15

10 1 0
                                    

ׂׂׂׂૢ་༘࿐ 🩰 ˢᵒⁿᵍ ᵗᵒ ˡⁱˢᵗᵉⁿ ʷʰⁱˡᵉ ʳᵉᵃᵈⁱⁿᵍ - ⁿᵒᵗ ᶠᵒʳ ˢᵃˡᵉ ᵇʸ ᵉⁿʰʸᵖᵉⁿ

Bab 15

"Jantan tu memang cari nahas dengan aku. Jumpa depan batang hidung pun tak nak tegur!" Kami berdua dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. "Next time cuba kau tendang lutut dia. Kalau dia minta tolong kau abaikan dia biar dia rasa apa yang kau rasa."

Pandai juga Aeri ni. Bijak. "Bernas juga idea kau. Nanti aku try!" "Cuba jangan tak cuba!"

Vroom!!

Sebuah motosikal dengan laju lalu di hadapan kami. Untuk kali yang entah ke berapa hampir sahaja aku mahu dijemput. Badan kami berdua terkaku kerana terkejut.

"Bodoh siapa yang bawa moto laju-laju dekat kawasan sekolah ni!" Aeri mula marah. Siapa tak marah kalau diri sendiri hampir jadi arwah? Tapi aku rasa aku cam motosikal tu.

"Weh, tu Seonghwa sial!" Mulut Aeri ternganga. "Ko biar betul?! Kena report dekat pengetua ni!" Aeri mengeluarkan telefon miliknya. "Eh, kau nak chat pengetua ke?" Aeri mengangguk. Jarang-jarang budak sekolah nak hantar video dekat pengetua macam ni. Ni first time aku nampak depan mata aku.

"Okay! Aku dah hantar video tu. Biar jantan tu kena goreng dengan pengetua kita." "Boek tho kau!" Kami berdua meng-high five. Kau tunggu nasib kau esok Seonghwa, sombong sangat dengan aku tadi kan.

---

Sebelum kejadian bawak moto laju..

[ Seonghwa ]

"Jaga diri Seonghwa!" Ujar Wooyoung. "Hm..” Aku memakai topi keledar di kepala aku. Ejen motosikal dimulakan. Time to back home!

Vroom!

Bunyi ekzos moto aku telah menarik ramai perhatian di kawasan sekolah. Semua memalingkan perhatian mereka ke arah aku. Nampak sangat suka aku.

"Bising siak moto dia!"
"Aku rasa nak cabut ekzos dia!"

Heh, jelas ah tu tak ada moto.

Sedang aku membawa moto untuk menuju ke luar pagar sekolah, kelihatan dua orang budak perempuan berjalan di tepi tempat untuk perjalan kaki. Aku kenal sangat beg perempuan tu. Malunya nak lalu tepi dia! Sudah la aku pulau dia tadi takut kena tarik jatuh moto pula. Baik aku bawa laju.

Vroom!!

---

[ Soojin ]

Aku mengeliat selepas bangkit dari tidur petang. Sangat tidak fresh ya kawan-kawan. Aku kemudian bergerak menuju ke dapur untuk mencari makanan. Lapar cok.

"Dah bangkit?" Ibu aku datang menegur. "Tak lah, masih baring lagi ni." Tanya soalan pun entah apa. "Menjawab ko ni. Kang aku cop ko sebagai anak derhaka tak berkat apa yang kau makan nanti baru ko tahu!"
Ibu aku memang suka buat telinga anak sendiri naik nanah. Sakit mendengarnya.

"Kalau kau tak nak kena cop derhaka, tolong buangkan sampah dekat dapur tu boleh?" Aku melihat sampah yang bertimbun itu. Menyesal la pula bangun. "Kau jangan kata kau menyesal bangun, memang kau diberikan peluang kedua untuk hidup. Kalau tidak kau dah mati dah waktu kau tido tadi." Ujarnya. Sangat menyusuk ke jantung, macam mana dia boleh baca fikiran aku?

---

"Yang kecik tu pun bukannya buat apa. Asyik-asyik aku saja kena!" Aku mengikat penghujung plastik sampah itu sebelum bawa turun buang di tong sampah yang besar di bawah. Baru sahaja aku hendak keluar untuk membuang sampah, ibu aku lantas menghalang jalan. "Alang-alang kau nak pergi turun bawah, tolong belikan ibu cili kering dekat kedai pakcik." Aku mengambil duit dari tangannya. "Ye lah.."

𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZWhere stories live. Discover now