Tumpas

960 66 9
                                    

"Letak mahkota di sebelah sini. Pastikan semua orang nampak mahkota untuk hanya pada yang layak sahaja. Beta yakin mereka akan sangat teruja untuk memikat bakal Raja muda kita nanti."

Kata2 dari Permaisuri membuatkan para dayang mengangguk faham. Mereka langsung bergegas meletakkan mahkota yang agak kecil di sebelah singgahsana milik diraja yang akan diduduki oleh Andrey nanti.

Permaisuri tersenyum cerah dengan hasil yang diberikan oleh para dayang.

"Bagus. Kalian boleh pergi dan lihat apa2 yang perlu dibuat di dapur. Beta ingin semuanya sempurna sebelum acara dimulakan malam esok." Ujarnya dengan tegas.

Para dayang mengangguk dan menunduk hormat sebelum menjalankan tugas mereka yang tergendala.

"Bonda!"

Panggilan dari Andrey membuatkan Permaisuri tersenyum manis.

"Anakanda!"

Mereka saling berpelukan seketika sebelum Andrey memandang sekelilingnya. Istana betul2 nampak berubah dari biasanya. Andrey tersenyum bangga melihat hasil tangan para dayang dan pengawal2 istana.

Dia terpandang satu mahkota yang agak disarungkan kepada pasangan tarinya nanti.

"Mana mahkota yang akan anakanda pakai nanti? Bonda tidak letakkan sekali dengan mahkota itu ke?" Soalnya dengan pelik.

Permaisuri tersenyum sebelum menjawab soalan dari satu satunya anak lelakinya.

"Bonda sudah simpan mahkota anakanda di tempat khas diraja. Malam esok barulah mahkota itu akan diberikan semasa perasmian nantinya." Jawab Permaisuri dengan tenang da diangguk faham oleh Andrey.

"Baiklah kalau begitu tapi tak nampak menonjol sangat ke kalau letak mahkota di sebelah sini?" Soal Andrey dengan pelik.

Dia bukan apa, dia memang tidak suka menarik perhatian ramai orang. Dia takut nanti ramai puteri2 diraja yang akan mendekatinya untuk menaiki takhta dan pangkat.

"Bonda sengaja meletakkan mahkota tu sebelah tempat kamu. Bukankah nampak hebat?" Soal Permaisuri dengan gembira.

Melihat wajah Permaisuri yang betul2 gembira membuatkan Andrey tidak sampai hati untuk menentang keputusan bondanya sendiri.

Anak yang baik.

"Ya. Nampak hebat, bonda. Terima kasih ya sebab mencantikkan lagi majlis untuk malam esok." Ujarnya dengan lembut sambil memeluk Permaisuri.

Permaisuri mengangguk senang kerana Andrey sukakannya. Dia turut membalas pelukan dari anaknya.

---

"Hahhhh..hahhh.."

Suara lelah yang keluar dari mulut Qysarra membuatkan semua pengawal berhenti menyerang Qysarra.

Qysarra memandang tajam ke arah mereka.

"Kenapa berhenti?! Serang beta lagi! Beta masih belum kalahkan kalian!" Marah Qysarra dengan geram lantas menyerang salah satu pengawal istana yang ada di hadapannya.

Pengawal itu mempertahankan dirinya dengan pedang yang dipegangnya. Dia agak kagum kerana ini pertama kalinya Qysarra mampu menyerangnya dengan sekuat ini.

Dia juga berundur dua langkah kerana kekuatan Qysarra yang nekat untuk menyerangnya.

"Tuanku nampak letih. Jadi, izinkan kami untuk tidak menyerang tuanku buat masa ini. Kami sudah tidak sanggup melihat tuanku cedera lagi." Tegasnya dengan serius dan disetujui oleh pengawal yang lain.

Pengawal yang lain hanya diam dan mempertahankan diri mereka sahaja apabila Qysarra menyerang.

Qysarra semakin geram dengan mereka yang masih sahaja takut membuatnya cedera kebih teruk. Memang betul apa yang dikatakan oleh pengawal tersebut.

Qysarra telah cedera di tangan kirinya dan kaki di sebelah kanan kerana tidak sempat mempertahankan diri sewaktu pengawal2 yang lain menyerangnya.

"Jangan kasihankan beta! Bukankah beta sudah cakap anggap sahaja beta adalah musuh kalian?! Jangan buat beta marah lagi!"

Qysarra terus berlari dan menyerang tiga pengawal sekaligus dengan kuat. Ketiga pengawal itu terus mempertahankan diri tetapi malangnya nasib apabila pedang mereka terdampar jauh di belakang mereka dan  menyebabkan lengan kanan mereka cedera teruk.

Semua pengawal yang berada di situ termasuk Qysarra terdiam kerana terkejut besar.

Mana tak terkejutnya kalau secara tiba2 boleh kalahkan tiga orang sekaligus. Qysarra terus melompat gembira kerana usaha beberapa hari lalu berjaya untuk tumbangkan pengawal istana walaupun tidak sepenuhnya.

Pengawal2 istana yang belum ditumpaskan oleh Qysarra terus menepuk tangan mereka kerana bangga dengan Ratu mereka. Manakala ketiga pengawal itu tersenyum dan meminta diri untuk mengubati lengan mereka.

"Maafkan beta ya. Beta betul2 tidak sengaja." Mohonnya.

"Tak apa2, tuanku. Ini hanya sedikit. Semoga berjaya ya."

Setelah mereka tiada, Qysarra terus memandang lebihan pengawal istana yang akan dilawannya.

"Sudah bersedia?"

"Tuanku taknak berehat dulu ke? Kami akan ubatkan tangan tuanku dulu." Pujuk mereka kerana sedikit gerun melihat semangat yang luar biasa dari mata Qysarra.

"Tidak perlu. Ini hanya luka kecil." Balasnya dengan tegas.

Sebenarnya Qysarra sudah tidak merasakan sakit di mana2 lagi setelah berjaya tumpaskan tiga orang pengawal. Sekarang dia lebih bersemangat untuk mengalahkan pengawal2 yang ada dan terus berlawan dengan Hano.

Nekadnya untuk menjadi kuat akan tercapai tidak lama lagi jika berlawan dengan Hano.

"Sekarang...mari kita mulakan!"

---

"Kamu sudah poskan gaun dan topeng milik Qysarra?" Soal Bekas Raja kepada Qymai yang sedang membaca.

Qymai memandang Bekas Raja seketika dan mengangguk 'ya'.

"Qymai sudah hantar pagi tadi. Hari ini atau pagi esok akan sampai pada Qysarra. Masih sempat sebelum majlis bermula." Ujarnya dengan baik.

Bekas Raja mengangguk. Dia bukan apa, dia hanya tidak mahu Qysarra memakai gaun sembarangan. Gaun Qysarra yang telah dibuat khas dari Kerajaan Ice sendiri, begitu juga dengan topeng muka.

Semua rakyat telah bersepakat untuk membuat gaun yang sangat istimewa dibantu oleh pihak diraja juga. Dan dia harap Qysarra akan sukakannya.

"Oh? Lupa pula! Kamu ada letak sekali tak mahkota Qysarra?" Soalnya dengan panik.

Qymai memandang Bekas Raja yang sedang panik itu dengan membuat gaya berfikir.

"Hmm..kalau tidak silap, Qymai ada letak sekali dengan kasut juga. Ayahanda jangan risau, semuanya baik2 sahaja." Ujar Qymai dengan senyuman manis.

Bekas Raja mula duduk di sisi anak sulungnya dan membalas senyumannya.

"Ayahanda bukan apa, ayahanda hanya ingin yang terbaik untuk Qysarra. Kamu pun faham kan?" Soal Bekas Raja.

"Sudah tentu. Sangat faham malah. Sudahlah ayahanda, lebih baik ayahanda pergi tengokkan bonda dekat taman belakang. Bahaya tau tinggal bonda sorang2."

Kata2 dari Qymai berjaya membuatkan Bekas Raja terus berlari ke arah belakang untuk bejumpa dengan isteri kesayangannya. Qymai yang perasan tingkah Bekas Raja dengan gelengan.













Tbc...

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now