Bab 35
Kelazz Top 🔥🔥‼️
Cikgu Yang
// Harini bas tak tunggu korang ye. Siapa yang rasa dia layak nak kena ikut tu boleh datang awal 😚Haeyoung
// Cikgu lagi 5 minit saya sampai, tengah pack 🕳️🧑🦯Cikgu Yang
// Masalah saya ke masalah kamu?Haeyoung
// K.Yeora
// Cikgu, saya tak nampak cikgu pun?Cikgu Yang
// Sabar la baru nak start enjin kereta niHaeyoung
// 🤨\\ 😭😭
Kuat kencing cikgu ni. Hari ini merupakan hari yang paling aku tunggu-tunggu! Akhirnya, aku akan tidak berada di rumah selama 3 hari 2 malam!
"Oh yes!!"
"Apa yang seronok sangat tu?"Pintu bilik aku dibuka oleh ibuku. Aku lantas berdehem, nak masuk bagi salam dulu plis. "S-Soojin dah nak kena gerak cepat. Nanti bas tinggal.." Ujarku. Dia menarik bagasi milik aku. "Cepat, ibu tolong hantar dekat bawah." Aku mengangguk.
---
"Ni ibu buatkan bekal untuk kamu, makan dalam bas nanti." Dia menyuakan aku sebekal nasi goreng. "Terima kasih ibu!" Aku memeluk tubuhnya. Dia membalas semula pelukan itu. "Hati-hati, jangan balik nangis." Ujarnya. "Tak ada lah!"
Aku masuk ke dalam kereta. Barang aku semua sudah siap di letakkan di belakang kereta. Aku menutup pintu kemudian melamba ke arah ibuku. "Bye ibu! Bye Seoho!" Ibuku tidak membalas lambaian aku. Tak sayang aku ke? Kereta pula masih tidak bergerak.
"Ayah, tunggu apa?" Soalku. "Oh, tunggu anak jiran turun. Dia nak tumpang kita harini."
Fak!
"WHAT?" Aku lantas keluar dari kereta. Ibuku terkejut dengan tindakan aku. "Kau pahal minah?!" Aku stres. Orang nak pergi healing pun tak senang. "Ibu! Kenapa tak bagitahu Soojin kalau Seonghwa ikut sekali?!" Ibuku mengangkat bahunya. "Sebab ni ibu tak bagitahu kamu." Ujarnya. Menyesal aku bersyukur dia jadi jiran aku. Aku tak pernah menyesal macam ni seumur hidup aku.
"Apa khabar makcik?"
---
Sepanjang perjalanan, aku dengan dia diam tidak bersuara. Ayah aku pun pelik kenapa kami berdua tak bercakap sepatah apa pun.
"Eh, tak mengapa saya boleh buat sendiri." Aku mengerling ke arah lelaki itu. "Biar pakcik yang buat. Barang ni berat." "Oh.." Menyampah. Rasa nak hempuk saja mamat ni sekarang.
"Soojin!! Eh, Seonghwa?!" Aeri datang menarik lenganku. "Pst, kenapa dia dekat sini?" Soalnya. Aku mengeluh kecil. "Dia tumpang aku." Bisik aku kepadanya. Seri menutup mulut kerana terkejut. "Oemji..."
"Okay selesai." Aku menyalam tangan ayahku. "Bye ayah, jaga diri balik rumah." "Kamu pun." Aku melihat ke arah Seonghwa yang turut ingin bersalaman dengan ayahku. "Terima kasih pakcik kerana sudi tumpangkan saya." Ujarnya seraya menyambut tangan ayahku. "Tak ada masalah, jaga diri Seonghwa. Kalau boleh tolong perhatikan Soojin sekali." "Baik, pakcik."
Tolonglah, aku boleh jaga diri sendiri!
"Ayah gerak dulu ya Soojin?" Aku mengangguk. "Hati-hati!" Aku melambai ke arah kereta yang mula menghilang dari pandangan aku.
"Jom, ramai yang tunggu kau dekat sana." Aeri menarik aku pergi ke arah tempat berkumpul.
---
"Semua cukup cikgu!" Jongho memberikan maklumat kepada cikgu Yang. "Baiklah, pelajar perempuan boleh naik dahulu." Aju cikgu Yang. "Ala!!" "Baru nak cop tempat!" Wooyoung merungut. "Bluerk!!" Seorin menjelirkan lidahnya kepada lelaki itu. "Widih, biadab!"
"Seonghwa, nanti duduk sebelah aku tau?" Ujar Bora.
Aku yang kat belakang dia ni rasa nak tarik rambut dia tu. Panasnya hati!
"Woo! Untung lerr ada orang care!" Rakan-rakan dia yang lain mula menyakat dia. Aku kemudian melangkah masuk ke dalam bas. Namun..
"Akh!"
Belum apa lagi aku dah tersadung dekat tangga bas tu. Kenapa mesti aku?! "Soojin, kau okay?!" Seonghwa menghampiri ke arah aku. "Eih, curang?" Usik San. Namun, lelaki itu tidak menghiraukan mereka. Dia datang melihat keadaan aku begitu juga dengan yang lain.
"Aku okay.." Aku menyetuh lutut aku. Sakit. "Soojin, aku ada ubat! Jom aku bawa kau!" Aeri menolak Seonghwa agar ke tepi. Aeri kemudian memapah aku untuk mengambil tempat duduk.
"Auch!" Aeri menyelak seluar aku sehingga ke bahagian lutut. "Kau ni cuai la Soojin, belum apa-apa lagi dah jatuh!" Mula lah makcik ni nak membebel. Dia mencari sesuatu di dalam beg kecilnya. "Alamak, aku tak rasa aku bawa ubat luka.." "Tak mengapa, kau ada plaster?" Soalku. "Ada la, tapi luka tu bukan boleh sembuh elok kalau pakai plaster saja.."
"Nah, gunalah dulu." Tiba-tiba seseorang datang menyuakan ubat luka kepada Aeri. "Oh, terima kasih Yeosang!" Yeosang, dia yang berikan ubat tersebut kepada Aeri.
"Uish, pakwe kau bagi ubat untuk kau la~ " Aku memukul bahunya. "Ish, kau ni!" Aeri mengadu kesakitan. Baru ko tahu langit tinggi ke rendah!
Mata aku melihat ke arah seat sebelah. Terlihat Bora sedang sibuk bermain dengan telefon miliknya. Perempuan ni sengaja nak buat aku sakit hati kan? Seonghwa datang mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Ssibal.."
"Oh, sakit ke? Sorry lah.."Bukan dekat kau Aeri. Perasannya. "Okay, luka kau dah siap! Lepas ni kalau jatuh tolong rawat diri sendiri kalau kau nak suruh aku juga aku charge kau." Ujarnya. Tak ikhlas.
Aeri kembali ke tempat duduknya. "Weh, mereka sebelah kita lah!" "Aku perasan lama dah."
Aeri terdiam. "Kau pahal monyok?" Soalnya. "Ada nampak mami hepi?" Dia menggeleng. "Kau ni suka dia ke?" Soal Aeri. "Mulut kau jangan celupar eh. Aku tak suka mamat tu pun!" Aeri menggulingkan biji matanya. "Sudah terang lagi bersuluh yang kau cemburu." Ajunya.
"Mana ada! Aku tak suka dia lah! Kau pun tahu yang aku dari dulu bencikan dia kan?" Aeri tersenyum. "Itu lah orang kata, jangan benci sangat nanti suka." Ah, sudah! Macam mana nak brainwash kawan sendiri supaya dia sedar yang aku tak sukakan lelaki tu?
"Wuuuu!!"
Seat belakang tiba-tiba menjadi riuh. Aku dan Aeri memaling ke arah belakang untuk melihat apa yang terjadi.
"Duduk sebelah sebelah nampak? Nak get back ke?!"
"Uuuu!! ~~~"Yeosang dan Eunhi. Mereka berdua duduk bersebelahan. Patutlah riuh semacam. Aku hampir terlupa akan kehadiran Yeosang. Selipar dia yang haritu pun aku tak bagi lagi.
"Baik semua! Sini cikgu nak bagi sedikit pesanan, nanti dekat sana tempat yang kita akan duduk dikelilingi dengan hutan. Jangan pandai-pandai nak pergi masuk dalam hutan ya?!"
"Baik cikgu!!"
"Hutan? Kenapa mesti hutan?" Soal Mina. "Ye lah takkan dekat rumah mak pak ko pulak." Balas Yeora. "Kuajo!" Mina lantas memukul Yeora. Jangan ingat orang diam tak reti pukul orang okayh?
[ Seonghwa ]
"Seonghwa, jom tangkap gambar." Ajak Bora. Aku sekadar mengangguk. "Satu, dua, tiga.." Aku tersenyum melihat ke arah kamera. Namun, pandangan aku teralih kepada dia. Perasaan itu datang lagi. Kalau aku tahu situasi macam ni, aku tak akan cakap benda macam tu dekat kau Soojin. Mesti kau sedih. Aku faham perasaan kau.
"Seonghwa, gambar ni buruk. Ambil sekali lagi boleh?"
[ Bora ]
Kau mesti tengok si Soojin. Aku dah agak. Kau tak pernah sukakan aku.
- Tamat bab 35 -
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZ
FanfictionMengisahkan tentang kisah cinta monyet di antara dua remaja saat mereka masih bersekolah.