Berlatih

1.1K 59 7
                                    

"Qysarra?!"

Jeritan dari Hano membuatkan kesemua pengawal yang sedang berlatih pedang terhenti dan memandang tepat ke arah Qysarra yang berlari ke arah mereka sambil memengang sebilah pedang.

Mereka terus menjatuhkan pedang mereka termasuk dengan Hano dan terus menuju ke arah Qysarra.

Mereka risau akan keselamatan Qysarra sebab itulah mereka berlari ke arahnya.

Qysarra yang perasan perubahan yang lain terus berhenti berlari dan menyembunyikan pedang itu di belakangnya.

"Berhenti di situ!!" Arah Qysarra dengan tegas.

Mereka terus terhenti dua meter dari Qysarra. Wajah mereka terlalu menunjukkan kerisauan yang amat sampai Qysarra memutar matanya.

"Kenapa Qysarra pegang pedang? Kami tak izinkan. Nanti kalau Qysarra terluka macam mana?" Soal Hano dengan kalut.

Qysarra menggeleng kepalanya dengan sikap Hano yang dari dulu memang tidak berubah. Bukan sahaja Hano, pengawal yang lain juga turut begitu.

Tetapi tetap sahaja Hano yang paling posesif terhadapnya.

"Memang kalian yang tak izinkan. Tapi Qysarra sudah dapat kebenaran dari ayahanda Shi. Jadi, janganlah risau." Jawab Qysarra dengan senyuman.

"Tapi--"

Baru sahaja Hano ingin membalas perkataan dari Qysarra, seseorang telah memotong percakapannya.

"Jangan terlalu merisaukan anakanda beta, Hano. Anakanda beta sudah besar dan beta sudah mempercayainya sepenuh hati." Potong Raja Shi dengan baik.

Hano dan pengawal yang lain membungkuk hormat kepada Raja Shi. Setelah itu, Hano terus membalas percakapan Raja Shi dengan tak kalah baiknya.

"Tapi tetap sahaja tuanku, kami risau kami akan cederakan Qysarra lagi. Kami tak nak kejadian yang sama terulang. Kami sudah berjanji untuk menjaga Qysarra dengan baik." Ujar Hano.

Kat2 dari Hano membuatkan Raja Shi tersenyum. Tidak salah dia mempercayai Hano untuk memperhatikan Qysarra.

"Ya. Saya tahu. Tapi ini arahan anakanda beta sendiri. Beta tak mampu nak buat apa2. Lagipun beta sudah berjanji dengannya. Kamu semua latihlah anakanda beta supaya menjadi Ratu terkuat dis seluruh dunia fantasi ini. Boleh?" Soal Raja Shi dengan penuh harapan.

Hano dan pengawal yang lain saling berpandangan sesama sendiri. Mereka masih berat hati untuk membenarkan Qysarra berlatih menggunakan pedang.

Tapi jika ini yang Raja mereka dan Qysarra mahukan, mereka tidak boleh berbuat apa2.

Hano mengeluh dalam diam dan mengangguk faham.

"Baiklah jika itu yang tuanku dan Qysarra mahukan. Tapi sebelum tu, maafkan kami jika kami terkasar dengan Qysarra nanti." Ujar Hano dengan perasaan bersalah.

Raja Shi tersenyum dan memandang ke arah Qysarra yang turut memandangnya dengan senyuman.

"Tak apa. Asalkan anakanda masih cantik dan anggun. Tolong ajar anakanda beta sampai dia kalahkan kamu, Hano. Beta percayakan kalian. Beta minta diri dulu."

Setelah mendapat anggukan dari semua yang ada termasuk Qysarra, Raja Shi terus melangkah masuk ke dalam istana untuk menyambung kerjanya yang tertunda.

Setelah Raja Shi tiada, Qysarra terus memandang Hano dengan senyuman manisnya. Sampai2 semua pengawal menahan diri untuk tidak mencubit pipi Qysarra.

"Jadi? Boleh kita mula sekarang?" Soal Qysarra dengan semangat.

Hano tersenyum.

---

Qysarra membuang nafasnya dengan laju. Dia mengelap peluh yang ada di dahinya dengan kasar sambil memandang 'sesuatu' di hadapannya dengan tajam.

Dia memandang di sebelah kanannya. Hano mengangguk kepalanya dengan perlahan menyuruh Qysarra menyambung.

Tanpa membuang masa, Qysarra terus berlari dan menyerang patung besar yang berbentuk manusia di hadapannya.

Tapi malangnya tidak berjaya.

Hanya terdapat goresan sahaja pada patung itu. Padahal, patung itu diperbuat daripada jerami. Qysarra betul2 tidak menyangka bahawa jerami pun sekuat itu. Dan paling menyakitkan, sudah lebih dari dua jam Qysarra mencubanya.

Tapi tidak berjaya.

Kalau readers nak tahu, Hano memberi arahan kepadanya untuk menghancurkan patung itu sebelum berlatih dengannya. Qysarra terus sahaja menyerang patung itu sekuat hatinya.

Setelah beberapa minit, Qysarra melepaskan amarahnya dengan membekukan patung itu dan terus terbaring di atas rumput sambil mengambil nafas lelahnya.

Hano yang melihat kejadian itu terus tersenyum faham. Dia mendekatkan diri kepada Qysarra dan memberikannya air herba.

Air herba khas buatan Kerajaan Earth mampu menghilangkan penat dan sakit kepada sesiapa yang meminumnya. Tanpa membuang masa, Qysarra terus minum air itu dengan rakus.

Hano mengelap peluh yang ada pada Qysarra smabil berkata--

"Berehat la selama setengah jam. Nanti kita sambung."

Qysarra mula memandang Hano dengan 'tak suka'.

"Setengah jam? Qysarra taknak. Qysarra nak hancurkan patung tu secepatnya supaya Qysarra dapat berlatih dengan abang dan yang lain juga." Ujar Qysarra.

"Ya. Abang faham. Tapi ini juga salah satu peraturannya. Semua pengawal yang ada di sini ambil masa seminggu untuk hancurkan patung itu. Jadi, kamu jangan terlalu terburu buru. Biasanya yang selalu nak cepat, akan rugi tau." Pesan Hano dengan lembut.

Qysarra mengangguk faham. Dia terus berehat dan memandang Hano yang menyambung latihannya bersama sama dengan pengawal2 yang lain.

Tanpa Qysarra sedari, Raja Shi memandang Qysarra dari ruangannya bersama dengan Penasihat Kanannya.

"Dia merupakan seorang Ratu yang sangat berani. Memang sangat sempurna." Puji Penasihat Kanan itu.

Raja Shi mengangguk menyetujui kata2 dari Penasihatnya.

"Ya. Beta juga rasa begitu. Beta sangat bersyukur anakanda beta yang menjadi Ratu. Beta tak sabar untuk melihatnya menjadi Ratu secara rasmi nantinya. Tapi--" Ujarnya.

"--kamu sudah cari tahu tentang hubungan anakanda beta dan Putera Andrey dari Kerajaan Fire?" Soalnya kepada penasihatnya.

Penasihatnya mengangguk.

"Sudah tentu."

"Apa hubungan mereka?" Soal Raja Shi dengan tidak sabar.

Sudah lama dia memendam perasaan ingin tahu ini. Dia hampir tidak dapat tidur apabila memikirkan perkara tersebut.

Dia berharap, penasihatnya tahu segalanya.

"Itu..."
























Tbc...

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now