Qysarra melihat ke arah tingkap. Qysarra mengeluh apabila langit sudah hampir senja. Dia mula berdiri dan berdiri di tepi tingkap tersebut. Tetapi alangkah terkejutnya dia melihat Andrey dan seorang perempuan yang sedang berbual sepertinya sangat serius.
"Siapa perempuan tu? Nampak rapat semacam je" gumamnya dengan penuh tanda tanya.
Tapi sesaat setelah itu, Qysarra terus menampar dirinya sendiri kerana bersikap sedemikian.
'Kenapa aku jadi macam ni? Andrey bukan siapa2 aku. Aku dan dia bukannya serasi. Dia seorang putera yang disegani, aku pula hanya si miskin.' Bisik hati kecilnya.
Dah lupa agaknya siapa diri dia //plakk
Akhirnya, Qysarra duduk semula di tempatnya dan mengeluh. Dia hanya perlu tunggu sekejap lagi untuk Professor Nami membuka pintu untuknya pulang.
Dan dia harap Professor Nami tidak melupakannya. Bayangkan kalau Professor Nami melupakan dia, boleh malu dia depan semua pelajar sebab bau badannya.
'Aku betul2 rasa bosan dengan penyamaran ni..'
---
Andrey mencari cari kelibat Qysarra yang masih tiba2 sahaja hilang dari radar.
'Selalunya dia ada dalam kelas. Takpun atas atap. Macam mana dia boleh tak ada? Dia tak datang sekolah ke..dia tak sihat?'
Sewaktu hati Andrey sedang hanyut dengan penuh pertanyaan tentang Qysarra, seseorang menegurnya.
"Andrey!"
Andrey memandang gerangan yang memanggilnya.
"Ada apa Shinna?" Soal Andrey dengan serius.
Shinna memutar matanya dengan malas. Dia terus memukul lengan Andrey dengan agak kuat.
Andrey menggosok lengannya yang terasa sakit. Pukulan Shinna boleh tahan sakit juga. Harap sahaja perempuan, tenaga seperti gajah.
"Kenapa kau pukul aku? Aku ada salah apa?" Soal Andrey dengan geram.
"Kau jangan buat2 lupa ya. Kau cakap yang kau nak tunjuk orang yang telah buat kau jatuh cinta dekat aku. So? Mananya? Aku kenal ke? Dia puteri dari mana? Dan aku yakin dia bukan Maria sebab Maria adalah kekasih Damin."
Perkataan Shinna yang terlalu panjang baginya terus membuat dirinya agak pening.
"Boleh tak kau jangan cakap panjang sangat. Tak sesuai langsung dengan perangai kau yang merupakan seorang puteri." Balas Andrey dengan sedikit kasar.
Shinna, atau lebih tepatnya Puteri Shinna dari Kerajaan Light adalah sepupu kepada Andrey dan dianggap adik oleh Damin.
Dia seorang yang overaktif dan sangat baik kepada semua orang tak kira golongan seperti apapun.
"Jawab la soalan aku!" Paksanya dengan tak sabar.
Andrey menahan sabar dengan tingkah Shinna yang terlebih gila baginya. Dia pernah berdoa dan berharap bahawa Shinna tidak akan pernah menjadi sepupunya, tapi semuanya tidak akan pernah terjadi.
"Haih..kau ni. Aku rasa aku tak pernah pun cakap dekat kau yang aku nak tunjuk siapa orang tu dekat kau." Luahnya.
Shinna merengut 'tak suka' dengan tingkah Andrey.
"Ada la. Kau yang tak ingat. Dasar pelupa!"
Sebenarnya Shinna dapat tahu dari Maria yang Andrey ada sukakan seseorang. Sebab itulah dia juga ingin tahu.
Andrey menahan sabar dengannya dan terus menjawabnya.
"Sebenarnya dia bukan seorang puteri. Dia hanya orang biasa." Setelah itu, Andrey terus meninggalkan Shinna yang masih termenung dengan jawapannya.
YOU ARE READING
The Real Queen Of Kings
FantasyMengisahkan tentang seorang ratu sebenar yang menyamar menjadi rakyat biasa. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini*) Top Ranking: ✔60 in Magic ✔74 in Story ✔89 in...