Bab 38
BUK!!
"OEMJI!" Bola itu terkena pada orang lain. Aku tersasar. "Yeosang, kau okay?!" Lemah lutut aku. Rasa nak mati. Macam mana boleh tersasar?!
Aku berlari ke arah Yeosang. Terpampang kesan merah di wajahnya. "Ya ampun! Maafkan aku Yeosang!" Tidak, wajah kacak dia! "Tak mengapa, aku okay.." Dia memegang wajahnya. Mesti sakit. Mata aku memberi tumpuan ke arah Eunhi. Riak wajah yang risau itu jelas kelihatan. Haih. Semua gamon.
"Yeosang, kau nak aku bawa kau pergi dekat medic ke?" Yeosang mengambil tempat duduk di sebuah bangku yang berdekatan. "Aku okay. Jangan risau, kau pergilah sambung main tu." Ujarnya. Aduh, apa patut aku lakukan? Takkan aku kena cau pergi main terus kot? Nampak sangat aku tak rasa bersalah langsung.
"Kalau macam tu, jom ikut aku beli aiskrim. Sebagai balasan untuk minta maaf dekat kau."
"Jom."
---
Ya tuhan! Lagi susah aku nak move on! Banyak kali dah aku mengadu.
Kami tiba di sebuah kedai runcit berdekatan. Aku melihat peti sejuk yang berada di luar kedai tersebut. "Pilih cepat, kita tak boleh lama dekat sini." Ujarku kepadanya. Dia datang menghampiri peti tersebut. Peti tersebut dibuka.
"Tak banyak pilihan lah dekat sini." Ujarnya. "Huh?" Aku melihat ke dalam peti tersebut. Kebanyakan aiskrim semua berperisa coklat dan vanilla. "Kau nak perisa apa?" Soalku. "Kalau ada strawberi aku nak." Ajunya. Aku cuba mencari di dalam peti tersebut mana lah tahu terjumpa. Dia juga turut mencari aiskrim tersebut dengan aku.
Tuah berpihak pada kami. Aiskrim berperisa strawberi itu akhirnya dijumpai."Strawberi!"
Tangan dia dan aku tersentuh. AGH!
"Apa kamu berdua buat dekat sini?!"
---
"Berdirilah kamu berdua dekat sini dengan aiskrim tu!"

Kami didenda berdiri sambil mengangkat tangan. Aku tengok dia, dia tengok aku. "Pukul satu nanti kamu pergi dewan makan." Kami berdua mengangguk. "Faham?!" "Faham!!" Cikgu Yang akhirnya berlalu pergi.
Kini, hanya tinggal aku dan dia. "Sedap tak aiskrim tu Yeosang?" Soalku. "Hmm, sedap!" Aku ketawa kecil. Suka tengok orang gembira. Padahal suka dia. Eh.
Suasana antara kami berdua senyap untuk seketika sebelum dia bersuara memecahkan kesunyian. "Soojin.." Aku memalingkan kepala menghadapnya. "Ya?" Dia terdiam untuk seketika. "Kau..suka dekat Seonghwa lagi ke?"
Erk! Banyak-banyak soalan, soalan tu juga dia nak tanya. Aku sendiri tak tahu nak cakap apa. "Tak..kot.." Kot. Dia mengangguk. "Kau dengan Eunhi macam mana?" Soalku. Dia tersengih. "Macam tu lah.."
Hampir aku terlupa kalau Eunhi pernah cakap yang si Yeosang ni suka dekat aku. Entah lah, nampak gayanya macam tidak saja. "Kenapa tanya?" Soalku. "Kalau kau diberikan peluang untuk bersama dengan Seonghwa, kau terima tak peluang tu?"
"Huh?"
"Apahal ada nama aku terselit dekat mulut kau ni?"
Ha sudah.
"Eh, S-Seonghwa! Buat apa dekat sini?" Kacau line lah Seonghwa ni! "Soojin, kau memang suka kutuk aku kan?" Aku mengerutkan kening. Kutuk? Aku difitnah ni. "Sejak bila aku kutuk aku?" "Sejak azali."
Acik dia.
"Yeosang, kau kenapa duduk sini dengan Soojin?" Soal Seonghwa secara tiba-tiba. "Kenapa? Kacau kau ke?" Balas Yeosang. Widih. "Soojin, ikut aku sekejap. Aku ada benda nak cakap." Dia menarik lenganku tetapi aku berkeras. "Eh, apa ni? Aku tak nak lah!" "Aku nak cakap dengan kau. Ikut jelah!" "Nak cakap, cakap sahaja dekat sini!"
Yeosang dengan kasar menarik tangan aku supaya dilepaskan dari genggaman Seonghwa. "Apa kau buat ni? Sentuh perempuan lain waktu kau ada makwe. Tak rasa ke makwe kau tu cemburu nanti?"
Asal berjumpa mesti bergaduh. Entah apa yang mereka buat sampai bergaduh. Aku menarik lengan aku dari Yeosang. "Gini lah, Yeosang kau boleh pergi dekat dewan makan dulu. Aku pergi ikut Seonghwa. Nanti kita jumpa lagi."
Wajah Yeosang berubah. "Baiklah, terima kasih untuk aiskrim ni." "Tak ada masalah!"
Dia kemudian berlalu pergi dari pandangan kami berdua.---
"Kita cakap di sini saja. Kau nak apa?" Soalku kepadanya. "Aiskrim ala yang kau belanja dia? Aku nak juga." "Jangan ubah topik! Cakap terus boleh tak?"
Dia mengeluh. "Aku nak cakap dekat kau sikit saja tak banyak pun." Ajunya. Aku memasang telinga bersedia untuk mendengarkan apa sahaja yang akan keluar dari mulutnya. "Kau dengki dengan aku ke?" Soalnya. "Tsk, soalan ke tu?" Aku ketawa. "Tak lawak, jawab soalan aku Soojin."
Aku berdehem. "Macam ni, aku tak pernah dengki pun dengan kau tapi aku benci kau." Dia mengerutkan keningnya. "Apa yang aku buat dekat kau sampai kau benci dekat aku?" Soalnya. Baik tanya diri sendiri daripada tanya aku. "Entah, tanyalah diri sendiri."
Dia meraup wajahnya. Geram? "Soojin, cakap elok-elok boleh tak? Aku nak tahu apa yang aku buat dekat kau. Mana tahu aku boleh perbetulkan tingkahlaku aku?" "Pft, gila." Ya, dia memang gila. Disebabkan dia aku pun jadi gila. "Soojin, aku kau jujur. Tolonglah.." Melihat wajah desprate dia itu membuatkan aku lagi tidak tahan. Patutkah aku beritahu dia segalanya?
"Kau tahu apa yang buat aku bencikan kau?" Wajahnya berubah. "Aku benci dengar janji yang keluar dari mulut kau!" Terdiam. Ya, dia terdiam.
"Aku sepatutnya tak mudah percaya dengan lelaki macam kau, tetapi disebabkan kau lah aku percaya dengan janji manis kau tu! Berada di sisi aku selamanya lah konon! Padahal, kau bukan sentiasa dengan aku pun! Penipu!"
Air mata akhirnya turun membasahi wajah. Malu, aku malu menangis depan jantan tetapi dia juga sebab aku jadi begini.
"Apa yang aku tipu Soojin?! Kau boleh jelaskan ayat kau tak?! Aku tak pernah tipu kau pasal apa pun!"
"Kau tipu, kau kata kau nak sentiasa dengan aku tetapi kau dengan perempuan lain! Aku dah tak rasa yang aku boleh harapkan kau.."
"Kau cakap tentang Bora?"
Ya, aku cakap tentang dia!
"Disebabkan dia lah aku hilang harapan aku dekat kau. Sebenarnya aku.."
Tak guna. Aku rasa lepas aku cakap ni kemungkinan besar aku akan terjun laut.
"Sebenarnya aku dah lama sukakan kau Park Seonghwa!!"
- Tamat Bab 38 -
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZ
FanfictionMengisahkan tentang kisah cinta monyet di antara dua remaja saat mereka masih bersekolah.