Majlis Perasmian Andrey IV

1.1K 59 13
                                    

"Kalau begitu, boleh beta tahu nama sebenar kekasih anda?"

Semuanya terus terdiam apabila mendengar pertanyaan dari Raja Shi. Qysarra mula menahan nafasnya kerana risau Andrey akan memberitahu namanya di hadapan keluarganya.

Andrey terdiam seketika. Nampaknya dia sedang memikirkan sesuatu perkara sebelum menjawab soalan dari Raja Shi. Andrey mula memandang Raja Shi dengan senyuman.

"Saya rasa buat masa ini saya perlu rahsiakannya." Tegas Andrey dengan baik.

Kata2 dari Andrey terus membuatkan Qysarra bernafas selega leganya. Dia betul2 ingatkan Andrey akan mengatakan hal sebenar kepada mereka.

Dahi Raja Shi mula berkerut seribu.

"Kenapa pula? Bukan ke lebih baik jika beta tahu? Ini akan menjadi hal yang sangat berharga jika beta mengetahuinya terlebih dulu daripada yang lain."

Qysarra memandang Raja Shi dengan pandangan tidak percaya. Dia tidak menyangka Raja Shi langsung tidak mengalah begitu sahaja.

Sekali lagi Andrey tersenyum dan menggeleng kepalanya.

"Maafkan beta, tapi beta tetap dengan keputusan beta. Beta akan umumkan kekasih hati beta suatu hari nanti." Ujar Andrey dengan lembut.

"Ta--"

Baru sahaja Raja Shi ingin bertanya lagi, Bekas Permaisuri terus memotong percakapan Raja Shi.

"Abang! Sudahlah tu bertanya hal peribadi raja muda. Lebih baik abang sendiri yang uruskan masalah abang yang dari dulu tidak selesai." Ujarnya dengan kening kiri terangkat tinggi.

Raja Shi memandang adiknya dengan pelik. Manakala Qymai menutup mulutnya daripada ketawa terbahak bahak setelah memahami maksud tersirat daripada bondanya.

"Apa maksud adik?"

"Abang tu...bila nak cari pasangan? Raja Andrey sudah ada kekasih hati sendiri. Tapi abang yang sudah berumur belum ada lagi. Jadi? Jangan nak tanya lebih2 kalau diri sendiri belum berkahwin." Perli Bekas Permaisuri Kerajaan Ice dengan senyuman sinis.

Terbuntang luas mata Raja Shi apabila mendengar sindiran adiknya sendiri. Manakala Qymai sudah tidak dapat menahan ketawanya, dia langsung ketawa terbahak bahak tanpa mempedulikan imagenya dan sekelilingnya.

Yang lain hanya tersenyum lucu. Raja Shi mula menggelabah dan sedikit panik.

"Er..abang masih muda ya! Abang masih gagah lagi untuk uruskan kerajaan. Jangan nak perli abang macam tu." Tegas Raja Shi dengan wajah yang memerah.

(A/N: Ada sesiapa yang nak menjadi isteri kepada Raja Shi? Sila beri nama,umur dan personaliti watak anda. Boleh merasai menjadi Permaisuri di dalam story sis.)

"Silalah menikmati majlis ini. Kami minta diri dulu." Ujar Andrey dan meninggalkan mereka. Tidak lupa untuk tersenyum kepada Ratunya.

Qysarra membalas senyuman Andrey dan memandang Andrey yang berjalan ke singgahsananya bersama dengan keluarganya.

Tidak mungkin Andrey hanya menyapa semua tetamunya. Bagi Andrey, Kerajaan Light juga perlu disapa. Yelakan, itukan salah satu keluarganya juga.

Guko mula duduk di tepi singgahsana milik Andrey sambil memandang semua tetamu yang sedang menikmati majlis tersebut.

"Jadi?"

Andrey memandang Guko dengan tanda tanya. Guko yang perasan hal itu terus mengeluh berat.

"Maksud aku..jadi macam mana dengan mahkota untuk pasangan kau nanti? Masih dengan Qysarra atau kau sudah menemui penggantinya?" Soal Guko lantas memandang tepat ke arah Ratunya yang sedang berbual dengan para raja dan permaisuri dari kerajaan lain.

Andrey memandang ke arah pandangan Guko berada. Dia mula terdiam. Tidak dinafikan dia memang berdebar apabila dekat dengan Ratunya tetapi dia hanya menganggap itu sebagai segan kerana pangkatnya tidak setinggi Ratu.

Dia menafikan perasaan itu kerana sudah memiliki Qysarra. Dia tidak akan berpaling dari kekasih hatinya walaupun Ratunya sendiri ada persamaan dengan kekasihnya.

"Tidak. Aku tetap menunggu Qysarra. Aku yakin dia akan datang pada aku secepatnya." Tegas Andrey dengan serius sambil melarikan pandangannya ke arah lain.

Guko mula tersenyum cerah. Dia bangga dengan sepupunya kerana betul2 serius dalam perhubungan. Tetapi senyumannya berubah sendu apabila memikirkan nasib Andrey nantinya.

Dia tidak tahu apa riaksi Andrey jika dia mengetahui hal sebenar tentang kekasih hatinya. Adakah dia akan memaafkan Qysarra? Dan takdir akan menyatukan mereka lagi?

Tiada sesiapa tahu.

"Bagus juga kau ni. Betul2 setia orangnya. Aku yakin dia pasti akan datang semula dekat kau. Tapi...boleh aku tanya satu soalan?" Soalnya lantas memandang Andrey.

"Apa?"

"Kalau...Qysarra ada tipu sesuatu dekat kau. Contohnya rahsia terbesar dia ke..apa yang kau akan lakukan? Adakah kau tetap bersamanya dan memaafkan semuanya?" Soal Guko tanpa teragak agak.

Shinna dan Bao yang ada di belakang Guko hanya memandang Guko dengan tidak percaya. Mereka berdua tidak menyangka yang Guko berani bertanya pertanyaan yang sangat bahaya seperti itu.

"Aku tak kisah. Aku tetap maafkan dia dan tetap akan bersamanya. Dia adalah cinta pertama aku dan aku nak dia menjadi cinta terakhir aku. Tapi..kenapa kau tanya macam tu?"

Guko hanya menggeleng dan tersenyum. Dia memandang Ratu dengan pandangan lembut. Dia betul2 beryukur kerana mendapat sepupu yang sangat romantik dan sangat baik sebegini.

"Tak ada apa2. Saje je."

Andrey mengangguk. Dia mula memandang ke hadapan semula.

---

"Abang ni kan, tak payah la tanya sampai macam tu sekali." Marah Bekas Permaisuri Kerajaan Ice dengan perlahan.

Raja Shi menggosok lehernye dengan kaku.

"Apa salah abang? Abang hanya nak tahu je."

"Tapi tetap sahaja abang melampaui batasan. Itu hal peribadinya. Abang sepatutnya tidak boleh campur." Tegasnya dengan serius.

Raja Shi mengangguk kepalanya dengan perlahan. Dia mula berjalan ke luar istana sekadar memandang pemandangan malam Kerajaan Fire.

Dia yakin mesti sangat cantik.

Semasa dia berjalan, dia terlanggar seorang wanita sampai wanita tersebut terjatuh.

"Maafkan beta. Beta tidak sengaja." Ujar Raja Shi dengan lembut.

Raja Shi mula menolong wanita itu bangun. Wanita itu mengangguk dan meminta diri. Raja Shi masih memandang wanita itu walaupun bayangan wanita itu sudah tiada.

"Cantik." Gumamnya.

Dengan pantas dia menggeleng dan menyambung perjalanannya semula.





















Tbc...

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now