Majlis Perasmian Qysarra - Pt.4

244 15 3
                                    

"Sa-Sayang?"

Semua memandang terkejut ke arah Andrey yang turut terkejut memandang Qysarra. Kalau readers ingin tahu apa perasaan Andrey sekarang, jawapannya ialah dia sangat gembira.

Sangat gembira sampai tak terkata. Macam mana tak gembiranya jikalau di hadapannya adalah kekasih yang dicarinya selama ini. Kekasihnya ada di SINI.

Tetapi kakinya terasa sangat berat kerana terkejutnya itu. Matanya mulai berair dan hanya menunggu untuk jatuh. Andrey masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Kekasihnya yang selama ini dia sentiasa cari di merata tempat ada di depan sana dan kekasihnya itu adalah seorang Ratu di antara semua raja yang ada di dunia fantasi ini.

Bekas raja dan permaisuri Kerajaan Ice bangun dengan pantas dan merapatkan diri ke arah Qysarra sambil mengarahkan pedang mereka ke arah Andrey yang masih terkaku.

Yang lain mengambil langkah berjaga jaga. Mereka bukan apa, risau perkara yang tidak diingini berlaku di depan mata mereka. Walaupun perkara ini mereka agak sukar untuk menerima, akan tetapi keputusan Ratu mereka, mereka tetap akan menghormatinya.

"Berani sungguh seorang raja muda mengatakan perkataan sebegitu kepada seorang Ratu tanpa mempunyai status yang jelas." Kata Bekas Raja Kerajaan Ice dengan lantang.

Bekas permaisuri memandang Qysarra dengan lekat.

"Katakan yang sejujurnya, anakanda. Adakah Raja Muda, Andrey adalah kekasih kamu? Ianya bukan kan?"

Semua yang berada di dewan tersebut memandang ke arah Qysarra yang memandang ke arah bekas permaisuri Kerajaan Ice. Semua yang berada di situ turut ingin tahu kebenaran yang ada di sebalik situasi ini.

Dan mereka berharap, jawapan 'tidak' akan disebut oleh Ratu mereka. Mereka masih tidak mahu Ratu mereka dimiliki oleh sesiapa. Macam mana mereka nak, mereka pun baru sahaja dapat melihat wajah Ratu dan masih ingin berkenalan dengan lebih rapat lagi tapi sudah ada yang berani melangkahi mereka dahulu.

"Qysarra...?" Soal Qymai dengan sedih.

Macam mana di tidak sedih kalau adiknya diam-diam mempunyai kekasih. Dia adalah kakak kesayangannya, bagaimanapun dia juga berhak mengetahui hal itu daripada mulut adiknya sebelum orang lain mengetahui akan hal ini.

Qysarra menghembus nafas beratnya dan memandang semua yang ada disitu. Dan betapa kecewanya mereka apabila mendengar jawapan dari Qysarra.

"Ya. Beta adalah kekasih Raja Muda, Andrey yang berada di bawah sana. Ianya beta. Maaf jika beta rahsiakan perkara ini. Beta terpaksa." Ujar Qysarra dengan nada yang tegas.

Serta merta Andrey rebah, menangis dan berlutut. Sepupu-sepupu Andrey memeluk Andrey. Shinna turut menangis disebabkan takut hal lain yang terjadi selepas ini. Mana taknya kalau dia melihat betapa marahnya kedua belah keluarga Qysarra yang berada di atas sana.

Dan detik itu juga Andrey teringat akan peribadi Shinna yang agak aneh akhir-akhir ini. Dia memandang Shinna dengan sedih.

"Shinna? Adakah kau..sudah tahu kebenaran ni?" Soal Andrey dengan suara serak.

Shinna menutup matanya sebentar dan mengangguk kepalanya dengan perlahan.

"Ya. Aku sudah tahu lama. Maafkan aku, Andrey. Maafkan aku." Ujar Shinna dengan perlahan sambil memohon maaf kepada Andrey berulang kali.

"Beta..."

Qysarra dan semua yang ada di sana memandang bekas raja Kerajaan Ice dan Kerajaan Earth yang nampak betul-betul serabut dan pening dengan situasi ini.

"Raja Andrey...beta tidak mahu melihat kamu buat masa sekarang. Beta mahu selesaikan perkara ini dengan Ratu Qysarra dahulu." Ujar Raja Kerajaan Earth dengan tegas.

Andrey terus bangun dan menggeleng kepalanya dengan laju.

"Tidak boleh seperti itu. Beta juga perlu berada di perbincangan kalian. Beta juga berhak--"

Tidak sempat Andrey ingin mengatakan lebih lanjut, perkataannya sudah dipotong oleh dua insan yang berada di atas sana.

"Tidak ada perkataan 'berHAK' di hadapanku, Raja Muda!" Lantang Raja Kerajaan Earth dan Bekas Raja Kerajaan Ice serentak.

"Ayahanda--"

"Diam Qysarra."

Serta merta Qysarra terdiam dan memandang sayu ke arah Andrey yang turut memadang ke arahnya. Andrey melutut sekali lagi menyebabkan Qysarra terkejut besar.

"Andrey--"

"Tolong fikirkan baik-baik, tuanku. Beta sangat mencintainya sepenuh hati. Sampai detik ini rasa cinta beta terhadap Ratu semakin besar." Lirihnya dengan sayu.

Mereka yang berada di bawah sana hanya diam membisu melihat bagaimana Andrey merayu kepada mereka yang berada di atas. Mereka agak kasihan tetapi cabaran ini terlampau besar. Andrey harus berani untuk menghadapinya.

Qymai dan Bekas Permaisuri Kerajaan Ice memengang tangan Qysarra dan menuntut Qysarra untuk memasuki ke ruang peribadi istana selepas mendapat isyarat daripada Bekas Raja Kerajaan Ice dan Raja Kerajaan Earth.

Andrey ingin mengikuti langkah Qysarra yang ditarik masuk ke dalam, akan tetapi dihalang oleh kedua belah keluarga Qysarra. Siapa lagi kalau bukan Bekas Raja Kerajaan Ice dan Raja Kerajaan Earth.

"Jika kamu melangkah satu lgi. Kamu takkan pernah jumpa dia lagi sampai kamu mati!" Ujar mereka berdua dengan tegas.

Serta merta langkah Andrey terhenti. Dia tidak menyangka sampai sebegitu besar masalah yang mendatang disebabkan cintanya yang tulus kepada Qysarra.

"Qysarra..."

Rintihan Andrey yang sayu membuatkan semua yang berada di sekitarnya berasa simpati terhadapnya. Manakala Bekas Raja Kerajaan Ice dan Raja Kerajaan Earth masih dengan keputusan mereka. Mereka berdua hanya memandang datar ke arah Andrey yang masih merintih sayu tanpa belas kasihan.

























Tbc...

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now