Kerajaan Earth

1.1K 71 32
                                    

Maafkan sis kerana tidak update hampir seminggu. Sis baru sahaja habis final exam. Semalam sepatutnya sis boleh nak update.

Tapi sis tak boleh update sebab nak bebaskan fikiran sis yang terganggu kerana semester ini.

Terima kasih kerana menunggu.

Sepatuynya sis update ptg nanti, tapi sis update sekarang sebab kesian dekat readers.

***

Pagi keesokannya..

Qysarra sedang makan di ruang khas diraja bersama dengan keluarganya, Qymai memandang ke arah Qysarra yang nampak sedang berfikir.

"Ada masalah ke Qysarra?"

Soalan Qymai membuatkan ayahanda dan bondanya memandang serentak ke arah Qysarra.

Qysarra memandang mereka dengan senyuman kaku. Sebenarnya Qysarra ingin meminta izin kepada keluarganya untuk pergi keluar dengan Andrey minggu ini.

Tapi dia tidak tahu macam mana nak cakap.

"Qysarra?" Soal bekas Raja dengan tegas.

Mahu tidak mahu Qysarra harus bercakap jika ayahandanya sudah mengeluatkan suara.

"Erm..sebenarnya Qysarra nak minta izin untuk keluar minggu ini." Ujar Qysarra dengan perlahan tetapi tetap didengari oleh keluarganya.

Hening..

Qysarra agak gerun apabila semuanya diam. Malahan, tangan mereka tidak bergerak kerana terkejut.

"Keluar? Bukankah kamu sudah janji pada rakyat kamu yang kamu akan datang ke majlis hari jadinya? Kamu pasti tak mahu kecewakan rakyat kamu." Ujar bekas Raja dengan tegas.

Qysarra mengetahui cara pencakapan dari ayahandanya.

"Memang betul ayahanda. Tapi Qysarra ingin meminta izin untuk pergi pagi. Qysarra akan balik sebelum majlis itu bermula." Mohonnya.

Mereka saling memandang dan kini giliran bekas Permaisuri pula yang membuka suara.

"Dengan siapa?"

"Andrey. Dari Kerajaan Fire. Dia yang ajak Qysarra keluar minggu ini. Sebab itulah Qysarra nak minta izin untuk lepaskan Qysarra pergi dengannya." Ujar Qysarra dengan senyuman.

Terkejut keluarganya apabila mendapat tahu bahawa Andrey yang mengajak Qysarra keluar.

"Baik betul hati dia." Gumam Qymai.

Qysarra mengangguk menyetujui kata2 dari Qymai. Bekas Raja dan Bekas Permaisuri saling memandang.

Bekas Permaisuri mengangguk kepada bekas Raja agar mengizikan Qysarra.

"Baiklah kalau begitu. Kamu boleh keluar, tapi ingat pulang sebelum majlis itu bermula." Ujar Bekas Raja.

Qysarra mengangguk senang. Tidak sangka keluarganya akan mengizinkannya secepat ini.

Biasanya keluarganya memang akan menolak habis habisan jika dia ingin keluar.

Tapi bukannya seorang diri, tapi ada bodyguardnya. Tapi itulah..mereka terlalu risaukan Qysarra.

---

Sepanjang Qysarra sedang berjalan ke kelasnya. Seorang perempuan berlari ke arahnya dengan senyuman manis.

Qysarra pelik apabila perempuan itu memengang tangannya sambil memutar dirinya. Hampir sahaja dia pening.

"Hai! Saya Puteri Shinna dari kerajaan Light dam saya adalah sepupu Andrey. Selamat berkenalan!"

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now