mendongak melihat wajah tak bersalah adiknya, Arfan.

"Kau siapa? Kau bawa bini aku pergi mana malam-malam baru balik?" soal Arfan dengan wajah yang dibuat-buat bengis. Terbeliak mata Aylia, kalau boleh nak terkeluar terus. Terangkat kening Huzzaq.

Bini? Ini ke baby…

Rentak jantungnya mula berubah. Namun riak muka masih lagi dikawal. Riak muka terus berubah dingin. Dia memandang wajah kacak Arfan tajam. Naik bulu roma Arfan kerana dipandang begitu.

"Umur kau berapa?" soal Huzzaq.

"21. Asal?" jawab Arfan.

Huzzaq diam. Hanya kepala terangguk seperti burung belatuk. Aylia dan Arfan memandang pelik kearah Huzzaq.

"Oi!" Sergah Aylia sambil menghayun beg tangannya hingga terkena bahu sasa milik Huzzaq.

Jejaka itu terus memandang Aylia dengan mata yang membulat. Terkejut lah tu.

"Okaylah, aku balik dulu." Pinta Huzzaq sambil kaki berjalan kearah keretanya. Sampai sahaja dikeretanya, dia terus menyumbat masuk tubuhnya kedalam dan menutup pintu. Tingkap mula diturunkan. Dia memandang kearah Arfan yang sedang elok berdiri memeluk bahu Aylia.

"Kau! Sini kejap!" Panggil Huzzaq. Arfan dengan teragak-agak, menghampiri Huzzaq.

"Jaga dia elok-elok. Jangan sampai aku yang ambil dia dari kau. Okay, bye Aylia!" Tubuh Arfan mengeras apabila mendengar amaran dingin itu.

Kereta Lexus LC itu terus membelah jalan meninggalkan dua manusia itu.

"Eh, dia suka akak aku ke?" gumam Arfan.

Aylia menyiku kepala Arfan mengakibatkan Arfan terus tersedar dari lamunan. Aylia memandang tajam kearah Arfan.

"Suka hati kau aje cakap aku ni bini kau!" marah Aylia terhadap Arfan sambil pukul badan jejaka itu.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now