˚🧃◡̫࣪࣪◠̟۫ ˢᵒⁿᵍ ᵗᵒ ˡⁱˢᵗᵉⁿ ʷʰⁱˡᵉ ʳᵉᵃᵈⁱⁿᵍ - ᶜⁱⁿᵗᵃ ᵇᵉʳˢᵃᵗᵘ ᵇʸ ˡⁱʸᵃⁿᵃ ʲᵃˢᵐᵃʸ
"Soojin balik!" Sebelum aku masuk ke dalam rumah, aku terlihat kasut sekolah berwarna putih di hadapan rumah aku. Aku tahu siapa yang datang. "Soojin dah balik?" Aku masuk ke dalam rumah. Jelingan aku berikan kepadanya.
"Soojin, marilah makan sekali buah mangga ni!" Ibu aku memanggil aku untuk makan buah bersamanya tetapi aku menolak. "Tak mahu." Aku suka buah mangga tapi bila ada muka mamat tu tak jadilah nak makan. Tak silap keluar balik buah mangga aku tu.
"Sejak bila dia tak makan buah mangga ni? Selalunya balik sekolah mesti melahap semua benda." Ujar ibu aku.
"Dia kenyang la tu.." Dari sudut yang jauh, aku tahu Seonghwa tahu yang aku tak nak makan buah tu sebab ada dia. Baguslah dia tahu.
---
Aku melihat Seonghwa yang mahu keluar dari rumah aku. Keluar kau!
"Terima kasih makcik!" "Ha ya! Bagi buah tu dekat mereka semua!" "Baik!"
Yes, this is my chance! Aku keluar dari bilik lalu menuju ke arah peti sejuk. "Ha, minah ni baru nak keluar melahap!" Aku mencari buah mangga tadi. "Ibu, buah mangga ada lagi tak?" Soalku. "Ada." "Mana?"
Dia menunjukkan perutnya. At this point, aku tak akan mengaku ibu aku tu sebenarnya ibu aku. "Orang suruh makan sekali tadi tak nak." "Tapi ibu!" "Apa?"
Semua salah jantan tu. Macam tak ada rumah sendiri! "Ibu tak faham.." "Aku faham. Kau tak nak makan buah tu sebab ada dia kan?" Mulut aku terkunci. Betul apa yang ibu aku cakap tu sebenarnya. "Dengan kawan sendiri pun nak malu ke?" "Ibu cakap senang." "Haah, siapa kata cakap susah?"
Memang tak boleh nak lawan dengan ibu kalau dah macam ni. Aku pasrah lalu masuk ke dalam bilik semula.Tok! Tok!
Aku menuju ke arah pintu. Siapa pula yang datang ketuk ni? Aku membuka pintu tersebut. "Kak, boleh teman Subin tak?" Ha sudah, dia nak pergi mana pula. "Teman buat apa?" Soal aku. "Teman Subin pergi rumah kawan Subin." "Kau pergi sendiri tak boleh ke?" "Boleh saja nak pergi sendiri, tapi ibu tak bagi." Macam-macam ibu aku tu. Suka menyusahkan orang.
"Rumah kawan kau kat mana?"
"Nanti Subin bagitahu."Aku baru nak tidur. Penat oii!
---
Aku melihat Subin sedang mengemas buku di dalam beg miliknya. "Kau pergi rumah kawan kau buat kerja sekolah ke?" Soalku. Dia mengangguk dengan tangan yang masih sibuk mengemas buku.
"Hati-hati masa dekat luar. Tengok sama jalan." Ibu aku menyuakan bekal makanan kepada Subin. "Ala ibu, tak lama pun la.." "Ambil sajalah. Nanti kau lapar pula!"
"Jom." Aku menarik dia keluar dari rumah bersama dengan aku. "Jangan balik lambat!" "Ya ibu!"
---
Aku dan Subin telah pun berada di dalam bas. "Kau betul ke ni buat kerja sekolah?" Aku tahu budak ni bukannya boleh percaya sangat. Kata saja nak buat kerja tetapi melencong entah ke mana. "Tak." Aku dah agak. "Habis tu? Kau nak pergi rumah kawan kau buat apa?" "Subin nak main bola sepak dengan kawan. Kakak pun tahu kan yang ibu jarang nak bagi Subin keluar?" Aku mengangguk.
Rasa kesian pula dekat budak ni. "Kalau macam tu keadaan dia, nanti kakak bawa Subin keluar jalan berdua." "Kak nak bawa Subin pergi mana je?" Soalnya. "Pergi pusat jagaan kanak-kanak." "Dah agak." "Mestilah bawa kau pergi tempat menarik! Kalau tak menarik pun mungkin kita pergi beli makan lepas tu lepak dekat taman."
Dia mengangguk. "Subin setuju! Tapi kakak kena janji. Jangan cakap guna lidah saja." "Ye.."
Bas akhirnya berhenti. Kami berdua telah tiba di destinasi.
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZ
FanficMengisahkan tentang kisah cinta monyet di antara dua remaja saat mereka masih bersekolah.