CHAPTER 18

20 1 0
                                    

Mereka sampai di sebuah pantai yang berdekatan dengan kampung Aylia. Mereka berjalan ke sebuah bangku panjang disitu dan labuhkan punggung.

Aylia hanya diam dan tenung air laut yang bergelora. Angin dingin pantai yang menampar lembut pipinya membuat kan dia memejamkan mata. Tenang.

Huzzaq pula hanya merenung wajah jelita disebelahnya itu. Dia perasan muka gadis itu amat kusut sewaktu dirumah neneknya tadi. Firasatnya menyuruh dia untuk membawa gadis itu ke sebuah pantai.

Tiba-tiba ada dua kanak-kanak membawa balang kerepek menepuk lembut peha Aylia mengakibatkan gadis itu mencelikkan matanya dan memandang gerangan yang menepuk pehanya.

"Assalamualaikum kak, akak— nak kerepek?" Budak lelaki yang terlihat seperti 9 tahun bersuara. Manakala sebelahnya budak perempuan yang terlihat seperti 6 tahun berdiri kaku disebelah budak lelaki itu. Adik beradik mungkin.

"Berapa satu balang dik?" tanya Aylia selepas meniliti kedua-dua budak itu.

"10 ringgit kak," jawab budak lelaki itu. Matanya bersinar keterujaan. Huzzaq hanya diam memerhatikan sikap baik dan lembut Aylia.

Aylia tersenyum manis sebelum dia mengambil dompetnya dan keluarkan sekeping not 20 ringgit. Aylia hulurkan duit itu ke budak lelaki itu.

"Nah, akak ambil sebalang. Yang lebih tu adik simpan buat belanja okay?" kata Aylia sambil tersenyum manis. Budak lelaki itu terkebil-kebil apabila Aylia memberinya duit dengan jumlah yang banyak.

"Eh tak apa kak. Kejap saya ambil baki." Budak itu terus pergi ke adiknya dan geledah beg yang adiknya pegang.

"Eh tak apa. Akak ikhlas. Nama adik siapa?" pujuk Aylia. Budak itu terus berhenti dari menggeledah beg adiknya.

"Nama saya Khaliq, yang ni adik saya Khasyiqah." Khaliq memperkenalkan diri mereka.

"Ooh, nama akak Aylia. Kamu berdua aje ke? Mana mak ayah kamu?" tanya Aylia sekadar berbasa basi.

"Mak ayah saya dah meninggal dah kak. Kami duduk dengan nenek kami. Ni pun sebab nak cari duit lebih, nenek sakit." Terkedu tubuh Aylia mendengar jawapan Khaliq. Huzzaq pun tak kurang juga terkedu nya.

"Hmm, ni suami akak ke?" Khasyiqah bertanya apabila lama mendiamkan diri. Matanya melirik kearah Huzzaq.

Sekali lagi terkedu tubuh Aylia. Mulut laju mahu menidakkan tetapi laju lagi mulut si jejaka.

"Haah. Ni isteri abang. Cantikkan dia?" kata Huzzaq dengan nada suara yang bangga. Mata coklatnya memandang sekilas wajah Aylia sebelum memandang kembali dua beradik itu.

Laju kanak-kanak itu mengangguk.

"Cantik sangat! Sesuai lah akak dengan abang." Kata Khasyiqah. Adik beradik itu tersenyum suka. Menyokong kenyataan itu.

Mereka bertiga tertawa sambil Aylia sudah menutup muka dengan telapak tangannya. Ya Allah malunya!

Selepas itu dua beradik itu beredar meninggalkan sang dewasa. Aylia laju menoleh ke arah Huzzaq.

"What's that earlier?" tanya Aylia.

"What?" tanya Huzzaq balik.

Aylia hanya diam dengan wajah marahnya.

"Kau okay ke?" soal Huzzaq sekaligus menukar topik.

"About what?" soal Aylia balik. Matanya lurus memandang kearah ombak pantai yang bergelora.

Huzzaq hanya diam. Tidak tahu ingin memulakan perbicaraan macam mana. Pertama kali dalam hidupnya, dia buntu. Akhirnya dia hanya diam dan menemani Aylia melayan perasaan.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now