Rosaline membaling kuat pasu bunga ke dinding. Dia menjerit sambil tangan menyelerakkan katilnya. Habis serabai rambutnya akibat tindakan itu.
Dia dapat berita dari spy yang diupahnya bahawa Huzzaq sudah selamat berkahwin dengan perempuan lain. Bukan dengan dia!
"Perempuan tak guna! Aaarghh!" jeritnya lagi dengan lagi kuat. Dia jatuh terjelepok dan memeluk lutut. Dia merenung pasu yang pecah akibat kekejamannya tadi. Selang beberapa minit, dia tergelak kecil seperti seorang psiko.
"Tak tak, Huzzaq takkan kahwin dengan perempuan murah tu. Dia milik aku. Dia sayang aku, aku tau tu. Huzzaq milik aku!" Rosaline menjerit persis orang hilang akal. Dia menyerabaikan rambutnya.
Tak cukup dengan pasu, dia menolak kesemua perfume mahalnya sehingga jatuh berkecai menyembah lantai. Akibat bunyi berderai itu, mummy-nya terus membuka pintu dari luar.
Terbuntang mata Puan Betty melihat keadaan anak tunggalnya. Dia menapak laju kearah Rosaline dan memeriksa keadaan anaknya. Kaki gadis itu berdarah akibat terpijak kaca yang pecah.
"Ros, why are you being like this? Nina! Bring Rosaline's medicine!" laung Puan Betty dari dalam bilik. Orang gajinya yang bernama Nina terus melangkah laju turun ke dapur untuk mengambil ubat majikannya.
"Mummy, I will kill her. I will kill that woman and make Huzzaq mine!" kata Rosaline dengan nada keras. Dia memandang kearah balkoninya. Terbit senyum sinis di bibir.
Puan Betty sudah rasa tidak kena dengan keadaan anaknya.
Sudah seminggu berlalu sejak hari pernikahannya. Lagi dua hari, majlis resepsi perkahwinannya akan tiba. Aylia menyikat rambut ikal mayang nya sambil bibir menyanyikan lagu kpop.
Huzzaq yang baru keluar bilik air melihat isterinya yang sedang duduk didepan cermin meja soleknya. Jejaka itu menghampiri Aylia dan labuhkan kucupan hangat di atas rambut Aylia. Hidungnya tak semena-mena terhidu haruman bunga rambut itu. Wangi.
"Oi! Apa ni kiss kiss tak warning dulu?" kata Aylia seraya menjauhkan kepalanya. Dia mencerlung geram kearah Huzzaq melalui cermin. Huzzaq dengan selamba mendukung Aylia cara bridal style dan mencampak gadis itu diatas katil mereka.
Aylia menjerit kecil sewaktu Huzzaq mencampaknya diatas katil. Setelah selamat mendarat, dia bangun dari pembaringan dan memandang Huzzaq tajam. Tetapi pandangan itu bertukar menjadi cuak apabila Huzzaq ingin bertindak untuk melompat keatasnya.
"Huzzaq!" jerit Aylia sambil menutup mata. Dengan perlahan-lahan Aylia membuka mata. Dia bertentang mata dengan Huzzaq yang sedang menindih dia. Gadis itu mengerdipkan matanya. Jantung usah kata, sudah seperti lari marathon.
"Apa jerit-jerit ni?!" sergah Azrael. Dia terus membuka pintu bilik Aylia tanpa izin. Pasangan itu terus memandang kearah Azrael dengan muka terkejut. Melihatkan keadaan mereka, dengan perlahan-lahan Azrael menutup kembali pintu seperti tidak nampak apa-apa.
YOU ARE READING
HIS BARISTA
Romance'DARK DEVILS' VOL 1' (slow update) HUZZAQ AR REEZQI - seorang jejaka yang berkacukan cina dan memiliki rupa paras yang dingin. Dia memiliki wajah rupa yang kacak. Hidup jejaka ini sudah dihantui dengan kegelapan dan hanya menunggu cahaya untuk menar...