Bab 39
"Sebenarnya aku dah lama sukakan kau Park Seonghwa!!"
"Apa?"
Kau belum pekak lagi. Aku rasa cukup jelas ayat yang aku luahkan tadi. "Aku sukakan kau.." Aku tidak dapat menafikan lagi perasaan ini. Dia seperti tidak dapat berkata-kata.
"Tepi lah!" Aku berlari menuju ke dewan makan.
---
"Pst, kau tak nak makan ke?" Soal Aeri. Aku tidak menjawab hanya memberi pandangan kosong kepadanya. "Kau kenapa? Janganlah tengok aku macam tu!" Aku nak balik. Nak balik cepat. Menyesal aku ikut! Aku tak sepatutnya confess dekat mamat tu tadi. Dah la tak kena masa!
"Korang aku dah teh." Miyeon tiba-tiba bersuara. "Teh? Silakan." Ujar Yeora. "Aku nampak Yeosang dengan Eunhi berdua dekat taman tadi nampak macam ada bau nak get back." Ajunya. Get back?
"Biar betul! Omo, Soojin kau dah move on?" Soal Seorin. Lidah aku terkelu tidak tahu mahu menjawab apa. Bila nama lelaki itu disebut aku seperti sudah tiada perasaan kepadanya. Aku sudah agak mesti dia ada perasaan dekat Eunhi lagi. Eunhi pun sama.
"Mungkin.." Dahi mereka semua berkerut. "Mungkin apa?" Soal Hani. "Mungkin aku dah move on." Aeri menutup mulut tanda tidak sangka akan sikap kawannya sendiri. "B-biar betul!" "Soojin, kau betul ke ni?"
Buat apa aku suka dekat orang yang tak suka dekat aku. Buang masa aku.
"Memang dah muktamad. Aku dah tak ada perasaan dekat Yeosang lagi." Mereka semua seakan tidak percaya dengan keputusan aku. Aku serius kerana berharap kepada seseorang yang kita tahu tidak mempunyai perasaan yang sama seperti kita hanya membuang masa. Lebih baik move on dari berharap.
"Tak mengapa Soojin, nanti ada yang lagi baik untuk kau. Percayalah!" Ujar Mina. "Betul cakap Mina kita ni muda lagi ramai lagi lelaki dekat luar tu!" Ujar Yeora.
"HUWARGHH!!"
"EH?!"
---
[ Yeosang ]
"Yeosang, maafkan aku.."
Ayat itu masih terngiang-ngiang di dalam benak fikiran aku. Dia sendiri yang minta putus sekarang mahu perbaiki semuanya semula. Maaflah, kau terlambat.
"Yeosang kau okay?" Tegur seseorang dari belakang. Aku menoleh terlihat Yunho sedang berdiri dan membawa dua air tin di tangannya.
"Okay saja.." Dia mengambil tempat di sebelahku. "Sejuk angin sini. Tak ada nyamuk ke Yeosang?" Aku menggeleng. "Cantek! Ni untuk kau." Dia menyuakan air tin tersebut. "Huh? Untuk aku?" Dia mengangguk. Aku mengambil air tersebut dari tangannya. "Terima kasih.." Ujarku. "Tak ada masalah!"
Aku meneguk air tersebut. "Maafkan aku kalau aku kacau masa healing kau.." Ajunya. "Tak ada apalah. Kau kenapa datang sini?" Soal aku kepadanya. "Sebenarnya aku nampak kau dengan Eunhi dekat taman tadi sebab tu aku ingat nak datang sini." Ujarnya. Jadi, sebab itu dia datang ke sini.
"Aku tahu kau tak okay sekarang. Lupakan, kau biar saja dia tu kau ada Soojin kan?" Nama itu keluar dari mulut lelaki itu membuatkan aku sedikit terkejut. "S-Soojin?" Dia ketawa. "Rilek! Aku sebut nama dia saja! HAHAHA!!" Aku turut ketawa. "Kau rasa dia suka kau tak?" Soalnya. Rasa macam soal hidup dan mati.
"Entah lah, aku rasa dia suka orang lain." Ajuku. "Ha? Siapa?" Siapa lagi kalau bukan lelaki itu. "Aku rasa dia suka Seonghwa.." Pedih sebenarnya untuk terima hakikat. "Aku tak boleh nak buat apa. Stay strong sajalah brader." Dia kemudian bangun dari duduknya.
"Ah, aku sebenarnya nak nasihat kau sesuatu."
Kepala aku dipalingkan untuk melihat ke arahnya. "Lebih baik kau confess dekat dia, kalau tidak kau memang aku terlambat. Goodnight ~" Aku terdiam. Sejak bila dia jadi doktor cinta ni?
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZ
FanfictionMengisahkan tentang kisah cinta monyet di antara dua remaja saat mereka masih bersekolah.