CHAPTER 14

12 1 0
                                    

Huzzaq turun dari kereta dan menghampiri satu kedai runcit. Tak sempat tangan mahu menolak pintu, dia melihat tubuh seorang gadis sedang mencangkung dan sedang mengambil gambar.

"Macam kenal aje minah tu…" kata Huzzaq perlahan. Dia melihat gadis itu mengangkat seekor kucing dan menoleh kearahnya. Tubuh Huzzaq mengeras apabila melihat gerangan gadis itu.

Aylia!

"Hai baby! Best dating?" kata gadis itu dengan senyuman lebar. Seketika kemudian, dia ketawa kecil.

B-Baby!?

"Kat luar lah yang. Aku nak beli barang sikit alang-alang. Barang pastri dah nak habis." Ujar gadis itu sambil tangan mengusap dagu kucing coklat di hadapannya.

"Haa okay lah. Aku nak gerak dah ni." Kata Aylia. Dia bangun dari cangkung selepas memasukkan telefon didalam beg tangannya. Gadis itu mengangkat kucing coklat itu dan bawa masuk keretanya.

Gadis itu terus meninggalkan tempat itu bersama kucing coklat yang didukungnya tadi. Huzzaq hanya merenung segala perbuatan gadis itu sehinggalah tubuh itu hilang disebalik keretanya.

"Nasib dia tak perasan. Tapi baby? Siapa baby dia?" Huzzaq menghela nafas dan melangkah masuk ke dalam kedai runcit tersebut.

 Tapi baby? Siapa baby dia?" Huzzaq menghela nafas dan melangkah masuk ke dalam kedai runcit tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Huzzaq merenung siling pejabatnya. Dia menghela nafas berat. Dia menyebak rambutnya yang terjuntai didahi kebelakang.

"Apa yang berat sangat mengeluh tu?" soal Tazriq. Terkejut Huzzaq mendengar suara Tazriq yang entah muncul dari mana. Jejaka itu sedang menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya di atas meja Huzzaq. Tazriq melihat Huzzaq dengan mata yang sengaja dibundarkan.

Mana tak terperanjat kalau kena tenung macam tu. Nasib tak gugur jantung.

"Aku tengok kebelakangan ni, kau nampak distracted je. Asal? Pujaan hati buat hal ke?" kata Tazriq seraya menyandarkan belakang tubuhnya di kerusi yang diduduki.

Dia melihat tubuh Huzzaq mengeras seketika. Betul lah tu.

"Dia ada 'baby' lah." Kata Huzzaq tiba-tiba. Berkerut dahi licin Tazriq memandang sepupunya.

"Hah?" tanya jejaka itu. Baby? Pujaan hati Huzzaq dah kahwin ke? Huzzaq minat dengan bini orang ke?

"Tak ada apa lah. Kau buat apa kat sini? Tak ada kerja ke?" Huzzaq memandang tajam sepupunya itu.

"Cakap lah. Meh sini aku tolong. Aku ni bekas playboy. Semua perempuan aku boleh 'adjust'." Ujar Tazriq bangga. Dia memandang angkuh kearah Huzzaq. Huzzaq menarik senyuman sinis.

"Yelah kau. Daripada kau sibuk dengan masalah aku, baik kau fikir macam mana nak faham bini kau. Aku tak nak ada tetamu tak diundang dekat rumah aku lagi." Perli Huzzaq.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now