Bab 31
Setelah penat bersorak, aku mengambil tempat duduk di sebuah bangku sambil minum air. Alang-alang tu kita cuci mata dulu.
Aku melihat para-para atlet sedang berlatih untuk sukan nanti. Tiba-tiba mata aku terpandang ke arah seorang mamat yang memakai baju berwarna kuning.
"Seonghwa! ~"
"Aaa!!""Uwerk!" Geli tengok. Macam mana lah junior boleh tersekat dekat mamat poyo macam dia tu? Aku meletakkan botol air di tepi. Entah datang mana Aeri duduk dekat sebelah aku.
"Bagi salam kak. Tumbuk satgi." Dia tersengih. "Soojin, siapa yang letak lirik sorak kita macam tu?" Soalnya. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aku pun nak tahu siapa yang letak lirik macam tu. Penat kena sakat.
"Macam mana latihan tadi?" Soalku kepadanya. "Aku dapat masuk lari dengan lompat tinggi." Ujarnya. Wow, terpegun sebentar dengan kawan aku yang terlalu berbakat ini.
"Seonghwa, masuk lompat jauh dengan lari pecut." Ujarnya tiba-tiba. "Aku tak tanya pun, kau bagitahu buat apa?" Dia menjeling aku. "Kau ni, saja bagitahu mana lah tahu tiba-tiba nak terpegun macam tu tadi. Cuba lah hati tu lembut sikit." Ajunya. "Tak nak. Aku memang dah buat dia jadi musuh ketat aku. Aku tak akan berlembut hati dengan dia." Ajuku.
Aku memandang ke hadapan semula, terlihat Yeosang yang sedang mengelap peluhnya. Matanya sedang memandang ke sesuatu arah.
Oh, Park Eunhi.
"Yeosang mesti rasa bersalah tentang hal haritu.." Ujarku. Aeri menyengetkan kepalanya. "Aii, bukan kau kata kau dah move on dengan dia ke?" Soal Aeri. "Aku cuba tapi.."
Ah, kadang-kadang aku benci dengan diri sendiri. Katanya mahu move on entah bila nak move on. Bukannya susah pun nak lupakan dia. Kumbang bukan seekor. Ramai lagi lelaki macam dia.
"Aku tak boleh nak cakap apa lagi, semoga kau move on, "
"Maseh.."
"Lepas tu couple dengan Seonghwa. HAHAHAHA!!!"
"WOI!"
---
[ Seonghwa ]
Fuh, berpeluh! Dah macam mandi aku dibuatnya. "Seonghwa! Nah, aiskrim!" Seorang budak perempuan datang menghampiri aku dengan kawan-kawannya. "Terima kasih.." Aku ke mengambil aiskrim tersebut dari tangannya. "Aaa!!" Aduh, malu la kiter!
"Untung arr femes!" Mingi mengambil tempat di sebelah aku. "Lain kali jadi hensem macam aku, mesti ramai orang nak!" Ujarku sambil ketawa. "Kuajo ek ko!" Mingi memukul bahuku. Sedang sibuk ketawa, seseorang datang menghampiri aku. Ah, ni confirm peminat lagi ni!
Dongak sahaja kepala, terkelu aku dibuatnya.
"Nah, aku bawa kain ni dari khemah tadi." Bora memberikan aku sehelai kain untuk lap muka. "Ah, terima kasih." Pelik, aku tak tau nak rasa apa. Tiba-tiba sahaja minah ni. "Uuu~~ Irinya aku!" Mingi menyakat aku. Ada mee disebalik udang. Aku rasa Bora macam ada sesuatu.
"Kenapa kau tiba-tiba buat baik dekat aku ni?" Soalku. Dia ketawa. "Buat baik? Apa kau merepek ni? Mungkin betul cakap kau aku tengah buat baik sekarang. Tak salahkan nak tolong antara satu sama lain?" Ajunya. Masalahnya sekarang ni, aku rasa pelik. Tak ada angin, tak ada ribut, datang manusia ni.
"Oh.." Aku tidak dapat berkata apa kerana terlalu stunned dengan perbuatan dia. Tiba-tiba Mingi merangkul bahuku. "Alah, sebenarnya dia tengah blushing ni! Biasalah mana pernah ada perempuan cantik datang dekat dengan dia!" Aku patut stapler mulut Mingi dari kali pertama aku jumpa dia.
"Kau ada sesuatu nak cakap dekat aku kan?" Soalan itu keluar dari mulut aku. Aku tahu Bora mesti ada sesuatu nak bagitahu. Dia tersenyum lalu mengangguk. "Nanti pukul sepuluh jumpa dekat sana." Dia menunjuk ke arah sepohon pokok. Dia berlalu pergi.
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐚𝐢𝐫 || Park Seonghwa - ATEEZ
FanfictionMengisahkan tentang kisah cinta monyet di antara dua remaja saat mereka masih bersekolah.