03

26 3 0
                                    

˚🧃◡̫࣪࣪◠̟۫ ˢᵒⁿᵍ ᵗᵒ ˡⁱˢᵗᵉⁿ ʷʰⁱˡᵉ ʳᵉᵃᵈⁱⁿᵍ - ˡᵒᵛᵉ ᵗʰᵉᵒʳʸ ᵇʸ ᵗᵃᵉʸᵒⁿᵍ , ʷᵒⁿˢᵗᵉⁱⁿ

Bab 3

"Ibu, Soojin nak pergi makan dengan Aeri boleh?" Tolonglah bagi! "Ha, pergilah. Ibu nak makan dekat luar dengan bapak kau sekali dengan adik kau."

Auch.

"Okay!"
"Kunci rumah ibu letak bawah pasu bunga tau!"

---

Sejuk! Tapi cuaca harini memang kegemaran aku. Rasa seperti mahu saja aku alami keadaan seperti ini hari-hari. Di mana aku bersendirian dan tiada sesiapa menganggu aku.

// Aeri Sempit 💩🤍
Ko datang cepat sial punggung aku kebas tunggu ko!

Jubo dia yang besar tu pun boleh kebas tunggu aku. Apa lagi kalau kau menunggu aku untuk menghalalkanmu.

(I wanna kill myself)

\\ suruh jubo ko tahan jap. Dalam beberapa saat aku sampai

// 💩🙈

---

Aku mencari kelibat anak pungut tersebut. Kesian dia jubo dia kebas. "Woi sini!" Akhirnya aku jumpa dia yang berpakaian t-shirt berwarna hijau. Tak sejuk ka nyah?

"Eh, kau ni buang tabiat ke? Tak sejuk ke?" Soalku. "Aku pakai macam ni sebab lepas kau makan mee rebus makcik auto kau rasa macam duduk dalam periuk panas." Balas Aeri. Aku mengangguk faham lalu menanggalkan jaket.

Kling!

Pintu berbunyi menandakan ada pelanggan baru masuk. Tetapi aku memilih untuk tidak peduli. Takkan lah setiap kali orang masuk aku nak kena pusing belakang tengok.

"Mee rebus berapi hangat panas kapoww lima."

"Okay, boleh duduk dulu jangan berdiri sini."

Aku macam kenal suara itu tetapi aku memilih untuk tidak peduli. Not my problem.

Mee rebus tu lambat lagi nak siap jadi kita push rank dulu. "Weh, kau nak suruh aku main lagu apa?" Soalku kepada Aeri. Kata push rank tapi pahal ada lagu pula ni?  "Lagu apa?" "Jap ah nak pull card."

Akhirnya.

"Weh aku dapat JYP siot!" 

"Ko main JYP Superstar ke siot?!"

"Haah!"

---

[ Seonghwa ]

Aku salah tengok ke? Tu bukan Soojin dengan Aeri ke?

"Yow Seonghwa, kau nampak hantu ke?" Soal Mingi. "Tak, aku rasa aku nampak jodoh aku."
"Noh!"

Tak lain tak bukan dia la tu. Siapa lagi kalau bukan Soojin yang main game sampai nak tembus masuk dalam skrin fon.

"Weh lepas makan jom rempit." Yunho entah dari mana tiba-tiba mencelah. "Rempit?" Aku dan Mingi mengerutkan kening. "Kau boleh ke rempit Yunho? Kaki kau kan panjang." Ujar Mingi.

"Eyy! No kaki shaming! Aku perempit no satu okay!"

(Only rempit I can accept 🙏)

"Okay, jom! Siapa kalah belanja sorang satu mee rebus berasap spicy." "Ada ke dalam menu Seonghwa?" Soal Mingi. "Tak ada, kau request la dekat makcik tu. Confirm dapat punya!"

"Okay!"

[ Soojin ]

"Okay!"

"Suara siapa kuat tu?"

"Suara panggilan maut-"

"Weh Soojin stop main game!" Dia menarik tangan aku.

"Woi aku kalah!" "Shh! Tengok tu!" Dia menunjuk ke arah meja ketiga sebelah kami. "Park Seonghwa?!" Aeri mengangguk. Semaklah, kalau sehari tak nampak muka dia tak boleh ke?

"Dia pun makan mee rebus makcik ni ke?!" "Mee rebus ni terkenal dekat area ni. Jadi, tak terkejut kalau dia makan sini sebab dia makan mee bukan makan rumput."
"Haah la.."

---

"Perut aku nak meletop! Memang betul-betul kapoww mee makcik ni." Aku menggosok perut aku yang penuh. "Jom lah bayar." "Jom."

Niat kami terbatal apabila melihat Seonghwa and friends berada dia kaunter pembayaran. "Kita tunggu mereka semua blah dulu baru kita pergi bayar." Ujar aku. "Tapi jubo aku.."

[ Seonghwa ]

"Makcik, tolong masak awal-awal mee rebus berasap spicy boleh?" Aku menuju ke arah kaunter.

"Kenapa?"

"Kami nak lumba moto. Nanti kami ambil lepas habis lumba moto. Tapi makcik kena buat mee awal sebab kami tak nak dia berasap sangat."

"Haha betul tu makcik." Yunho dan Mingi bersetuju.

"Kalau macam tu mee rebus spicy saja lah."

"Tapi makcik kami nak ada rasa smooky sikit."

Makcik itu terdiam. Entah apa yang difikir olehnya. "Ada rokok tak?" "B-buat apa makcik?" Soal Mingi. "Buat apa lagi? Tadi kata nak rasa smooky makcik mana ada rokok."

"..."

---

[ Soojin ]

"Lepas ni kita nak pergi mana pula?" Soal Aeri. "Balik kot." Ujarku. "Tapi esok cuti!" "Maaf, aku nak tengok mak aku bawa balik McD." Aeri mengangguk.

"Alang-alang esok cuti, jom la kita ambil angin dekat sungai bawah jambatan tu." "Jom!"

Kami berdua bergerak untuk menuju ke destinasi. Sudah lama aku dan Aeri tidak pergi ke tempat itu. Entah bagaimana keadaan tempat itu sekarang.

Padahal baru sahaja pergi seminggu yang lalu.

---

"Wah! Angin sini best!" "Kan! Aku rasa nak tidur sini malam ni." Ujar Aeri. Betul apa yang dia katakan, kalau boleh aku nak tetap berada dekat sini. Walaupun sekejap tetapi aku dapat merasakan kebebasan yang terasa seperti selamanya.

"Jap, aku nak ambil gambar. Soojin, kau berdiri situ." "Okay!"

"Kau pose elok sikit, aku nak post dekat Instagram."

"Okay senyum!"

Saat ini aku terasa seperti hidup kembali. Setelah hari yang memenatkan, aku kembali menghidup udara segar. Aku kembali menyedari bahawa aku berada di atas permukaan bumi. Di mana tidak semua sempurna di atasnya. Setengah orang mahukan jalan hidup mereka seperti apa yang mereka mahukan tetapi tidak kepada aku. Aku mahu jalan hidup aku seperti apa yang telah ditulis. Andai itu takdirnya, aku sedia menerimanya.

Ping!

"SOOJIN!"

"Weh mat break!!! Break!! B.R.E.A.K BREAK!!"
"SEONGHWA BREAK GILA BREAK KAT TANGAN KO WOI!!"

"SOOJIN!!"

- Tamat Bab 3 -

𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZWhere stories live. Discover now