33

10 2 0
                                    

Bab 33

"Sejuk makanan tu nanti aku panaskan kau ek?" Aku mengangkat kepala aku dari tertunduk. Makanan yang berada di dalam mangkuk aku bermain dengannya. "Kau kenapa? Macam putus cinta aku tengok." Ujar ibuku.

Bukan putus cinta masalahnya. Aku meraup wajahku. "Entah lah ibu. Soojin rasa macam Soojin banyak buat salah dekat orang." Ujarku. Ibuku menepuk tangannya. " Baguslah sedar, nak minta maaf ke?" "Ish, ibu ni!"

"Makan cepat, bapak kau tinggal kau nanti nangis." Ajunya. Aku menyuap bijirin di dalam mulutku. Nak kunyah pun tak larat bila fikir fasal semalam. Rasanya banyak kesalahan aku buat dekat lelaki tu.

"Huwargh!"
"Oi! Jangan menangislah!"

---

Dengan mata yang sembab aku hadir ke sekolah. Harini semua bersemangat sebab hari ini merupakan hari sukan sekolah.
Aku mengenakan baju kuning dengan reben di rambut. Tak ayu. Aku tak suka baju kuning. Buruk!

Seonghwa. Dia membuatkan aku berfikir tentang hal semalam. Kenapa aku rasa macam dia nak putus kawan dengan aku? Janganlah, kalau macam tu siapa lagi nak sakat aku?

Pak!

Bahuku ditepuk oleh seseorang. Dia mengenakan baju ruamh sukan berwarna kuning juga. "Cheer up." Ujarnya kemudian berlalu pergi. "Seonghwa.." Lelaki itu memberikan semangat kepada aku sedang aku? Aku rasa bersalah. Aku yang banyak buat salah dekat dia. Tak boleh jadi, aku kena minta maaf dekat dia!

"Seonghwa!"
"Seonghwa!"

Langkah aku lantas terhenti apabila seseorang datang mendekati dia. "Seonghwa! Tak sabar nak tengok kau lari nanti!" Rupa-rupanya orang itu ialah Mingi. Cis, tak boleh ke kalau tak muncul sekejap?

---

"AYUH SEMUA! MERIAHKAN SUASANA DENGAN SENAM ROBIK!" Semua pelajar bersemangat termasuk cikgu. "Hiyak! Hiyak!" Bukan main berbunyi lagi Aeri bersenam. "Woi, kau pahal monyok semacam ni?" Soalnya. "Tak ada apa lah.." Aku melompat bintang dengan 'sungguh' bersemangat. "Yah, aku tak suka tengok kawan aku macam ni. Boleh kau bagitahu tak apa masalah kau?" Soalnya. Aku menghentikan gerakan aku. "Aku berak tak flush, pastu bapak aku marah aku.." Tipu. Aku tipu. "Oh..memang patut kena marah. Berak pun tak flush!"

Macam ni kawan rupanya. Faham.

"Hari sukan sekolah *** akan dimulakan dengan ucapan dari pengetua sekolah *** " Tolong cepat sikit. Perut aku dah mula meragam ni. Setiap kali sukan kalau perut tak buat hal buka dia lah.

"Seterusnya, majlis dimulakan lagi dengan acara perasmian.."

Setelah 30 minit berlalu, akhirnya acara bermula. Pelajar yang mengambil acara lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi dan lari pecut akan memulakan acara terlebih dahulu.

Mata aku memandang ke arah Yeosang. Nampaknya aku masih belum dapat melupakan dia.

"Apa patut aku lakukan?"

"Cheerleaders!! Sila berkumpul sekarang!" Aku tersedar dari lamunan aku. "Soojin, goodluck!" Ucap Yeora. "Kau pun!"

[ Yeosang ]

Aku perasan kalau dia sedang melihat ke arah aku. Macam mana mahu aku katakan? Aku sukakan kau. Tapi aku tahu kau tidak sukakan aku.

[ Soojin ]

"Untuk kapten cheerleader, nanti kalau acara dah nak mula boleh start dah." Ujar cikgu tersebut. Kami mengangguk tanda faham. Aku bersiap sedia untuk bersorak. Tapi memalukan lah. Huwahrgh!!

[ Seonghwa ]

"Dalam garisan, sedia," Dada berdebar itu biasa. Apa yang lagi berdebar ialah bila aku teringat hal semalam. Aduhai, buang tabiat lah kau Seonghwa!

𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZWhere stories live. Discover now