Riuh rumah ini dengan penghuni yang agak ramai. Campur dengan kehadiran saudara-mara milik Mark. Hari ni, Aylia telah dijemput oleh Mark kerumahnya untuk makan malam, sempena malam hari terakhirnya di Hughes Holding. Tetapi yang dijemput hanya dia seorang.
Dia seorang!
Dirinya juga bingung bila dijemput oleh Mark semalam.
Suasana yang kecoh di pejabatnya menjadi senyap kerana kehadiran seseorang yang tak disangka. Mark. Dia melangkah kearah Aylia. Dia berhenti didepan gadis itu. Tiba-tiba dia toleh kearah staf yang ada disitu.
"Do you mind giving us some privacy?" arah dia, tegas dan dingin. Aylia merasa bingung.
Apa hal orang tua ni?
Aylia tilik tubuh lelaki itu atas bawah. Mark toleh ke arah Aylia semula apabila semua staf sudah berganjak keluar dari pejabat gadis itu. Mark duduk tanpa dipelawa.
"So, Aylia," Aylia menunggu perkataan yang akan keluar dari mulutnya.
"Free tak esok?" Pertanyaan yang agak pelik bagi Aylia. Gadis itu kerutkan dahi dan memandang kearah Mark.
"Kenapa?"
"Aku ada buat a dinner party." Ujar Mark sambil mata berwarna kelabunya memandang wajah jelita Aylia.
"So, I would like to invite you there for me to show my gratitude." Terang Mark tanpa diminta.
Aylia mengangkat sebelah kening. Tawaran yang agak…kurang menarik.
"Pelik lah kau ni pakcik." Jawapan yang keluar dari bibir merah gadis itu sedikit sebanyak buat dia rasa geram.
Pakcik?! Siapa pakcik?!
Dia lihat Aylia yang sedang membelek barang-barangnya.
"Flight kau bila budak?" Geram-geram pun dia tanya juga. Dia sabar menunggu jawapan. Dia melihat Aylia seakan sedang mengingat kembali.
"Lusa, 11 pm." Ringkas sahaja jawapan yang diberi. Mark menganggukkan kepalanya. Selepas itu, dia terus keluar dari pejabat Aylia tanpa sepatah kata.
Pelik Aylia dibuatnya. Aylia sengaja memilih waktu penerbangan pada waktu malam, supaya dia boleh makan angin di bumi Itali buat kali terakhir.
"Aku dah kata dah, dah nak mampus orang tua ni." Aylia menggelengkan kepalanya.
Janggal rasanya dia disini. Tapi bernasib baik kerana ada Evelyn, anak perempuan Mark.
Ya, gadis itu lah yang kena culik dan hilang sewaktu parti 2 tahun lepas. 2 minggu lepas tiba-tiba sahaja, Evelyn muncul depan pintu rumah milik Mark dengan penampilan yang kemas dan biasa. Cuma dress yang dipakai sewaktu parti itu, sudah tidak wujud.
"Awkward kan?" Evelyn hadir dengan huluran air lemon kepada Aylia. Dia ambil huluran itu dengan senyuman manis.
"Haah, awkward sikitlah." Tutur Aylia. Dia memandang wajah jelita dihadapannya.
"Why?" soal Evelyn tiba-tiba.
"Nothing. Awak cantiklah. Well, much expected from a popular model," puji Aylia. Evelyn tertawa kecil bagi menutup rasa malunya.
Evelyn tiba-tiba menarik Aylia ke beranda rumahnya. Sesampai sahaja di beranda rumahnya, terlopong mulut Aylia melihat pemandangan pada waktu malam hari itu.
YOU ARE READING
HIS BARISTA
Romance'DARK DEVILS' VOL 1' (slow update) HUZZAQ AR REEZQI - seorang jejaka yang berkacukan cina dan memiliki rupa paras yang dingin. Dia memiliki wajah rupa yang kacak. Hidup jejaka ini sudah dihantui dengan kegelapan dan hanya menunggu cahaya untuk menar...