CHAPTER 20

16 2 1
                                    

Tok!

Tok!

"Masuk!" Laung Aylia dari dalam. Dia kembali membelek kertas-kertas yang berselerak diatas mejanya. Kepala diangkat untuk melihat gerangan yang memasuki bilik kerjanya.

"Yes?" Soal Aylia. Sophia melangkah menghampiri meja Aylia. Tanpa disuruh, sebuah fail nipis diletakkan diatas meja Aylia. Gadis itu melihat sekilas fail itu sebelum memandang kembali wajah jelita milik Sophia.

"Biodata pekerja part time yang baru masuk tiga hari lepas. Kitaorang ambil tiga orang je. Dua lelaki dan satu perempuan. Semuanya bawah 27 tahun." Terang Sophia. Punggung dilabuhkan disebuah kerusi dihadapan Aylia. Manakala Aylia sudah membelek fail itu.

Memang prosedur dikafe itu begitu. Walaupun pekerja part-time, ianya memerlukan latar belakang. Zaman sekarang ni, pekerja part-time pun boleh buat kerja jahat.

Tiba-tiba, dahinya berkerut melihat biodata milik seseorang itu. Kepala diangkat melihat wajah Sophia namun tak sempat mahu membuka mulut, gadis jelita itu sudah memotongnya.

"Mesti akak pelikkan?" Tanya Sophia seperti tahu apa yang berada dalam kepala Aylia. Gadis menganggukkan kepala.

"Kami pun pelik kak. Sebab semua pasal dia takde. Sekolah dekat mana, kelulusan apa, lahir dekat mana, tinggal dekat mana. Semua kami tak jumpa. Yang kami jumpa itu jelah. Nama, tarikh lahir, jenis darah." Ujar Sophia dengan keluhan yang lelah. Jenuh dia dan Aliff mencari pasal maklumat pekerja seorang tu namun sia-sia sahaja usaha mereka kerana satu hapak mereka tak jumpa.

"Haraz, berumur 26 tahun. Berdarah jenis AB." Gumam Aylia. Lalu fail itu ditutup dan kembali diletakkan diatas meja. Kepala dipanggung dan memandang kearah Sophia.

"Selama dia bekerja ni, ada benda yang dia buat nampak mencurigakan tak?" Soal Aylia. Sophia diam sebentar sebelum menggelengkan kepala.

"Tak ada pula. Tapi, saya selalu nampak dia sorang-sorang. Adalah juga, Aliff tegur tapi dia sekadar senyum lepastu blah. Dia malu kot." Kata Sophia. Aylia menyandarkan kepala di kerusi. Otak ligat memikir. Kemudian, nafas lelah dilepaskan.

"Takpalah, selagi takde benda yang mencurigakan yang dia buat, rasanya tak payah pening-pening kot. Awak boleh pergi. Terima kasih, Sophia." Ucap Aylia dengan senyuman nipis. Sophia bangun dan membalas senyuman itu sebelum keluar dari bilik kerja Aylia.

Hilang sahaja kelibat Sophia, Aylia kembali membuat kerjanya yang tergendala. Misteri latar belakang pekerja sambilannya hanya dibiarkan.

 Misteri latar belakang pekerja sambilannya hanya dibiarkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aylia buka mata perlahan-lahan. Dia bangun dari pembaringan. Dia menggosok matanya berkali-kali bagi menghilangkan kabur. Dia turun dari katil dan mengambil getah rambut untuk mengikat rambutnya.

Dia keluar bilik dengan berpakaian tidurnya iaitu baju jersey haikyuu berseluar pendek. Memandangkan abang dan adik lelakinya tiada dirumah, dia pun berani hendak keluar bilik begitu.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now