Dimarahi

1.1K 64 3
                                    

Polina menunduk takut apabila ditatap tajam oleh Raja dan Permaisuri Kerajaan Dark yang merupakan ibu bapanya.

"Apa lagi yang kamu lakukan hari ni?" Soal Raja dengan datar.

Dengan perlahan lahan, Polina menunjukkan gaunnya yang sudah musnah kepada ibu bapanya. Kebetulan abang dan kakak Polina yang baru sahaja datang terus terkejut besar melihat gaun tersebut.

Mana tak terkejutnya kalau gaun yang sangat mahal dan cantik terus menjadi seperti kain buruk yang takkan boleh digunakan lagi.

Jangan ditanya keadaan Raja dan Permaisuri. Mereka juga tidak kalah terkejutnya melihat keadaan gaun itu.

"Ma-macam mana boleh jadi macam ni?!" Soal Kakak Polina dengan wajah yang masih terkejut.

"Ka-kakak..jangan salah faham! Ini bukan seperti apa yang kalian fikirkan. Gaun itu sudah terkoyak seperti ini semasa Polina nak pakai!" Ujarnya.

Polina menggigit bibirnya dengan takut. Dia takut keluarganya yang lain akan memarahinua kalau dia ceritakan perkara yang sebenar.

"Kamu tipu kami kan?! Gaun ini masih utuh dan cantik semasa kami berikan kepada kamu! Jawab dengan jujur sekarang!" Paksa Raja dengan tegas.

"Polina cakap jujur!"

"Entah2 kamu menyombongkan diri dengan gaun ini dekat akademi kan?" Teka abangnya dengan datar.

Terus berubah wajah Polina. Yang lain menggeleng kepalanya apabila melihat wajah pucat Polina.

Dengan pantas dia menggeleng kepalanya.

"Ta--"

"Jangan nak berdalih lagi Polina! Wajah kamu sudah menunjukkannya dengan jelas! Kami sudah mengenal kamu sejak kecil!"

"Disebabkan kesombongan kamu itulah, semuanya jadi tidak terkawal. Kamu memang anak yang tidak pandai bersyukur!" Marah Raja dengan geram.

Sejujurnya, dia tidak suka dengan perangai Polina, anak bongsunya yang langsung tidak sama perangai dengan adik beradiknya yang lain.

Dan dia tidak tahu dari mana datangnya perangai sombong Polina, padahal dia tidak ajar kesemua anaknya menjadi sebegini.

"Kami betul2 kecewa dengan kamu! Kami perlu berfikir lagi untuk bawa kamu ke majlis Putera Andrey." Ujar Permaisuri.

Polina terus memandang Permaisuri dengan gelengan.

"Jangan bonda! Polina nak--"

"Jangan nak membantah kami! Pergi masuk bilik sekarang!" Marah Raja dengan geram.

Wajahnya yang merah kerana terlalu marah membuatkan Polina takut untuk melawan terus tergesa gesa pergi memasuki biliknya di tingkat paling atas.

---

Qysarra melihat Raja Shi yang sedang membuat kerjanya. Qysarra tahu apa yang dikerjakan oleh Raja Shi. Jangan lupakan bahawa dia juga adalah seorang Ratu.

"Ini sudah hampir seminggu. Pedang tu pasti sudah siap kan?"

Soalan dari Qysarra membuatkan Raja Shi memandangnya. Raja Shi tersenyum.

"Bersabarlah. Kita tidak boleh memaksa tukang buat pedang untuk siapkan betul2 dalam seminggu. Lagipun banyak pedang yang dia akan buat." Ujar Raja Shi dengan lembut.

Qysarra mengangguk faham. Dan dia baru teringat akan sesuatu perkara.

"Alamak! Qysarra lupa yang Qymai nak Qysarra datang ke biliknya."

Terus sahaja dia berlari keluar dari ruangan Raja Shi yang memandang pelik ke arahnya. Raja Shi menggeleng kepalanya melihat sikap Qysarra.

"Langsung tak berubah." Gumamnya.

Setelah beberapa minit, General Kanan Diraja datang di hadapan Raja Shi dengan tunduk hormat.

"Ada berita apa kali ni?" Soalnya dengan tegas.

"Ada makluman daripada Kerajaan Fire sebentar tadi. Mereka mengarahkan semua kerabat kerajaan yang hadir nanti wajib memakai topeng rasmi kerajaan." Ujarnya dengan masih tertunduk.

Raja Shi mengangguk faham.

"Baiklah. Kamu boleh pergi." Setelah diarah, General Kanan menunduk hormat sekali lagi dan meninggalkan Raja Shi menyambung kerjanya.

---

Maria memandang takjub dengan Kerajaan milik tunangannya. Ya. Tidak salah lagi iaitu Kerajaan Water.

Berbagai warna jenis air yang ada di sekelilingnya. Dan mempunyai pelbagai lampu yang menyerlahkan lagi air tersebut.

Ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke Kerajaan Water. Hatinya sangat sejuk dan berasa tenang. Tidak salah dia memilih bakal suaminya.

"Kita sudah sampai tuan puteri."

Ucapan dari pemandunya membuatkannya tersedar dari lamunannya. Dia mengangguk dan mula melangkah maju ke istana Kerajaan Water.

Sangat megah dan setiap sisi istana mempunyai air terjun. Dia betul2 berasa berada di dalam air.

'Kalau Kerajaan Water sudah begini, pasti Kerajaan Ice lagi megah dan cantik.' Fikirnya dengan gembira.

Sewaktu dia melangkah masuk ke dalam istana tersebut, pengumuman kedatangannya mula didengari.

"PUTERI MARIA DARI KERAJAAN AIR SELAMAT SUDAH SELAMAT SAMPAI."

Dan muncullah tunanganya, siapa lagi kalau bukan Damin.

"Sayang."

Mereka mula melepaskan rindu antara satu sama lain. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa kerana kesibukan masing2.

"Bukankah Andrey juga kata nak datang?" Soal Damin dengan pelik.

"Dia tidak dapat datang sebab perlu pergi ke butik untuk menempah baju diraja miliknya. Kali ini dia ingin buat baju raja dia sendiri." Jawabnya dengan senyuman.

Damin memgangguk faham.

"Mari kita masuk ke dalam. Semua sudah menunggu sayang."





























Tbc...

***
Maaf ya kalau singkat. Sis tak ada mood nak buat story sebab pening kepala. Maafkan sis sekali lagi.

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now