Hano

1.1K 70 7
                                    

Double update utk hri ni.😁 Sis kesian bila readers asyik menunggu. Maafkan sis ya sebab lama. Sekarang tengah final exam. Hari ahad ni last paper.

***

Qysarra bernafas lega akhirnya Qymai mengajak mereka pulang memandangkan sudah petang. Penat juga kakinya apabila mengikut ajakan Qymai.

Lain kali ingatkan dirinya untuk mengikuti Qymai lagi. Dia lebih rela bersama dengan Raja Shi dalam urusan diraja.

"Kakak."

Qymai memandang ke arah Qysarra apabila Qysarra memanggilnya.

"Ya?"

"Kakak masuk la dulu. Qysarra nak pergi tengok pengawal berlatih pedang." Ujarnya.

Qymai mengangguk faham dan memasuki ke dalam istana dengan tiga orang pengawalnya. Setelah Qymai tiada, Qysarra terus menuju ke belakang istana dan mencari satu pengawal yang sudah dianggap abang olehnya.

"Abang Hano!" Panggil Qysarra sambil berlari ke arah Hano, pengawal kepercayaan diraja yang ada di tengah2 padang.

Hano terkejut apabila memandang Qysarra yang berlari ke arahnya. Dia langsung menuju ke arah Qysarra, dia tidak mahu Qysarra berluka lagi.

Dia sudah trauma melihat Qysarra terluka dahulu.

"Hati2 Ratu." Ujar Hano dengan tegas.

Qysarra terus memeluk erat Hano dan dengan senang hati Hano membalas pelukannya sambil tersenyum kepada Qysarra.

"Jangan panggil Qysarra dengan panggilan formal sebegitu. Abang Hano kan tahu peraturan yang Qysarra arahkan." Ujar Qysarra dengan tak suka.

Hano ketawa dan mengangguk. Ya. Peraturan. Peraturan di mana Qysarra telah letak pada semua pengawal yang mereka tidak boleh memanggil mereka Ratu..Mereka perlu memanggilnya dengan sebutan 'Qysarra' kerana mereka sudah seperti adik beradik. Tak kira tua atau tua.

"Baiklah Qysarra. Sekarang bagitau abang kenapa Qysarra datang ke sini? Bahaya tau." Ujarnya sambil mencubit pipi Qysarra.

Qysarra tersenyum miring dan berjaya membuat Hano memandang curiga ke arahnya.

"Kalau Qysarra nak bermain dengan pedang, jawapannya tetap tidak boleh."

Terus hilang senyuman Qysarra apabila Hano berkata seperti itu.

"Ala..bolehlah."

"Tak. Boleh."

Qysarra memuncungkan mulutnya dengan geram. Dia selalu tidak boleh bermain pedang semenjak dia terluka sejak kecil.

Ini tidak adil. Lagipun dia sudah dewasa.

"Kalau nak juga, abang kena tanya yang lain dulu. Kalau yang lain beri kebenaran, barulah abang beri. Okay?" Soal Hano kerana kasihan pada Qysarra.

Wajah Qysarra terus cerah dan mengangguk. Manakala Hano memanggil yang lain untuk saling berbincang.

"Dengar ya semua. Adik kita yang nakal ni mahu berlatih pedang sama seperti kita. Perlu ke kita kebenaran untuknya?" Soal Hano kepada rakan rakannya.

Terus sahaja mereka menggeleng keras. Mereka tidak mahu cederakan Qysarra lagi.

"Maaf Qysarra. Kami tidak mahu Qysarra cedera lagi. Qysarra tengok kami berlatih jela ya." Pujuk salah satu pengawal dengan lembut.

Baru sahaja Qysarra ingin membalas, suara General Kanan Diraja mula mengganggunya.

"Maafkan saya kalau menganggu Ratu. Tapi ayahanda tuanku memanggil Ratu untuk mengadapnya sekarang juga." Ujar General dengan hormat.

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now