12

7 1 0
                                    

˚🧃◡̫࣪࣪◠̟۫  ˢᵒⁿᵍ ᵗᵒ ˡⁱˢᵗᵉⁿ ʷʰⁱˡᵉ ʳᵉᵃᵈⁱⁿᵍ - ᵒⁿˡʸ ᵇʸ ˡᵉᵉʰⁱ

Bab 12

"Woi dah pukul tujuh ni kau nak pergi sekolah pukul berapa?!" Mata aku lantas terbuka luas. Mak aku memang nak aku mati awal nampaknya. "Maaf ibu!" Aku segera masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Nanti kau pergi sekolah sendiri. Bapak kau dah pergi tempat kerja dia." Ujar ibuku. Naik bas lagi lambat jawabnya. Salah aku juga push rank sampai pukul lima.

---

"Lambat! Lambat!" Tinggal lagi tiga puluh minit sebelum pukul lapan. "Ha, baru ko tahu nak menggelupur kan?" Pagi-pagi dah kena leter. Penat.

"Seonghwa pergi dulu!" Terlihat Seonghwa juga turut lambat untuk ke sekolah. Mamat ni tak payah cakap la. Nak dekat waktu balik pun sanggup lagi datang sekolah. "Jaga diri Seonghwa!" Aku melihat ke arah Seonghwa yang sedang menuruni tangga.

"Eh, kau ni cepatlah! Orang lain pergi sekolah lagi cepat dari kau!" "Sabar la ibu!" Selesai juga aku memakai kasut. "Bangun lambat ke?"soal makcik itu kepadaku. Aku pun mengangguk.

"Tu la pagi-pagi buta dok main game lagi. Kan dah lambat!" Apa ni buka aib anak. "Kalau macam tu nak Seonghwa tumpangkan?" Soal makcik itu kepada aku. Mestilah aku geleng.

"Tumpang? Mestilah! Lagipun dah lambat ni! Naik moto kan laju sikit!" "Betul! Sekejap saya panggil Seonghwa."

"Seonghwa!!"

Die.

Mak jenis apa yang sanggup gadaikan anak dia naik moto dengan jantan? Aku tak nak naik moto dengan mamat tu. Bayangkan banyak fitnah yang tersebar sebab kami naik moto berdua?

"Ini topi keledar, boleh naik dengan Seonghwa. Dia dah tunggu dekat bawah."
"Selamat tinggal anakku!"

Kepala, bahu, lutut, kaki.

---

"Terhegeh-hegeh kau ni." Aku hanya menjeling ke arahnya. Dia kemudian menuju ke arah motosikalnya. Kalau boleh aku nak lari pergi ke stesen bas sekarang tetapi apakah daya hanya tinggal lagi dua puluh minit sahaja untuk aku tiba di sekolah.

"Naik." Aku teragak-agak untuk naik ataupun tidak. Bullshit. "Eh, aku tak nak kena denda sebab lambat! Kau cepat sikit!" Ujarnya. Kaki aku masih lagi terpaku tidak bergerak.

"Aku ada banyak benda nak maki tapi takpa aku naik dengan kau sebab aku lambat." "Banyak songeh minah ni, cepatlah!"
Know what? Aku pun naik la moto dengan jantan ni.

"Pegang kuat-kuat."
"Ko nak mampos ke?"
"Tak, kau yang nak mampos."

Vroom!

"Wargh!!"

---

Dari jauh aku boleh nampak cikgu Song berdiri di depan pagar. Pray for me yall. Kami berdua telah tiba di tempat parkir motosikal. "Nah, thank you!" Aku memberikan topi keledar tadi kepadanya. Baru sahaja aku mahu bergerak, dia menahan langkahku.

"Yah." "Apa? Aku nak cepat." Aku menarik tangan aku darinya. "Aku pun nak cepat Soojin. Tapi sekurang-kurangnya kau ikutlah aku." Aku mengerutkan dahi. "Untuk apa?" Soalku. "Untuk tak kena denda dengan cikgu Song."

Mamat ni bijak. "Aku tahu jalan nak elak dari terjumpa dengan dia." Ujarnya. "Macam mana?" Soal aku kepadanya.

"Panjat tembok."
"Clishe."

"Habis tu kau nak kena denda ke setan?" "Tak.." Bila difikirkan balik, dah tak ada jalan lain selain memanjat tembok untuk elak dari kena denda dengan cikgu Song. Kita pun apa lagi. "Okay lah. Aku ikut kau. " "Bagus, jom!"

𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZWhere stories live. Discover now