CHAPTER 12

23 1 0
                                    

Kedengaran gelak tawa milik kanak-kanak memenuhi ruang asuhan itu. Aylia mengawasi setiap perbuatan kanak-kanak tersebut. Terbit satu senyuman nipis di bibir merah jambunya.

"Oi! Kau kenapa? Macam ada masalah aje," tegur seseorang. Aylia mengalihkan pandangan ke arah suara itu. Dia senyum hambar.

"Tak ada apa lah. Aku rindu budak-budak ni je." kata Aylia. Tipu. Dia sambung melihat kanak-kanak yang sedang mewarna. Itulah tugasan yang diberinya tadi.

"Ye ke kau ni, betul ke tak ada problem? Muka macam baru hilang laki je." Terletus tawa miliknya. Aylia hanya menjeling sahaja.

"Serabut sikit lah Irina. Nak fikir kafe lepastu anak buah aku lagi. Abang aku pula suruh aku jaga anak dia sebab dia nak pergi dating dengan bininya. But I already have a lot in my hand. To be exact bukan dating, lebih kepala honeymoon." Gadis yang bernama Irina itu hanya mendengar sahaja luahan panjang Aylia.

"Kau ni apa susah—kau hantar lah anak buah kau kat sini. Kau lupa ke rumah asuh ni aku punya?" Irina memandang kearah Aylia manakala Aylia memandang Irina. Bersinar mata Aylia takat ni.

Irina adalah rakannya sejak sekolah menengah. Mereka berkawan sewaktu tahun kedua. Alhamdulillah persahabatan mereka kekal hingga hari ni.

"Serius lah?! Sumpah doh kau ni Rina memang boek lah." Aylia mengangkat ibu jarinya dan tunjuk ke Irina. Wanita itu menjeling sebelum mereka tertawa.

"Mama! mama tengok abang Rian, dia buli Lilith." Adu satu budak kecil kepada Irina. Terkejut Irina sebelum dia mendukung tubuh kecil dan letak diatas ribanya.

"Abang Rian buli apa? Dia buat apa kat princess mama ni?" Irina tanya dengan lembut. Memang semua kanak-kanak yang duduk di rumah asuh itu memanggil Irina dengan gelaran 'mama'. Ianya atas kehendak Irina sendiri.

"Dia tarik rambut Lilith." Merah mata gadis kecil itu menahan sebak. Tercebik bibirnya.

"Ish, Arian! Sini!" Panggil Irina dengan tegas yang dibuat-buat. Takut-takut budak kecil yang bernama Arian itu melangkah kearah Irina yang sedang merenungnya garang.

"Arian buat apa dengan Lilith?" tanya Irina tegas. Arian hanya mendiamkan diri sambil menunduk kebawah dengan tangan bermain-main dengan bajunya.

"Arian buat apa dengan Lilith? Hm?" Kali ni nada yang digunakan sedikit lembut supaya Arian tidak gugup. Arian mendongak dengan mata yang berair memandang Irina. Tiba-tiba tangisannya terletus. Aylia hanya jadi penonton. Tiada niat mahu masuk campur.

"Tadi Li-Lilith pukul Rian. Lepas tu Rian tak senga-sengaja ta-tarik rambut dia. R-rian minta m-maaf mama." Tersedu-sedu Arian menceritakan hal sebenar. Irina hanya senyum kecil sebelum dia menurunkan Lilith dari ribanya dan mendekati Arian yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Arian tak perlu minta maaf dengan mama. Arian kena minta maaf dengan Lilith, sebab Arian tarik rambut Lilith," tutur Irina lembut. Dia berpaling ke arah Lilith pula.

"Lilith pun kena minta maaf dengan abang Rian, okey? You have to say sorry when you make?" Irina hentikan kata-katanya menyuruh dua budak kecil itu menyambung.

"Mistake."

"Mistake."

Sambung mereka berdua serentak. Irina tersenyum nipis.

"Lilith minta maaf abang, sebab Lilith pukul abang tadi." Lilith menghulur tangannya.

"Abang pun minta maaf sebab tarik rambut Lilith." Arian menyambut huluran tersebut.

HIS BARISTA Where stories live. Discover now