ׂׂׂׂૢ་༘࿐ 🩰 ˢᵒⁿᵍ ᵗᵒ ˡⁱˢᵗᵉⁿ ʷʰⁱˡᵉ ʳᵉᵃᵈⁱⁿᵍ - ˡᵒˢᵉʳ ˡᵒᵛᵉʳ ᵇʸ ᵗˣᵗ
Bab 21
[ Seonghwa ]
"Kelas pastikan bersih kalau tak nak aku halau korang keluar belajar tengah padang!" Arah Jongho. "Baik!!" Lagi sejam sebelum bermulanya peperiksaan. Aku sudahlah tak study apa-apa lagi. Ingatkan nak study dekat sekolah tapi benda lain yang kena buat.
"Fuh~~" Pergh bapak kotor siak tingkap sekolah ni. Mesti sebab ada orang tengok benda tak elok luar sekolah sebab tu tingkap ni berhabuk. Faham.
Tangan aku sibuk mengelap cermin tingkap yang berhabuk. Tanpa aku menyangkakan bahawa dia berdiri di sebelah aku. Kami berdua bersama-sama mengelap cermin tingkap. Adakah ini jodoh?
Alahai cantiknya jodoh aku ni. Aku melihat wajahnya dari sudut tepi. Cantik.
"Hm?" Alamak dia pandang! Jangan bagi dia perasan Seonghwa! Aku harap dia tak nampak yang aku tengah pandang dia, kalau ya mati aku dibuatnya.
Sedang sibuk kami berdua mengelap tingkap, tangan kami berdua tanpa sengaja terlanggar antara satu sama lain. Kami berdua saling memandang.
"Kau usya-usya apa? Ada hutang?!" Dia kemudian membasahkan kain tadi dengan air. Tsk, garang betul! Hari-hari muka bengis macam singa memang patut tak ada sesiapa nak kecuali aku. Hoho.
[ Yeosang ]
"San, kau tengoklah dua sejoli tu." Mingi memuncungkan bibirnya ke arah Seonghwa dan Soojin yang sedang sibuk mengelap cermin tingkap. "Aku tertanya-tanya, Soojin tak suka dekat Seonghwa ke?" Telinga aku yang terdengar akan soalan San itu lantas menghentikan aku dari menyapu lantai.
"Mustahil Soojin tak suka dekat dia. Maksud aku, takkan tak pernah tersuka kot?!" Mingi tidak menyedari kalau dia tertinggi kan suaranya. San menepuk dahinya melihat kebodohan kawannya.
"Kau kutuk pasal aku ke Mingi?" Seonghwa terdengar apa yang dikatakan oleh Mingi sebentar tadi. Walaupun nama Seonghwa tidak disebut, tetapi dia dapat merasakan bahawa ayat tadi ditujukan kepadanya. "Kau nak aku lempar kain basah ni melekat dekat muka kau ke?" Soal Seonghwa dengan kain kotor di tangannya.
Aku mengabaikan mereka berdua, mata aku melihat ke arah Soojin yang sedang mengelap tingkap bersendirian. Kalaulah aku dengan dia tak terserempak dekat perpustakaan tu.
"Tengok apa tu?" Bahu aku terhinjut selepas Eunhi datang menegur aku. "Tak ada apalah.." Aku mula menyambung menyapu lantai. Eunhi masih berdiri melihat ke arah aku. Aku harap dia tidak tahu yang aku sedang melihat ke arah Soojin.
[ Bora ]
Memulas perut aku. Drama apa yang aku tengah tengok sekarang ni? Nampak macam si Yeosang tu suka dekat Soojin. Kelakarlah pula tengok drama diorang ni.
---
[ Soojin ]
"Akhirnya, selesai juga!" Baru segar mata nak tengok tingkap hari-hari! Ni tak asyik tengok muka cikgu je.
Aku meletakkan kain kotor tadi di hujung baldi.
"Baik semua sekarang kita ada lagi 20 minit sebelum exam!! Sekarang boleh kemas peralatan yang korang gunakan tadi ke tempat asal dia balik!" Jongho sudah memberikan arahan. "Dengar tu semua!!" Haeyoung tiba-tiba bersuara. Tak pernah jauh dia tu dengan Jongho kesayangan tu. Menyampah!
"Haeyoung ni tak lama lagi aku bunuh juga si Jongho tu biar dia merana." Ujar Yeora sambil bermain dengan rambutnya. "For riyal!" Mirae turut bersuara. "Ini barulah namanya sapot menyapot!" Ujar Seorin. "Hashtag, 'saya sanggup redah lautan berapi demi ayang!' " Ujar Hani.
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZ
FanfictionMengisahkan tentang kisah cinta monyet di antara dua remaja saat mereka masih bersekolah.