"Itu sangat sulit untuk saya jelaskan sebab sepanjang saya mencari tahu tentang hubungan Ratu dan Putera Andrey, mereka hanyalah sebatas kawan sekolah. Tidak lebih."
Jawapan dari penasihatnya membuatnya berasa jenuh dan tidak suka. Dia menggenggam tangannya dengan erat.
"Beta tidak yakin jika mereka hanya sebatas kawan. Beta yakin ada sesuatu yang terjadi di antara mereka sampai buat anakanda beta sedih. Pastikan kamu mencari tahu tentang hubungan mereka yang sebenarnya sampai jumpa. Faham?" Soal Raja Shi dengan tegas.
Penasihatnya mengangguk faham.
"Saya faham tuanku. Akan tetapi, kenapa tuanku tidak bertanya kepada Ratu sendiri tentang ini?"
"Beta yakin yang anakanda beta takkan bercakap hal itu. Dan juga beta tidak suka apabila wajahnya sedih apabila beta bertanya tentang Putera Andrey..." Jawabnya dengan baik.
"...Beta ingin anakanda beta sama seperti dulu. Dan jika firasat beta betul, beta tidak akan sesekali membiarkan dia dekat dengan anakanda beta."
Penaihatnya memandang nanar ke arah Raja Shi yang berubah menjadi agak menakutkan. Dia sangat tahu betapa sayangnya Raja Shi kepada Qysarra.
Sangat tahu sampai seluruh Kerajaan Earth juga tahu. Sebab itulah mereka sangat menjaga Qysarra.
---
Qysarra memandang datar ke arah patung tersebut. Dia sedang berdiri tegak di hadapan patung itu sambil mengambil nafas sedalam dalamnya dan menghembus dengan geram.
Sudah dua jam berlalu, tetapi dirinya masih tidak boleh hancurkan patung tersebut. Badannya juga sudah kotor dan berpeluh seperti mandi.
Tanpa membuang masa, Qysarra meneruskan kerjanya untuk menghancurkan patung itu.
Hano yang ada berdekatan dengannya memandang kagum ke arah Qysarra. Dia tidak menyangka nekat Qysarra sampai seperti itu. Sanggup bertarung walaupun dalam keadaan yang sangat letih.
Dia sangat bangga kerana Kerajaan Ice memiliki Ratu seperti Qysarra.
"Hano."
Hano memandang ke belakang dan tersenyum apabila melihat Qymai yang memanggilnya.
"Puteri Qymai." Ujarnya sambil menunduk hormat.
Qymai memuncungkan mulutnya apabila Hano memanggilnya 'Puteri'. Well, dia sama seperti Qysarra, tidak suka jika memanggil panggilan sebegitu.
"Sudah berapa kali saya beritahu awak supaya jangan panggil saya puteri. Panggil saya Qymai sahaja, itu sudah memadai." Tegasnya.
Hano mengangguk faham.
"Adakah Qymai sudah mahu pulang ke Kerajaan Ice?" Soal Hano dengan baik.
Qymai mengangguk sambil memandang Qysarra yang masih lagi berlatih. Nampaknya dia tidak sedar dengan kehadiran Qymai.
Hano yang perasan tingkah Qymai terus memanggil Qysarra dengan kuat.
"Qysarra! Qymai ada disini!"
Sesaat itu, Qysarra terus berpaling ke arah Qymai yang melapangkan tangannya untuk memeluknya. Tanpa membuang masa, Qysarra terus berlari ke arah Qymai dan memeluknya dengan erat.
"Kakak."
Mereka melepaskan pelukan dan memandang antara satu sama lain. Qymai memandang wajah cantik adiknya dan menghapuskan kotoran yang ada di wajah Qysarra.
"Ish! Jangan la comot sangat. Kakak tak mahu penampilan kamu terkesan tidak cantik nanti." Ujarnya sekadar gurauan.
Qysarra ketawa kecil apabila mendengar kata2 dari Qymai.
"Maaf. Tapi Qysarra rasa Qysarra akan comot untuk buat masa yang lama." Balas Qysarda dengan lembut.
Qymai tersenyum melihat Qysarra yang ceria. Sejujurnya dia ingin membawa Qysarra pulang juga, tetapi Qysarra sudah diambil oleh Raja Shi buat masa yang lama.
Jadi, dia hanya perlu pulang sendirian. Padahal dia tidak keluar lagi dari Kerajaan Earth, dia sudah merindui adiknya.
Inikan buat masa yang lama.
"Jaga diri kamu. Kalau ada apa2 masalah, terus hubungi kakak dengan segera. Kita akan berjumpa di majlis perasmian kamu nanti ya." Ujar Qymai dengan lemah lembut.
Qysarra mengangguk faham. Setelah itu, Qymai terus pergi dari situ. Qysarra mula melambai ke arah Qymai yang sedang berjalan keluar dari istana bersama beberapa pengawal peribadi.
"Nak sambung lagi?" Soal Hano setelah sekian lama mendiamkan diri untuk memberi ruang kepada adik beradik itu.
Dengan penuh semangat, Qysarra mengangguk dan menyambung aktivitinya yang tergendala.
---
"Andrey?"
Andrey yang sedang mengelamun terus tersentak apabila Shinna memanggil. Dia terus bangun dan mengambil kotak berkaca yang diberikan oleh Shinna.
"Kau cubalah pakai dahulu mahkota diraja ni. Kalau kau tak suka lagi, kau beritahu aku nanti." Ujarnya lantas keluar dari bilik Andrey.
Andrey memandang dua buah mahkota yang ada di hadapannya. Dia mengambil satu mahkota dan memakai di atas kepalanya. Dia tersenyum.
Ya. Dia sukakan mahkota ini. Mahkota ini tidak berat dan selesa dipakainya untuk buat masa yang lama. Sebenarnya, sudah kesepuluh kali dia menolak memakai mahkota yang langsung bukan citarasanya.
Akhirnya Shinna berjaya menemukan mahkota yang betul. Nampaknya dia perlu berterima kasih kepada Shinna.
Dia langsung meletakkan mahkota itu di sebelah mahkota yang bercorak sama seperti mahkota miliknya tetapi bersaiz agak kecil.
Dia tersenyum kecut. Mahkota itulah yang akan dipakai oleh pendampingnya kelak. Hatinya menghangat apabila memikirkan kekasih yang dirinduinya memakai mahkota itu.
Walaupun dia tidak tahu keberadaan kekasihnya, tetapi dia tetap menunggu. Dia sentiasa menunggu walaupun sudah menua.
---
Zaaassss
Bunyi belahan yang kuat dari sebuah pedang berjaya menarik perhatian semua pengawal yang ada. Mulut mereka terlompong dan mata terbuntang luas.
Hano?
Dia turut begitu. Dia tidak percaya apa yang dia nampak. Walaupun matanya memang membuktikan semua kejadian di depan matanya adalah benar, tetapi akalnya menolak.
Dia betul2 tidak menyangka semua itu terjadi.
"Qy-Qysarra...?"
Qysarra terus tersenyum ceria apabila berjaya membelah patung itu menjadi dua. Dia menghembus nafas leganya dan mula duduk di atas rumput.
"Qysarra dah berjaya, abang Hano."
Setelah Qysarra berkata sebegitu, dia terus tidur di atas rumput. Dia betul2 lelah menghabiskan hampir sehari untuk menyerang patung itu.
Hano terus menyedarkan dirinya dan melihat Qysarra. Kali ini perasaan bangganya terhadap Qysarra terus menaik sampai level tinggi. Dia betul2 tidak menyangka bahawa Qysarra hanya memerlukan setengah hari sahaja untuk menyerang patung itu.
Kalah dia.
Dia memerlukan tiga hari melainkan semua pengawal memerlukan lima hari ke tujuh hari untuk betul2 membelah atau memusnahkan patung keras itu.
Tanpa membuang masa, dia terus mendukung Qysarra ala bridal style dan membawanya ke bilik Qysarra. Dia tidak mahu Qysarra tidur di atas rumput yang tidak selesa itu dan juga sekarang sudah senja.
Nampaknya Qysarra sudah bersedia untuk berlatih dengan yang lain. Well, untuk berlatih dengannya, Qysarra perlu kalahkan sepuluh pengawal istana yang hampir kuat setaraf dengan Hano.
Mari kita biarkan Qysrra berehat dahulu.
Tbc...
YOU ARE READING
The Real Queen Of Kings
FantasyMengisahkan tentang seorang ratu sebenar yang menyamar menjadi rakyat biasa. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini*) Top Ranking: ✔60 in Magic ✔74 in Story ✔89 in...