Bab 32
Cahaya yang terang menusuk ke mataku selepas aku membuka mata. "Urgh, silau!" Aku melihat ke tingkap di sebelah aku. Tingkap? Aku dekat mana?
Tiba-tiba hujung jari aku terasa janggal. Macam pegang benda berbulu. "Argh!" "Argh!! Bodoh lah kau!!" Aku melihat seorang lelaki yang sedang berada di sisi katil. "Kau buat apa dekat sini?!" Soalku. Dia mengusutkan rambutnya. "Aku tolong teman kau lah! Alang-alang dekat sini ada aircond fuh sejuk!" Ujarnya.
Aku cuba untuk ingat sesuatu. Aku pengsan ke? "Bro, aku pengsan ke sia?" Soalku kepadanya. Dia mengerutkan kening. "Kau pengsan tau, bukan lupa ingatan." Cari gado mamat ni. Orang tanya elok-elok.
"Aku nak keluar, malas nak layan orang macam kau!" Baru sahaja aku hendak turun dari katil, dia menolak aku duduk semula. "Tak boleh, Seonghwa suruh kau duduk sini!" Ajunya. "Alah, pahal?" Dia mengeluh.
"Sebab kalau kau keluar, apa yang kau dapat nanti malu." Malu? "Hodoh sangat ke cara aku pengsan?" Soalku ingin tahu. "Hodoh, hodoh sangat sampai kawan aku kau malukan!" Huh?!!
"Apa maksud kau?!" Aku membuka pintu bilik rawatan. "Yah!" Jeritnya. "Bising! Aku tak faham apa kau cakap tadi by the way, tapi thanks temankan aku Wooyoung!"
Aku lantas keluar dan meninggalkan Wooyoung yang masih terpegun melihat tindakan aku.
"Wah!" Aku terkejut melihat mereka yang berada di hadapan bilik kesihatan ini. "Soojin!" Mereka berlari menerpa aku. "Korang dah kenapa?!" Mereka membawa aku rapat ke dinding untuk membisik sesuatu.
"Yah, kau gila ke?!" Yeora bersuara. Aku mengerutkan kening tidak mengerti apa yang mereka maksudkan. "Soojin, kau pengsan tau bukan kena hentam dekat kepala!" Seorin menggoncang tubuhku. Hampir patah tulang leher dibuatnya. "Cuba korang beritahu elok-elok! Apa yang berlaku?"
Masing-masing menelan liur. "First, kau keluar nak pergi mana?" Soal Aeri. "Padang." Jawabku ringkas. Aeri menepuk dahinya. "Kau tahu tak ramai orang tengah riuh tentang kau dan Seonghwa?!" Mereka semua mengangguk.
"Apahal pula?" Soalku. "Soojin, kau biar betul tak ingat?" Soal Mina. "Aku tak tahu! Bagitahu aku lah!"
"Kau confess dekat Seonghwa gila!"
Mulut aku ternganga. Peti ais pun boleh muat rasanya.
---
"Gila! Gila! Bagitahu lagi apa yang aku cakap tadi!!" Hampir berdarah telinga aku dengar cerita mereka. Kami semua berkumpul di tangga. Semua pelajar sedang berkumpul di padang, jadi selamat untuk kami membawang di sini.
"Kau cakap 'jangan pergi, tolong bersama dengan aku' kau betul-betul gila!" Aju Miyeon. Kepala aku mula kusut. Macam mana aku nak hadap mamat tu lepas ni? Habislah aku!
"Tapi tadi aku tak sempat nak tengok reaction Seonghwa. Dia suka ke tak sebab kau tiba-tiba jatuh pengsan." Ujar Hani. Semua mengangguk tanda setuju.
Ring! Ring!
Telefon pintar milik Haeyoung berdering. "Halo? Oh, sekarang?" Masing-masing menunggu Haeyoung untuk menamatkan panggilannya. Haeyoung akhirnya menamatkan panggilan itu.
"Guys, Jongho panggil suruh pergi padang." Ujarnya.
"Mati la aku!"
---
Helok, aku tak tengok dia , dia tak tengok aku. "Uii, duduk sebelah pun nak tarik muka ke?" Aju Mingi. Semua sedang berkumpul di dewan. Sudah lah stress dengan kejadian harini tambah lagi dengan bau 'wangi'.
"Goodluck, semoga urusan dipermudahkan." Ujar Aeri. Betul ke aku confess dekat jantan ni? Ke diorang nak kenakan aku saja? Aku memandang dia. Dia turut memandang aku kepalanya kemudian menoleh ke arah yang bertentangan.
Nampaknya betul la aku confess dekat dia.
"Baik semua! Bersurai!"
"HA?!"
"Balik lah! Tak mau balik?!"
Kena panggil dekat dewan semata-mata untuk ni? Tak guna.
Semua bangun mengikut barisan masing-masing. Seterusnya barisan dia. Dia segera bangun untuk meninggalkan dewan tersebut. Tiba-tiba sesuatu jatuh dari poketnya. Dompet dia.
"Woi! Dompet kau!" Dia tidak menoleh. Mungkin tidak mendengar suara aku. "Ceh, panggil pakwe nampak." Usik Aeri. "Aku terajang kau nanti! Aku nak bagi dekat dia dompet dia lah!" Aku menunjukkan Aeri dompet berwarna hitam itu. "Pergh, lusuh mat dompet dia! Kau tak nak beli baru ke untuk dia?" Andai saja aku boleh menumbuk manusia di sebelah aku ni dah lama aku buat.
"Nak tak nak aku kena hadap dia juga sekejap lagi.." Aduh, macam mana lah boleh terlepas benda-benda macam tu? Tak masuk akal!
---
Damn.
Aku dan dia pulang serentak ke rumah. Tidak mahu menegur dia kerana malu, jadi aku pergi menaiki tangga untuk ke rumahku. Alamak, dompet dia! Lantak ko lah.
Saat mahu mengetuk rumah, dia tiba di hadapan rumahnya. Terlalu sesuatu di fikiran aku. Patutkah aku pulangkan semula dompet dia?
"Seonghwa." Bunuh sajalah aku. Dia menoleh. "Ya?" Soalnya agak tenang. Aik? "Ni, dompet kau tercicir tadi." Aku menyuakan dompet tersebut kepadanya. Dia mengambil dompet tersebut. "Terima kasih. Patutlah aku cari tadi tak jumpa." Ujarnya. Terlalu tenang?
Dia tak ingat ke kejadian yang berlaku? Atau betul sangkaan aku yang kawan-kawan aku kenakan aku?
"Seonghwa, aku nak tanya kau sesuatu. " Baru sahaja dia mahu memulas tombol rumah, aku terlebih dahulu memanggilnya. Dia mengerutkan kening. "Tanya apa?" Soalnya. Aku tak rasa aku confess dekat jantan ni. "Aku ada conf.." Perkataan itu tidak mahu keluar dari mulutku. Agh!
"Aku ada confess dekat kau ke tadi?" Ajuku. Dia menggeleng. "Tak, sejak bila kau confess dekat aku?" Aku terkelu. Tak guna punya kawan. Tunggu korang dekat sekolah! "O-oh..saja tanya.." Aku tertunduk malu. Aku menanggalkan kasut lalu meletakkan kasut tersebut di rak yang telah disediakan.
"Soojin."
Namaku dipanggil. Aku menoleh melihatnya. "ya?" Soalku. Dia tersenyum. "Aku ada dengan kau." Ujarnya. Dia menambahkan lagi kekusutan di fikiran aku. Pelbagai tanda tanya mula muncul. Apa yang dia maksudkan?
"K-kau sakit ke? Nak jumpa doktor tak?" Riak wajahnya seperti terkejut. "Mana ada. Kau yang kata.." Huh, kata apa?! "Aku..kata apa?" Soalku. Lepaskan semuanya Seonghwa, aku tahu kau sorokkan sesuatu. "Kau lupa ke?" Soalnya. Dari cara percakapan dia aku tahu dia tengah kekok sekarang. Firasat aku mengatakan kalau aku ada lakukan sesuatu yang memalukan. "Haah, aku lupa. Yang aku ingat.."
Sekejap.
Tiba-tiba sahaja fikiran aku teringat dengan wajahnya. Riak wajahnya yang risau. "G-gila.." Aku mula cuak. Soojin, kau betul-betul gila. "Soojin?" Aku memandang ke arah dia. "Seonghwa, aku tak maksudkan apa-apa harini. Tolong jangan salah faham." Ujarku. Aku tidak mahu dia ingat kalau aku ada perasaan dekat dia.
"Soojin, kau sendiri cakap dekat aku untuk aku sentiasa dengan kau." Ajunya. Huh?!!!
"Jadi, aku nak kau tahu kalau aku sentiasa dengan kau."
Aku tergamam. Aku suruh dia sentiasa berada dengan aku ke?
"Choi Soojin, aku tak anggap kita lebih dari apa pun. Aku faham apa yang kau maksudkan." Ujarnya. Suasana berubah seketika. Jadi, dia tak anggap yang aku sukakan dia?
"Tak, aku tak anggap yang kau sukakan aku. Aku faham kau perlukan seseorang macam aku untuk berharap," Lidah aku terkelu. " Masa kau cakap benda tu dekat aku, aku sendiri terkejut. Betul ke tu kau? Sebab kau lain. Kau mana pernah cakap benda macam tu dekat aku. Aku mati-mati ingat kau kena rasuk tadi.." Ujarnya.
"Tak salah, tak salah pun kalau kau nak aku sentiasa dengan kau. Aku akan sentiasa dengan kau. Tapi, aku tahu aku ada had sendiri," Entah mengapa mendengarlan kata-kata itu membuatkan hati aku terasa berat.
"Choi Soojin, aku janji aku takkan mempunyai perasaan yang sekarang terhadap kau lagi.."
Perasaan yang sekarang?
"Kau tahu aku cintakan kau tetapi aku memilih untuk tidak mencintai kau lagi."
- Tamat Bab 32 -
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZ
أدب الهواةMengisahkan tentang kisah cinta monyet di antara dua remaja saat mereka masih bersekolah.