"Mama, Maria tak nak."
"Maria! Dengar cakap mama! Kamu kena kahwin juga dengan pilihan mama." Paksa wanita yang sudah berumur kepada anak perempuannya.
"Mama--"
"Keputusan mama sudah muktamat! Nak tak nak kamu kena kahwin juga!!"
Wanita itu terus berlalu pergi meninggalkan anak perempuannya yang tengah bersedih dengan keputusan mamanya yang langsung tidak memikirkan dirinya.
Maria, itulah nama perempuan tersebut. Wanita tadi adalah Permaisuri Kerajaan Air. Jadi, Maria adalah puteri Kerajaan Air yang dijodohkan dengan Kerajaan Api iaitu siapa lagi kalau bukan Andrey.
Maria betul2 tidak mencintai Andrey, dan dia juga tahu Andrey tidak mencintai dirinya. Mereka pernah bertemu sekali, itupun hanya sewaktu awal persekolah.
Kalau readers ada bertanya kenapa Maria tiada di akademi sebelum ini, jawapannya adalah Maria melawat Kerajaan Tumbuhan untuk menyegarkan tumbuhan2 di sana.
Dan itu mengambil masa tiga bulan.
'Apa yang aku perlu lakukan..'
---
Qysarra berjalan pulang ke istana. Qysarra agak kesusahan untuk berjalan kerana kakinha sangat sakit. Dia sengaja tidak menelefon driver untuk mengambil dirinya.
Dia tidak mahu driver tersebut mengatakan kepada ayahandanya hal yang sebenar.
Boleh pecah rahsianya nanti kalau ayahandanya murka. Tak boleh bayangkan seperti apa nantinya.
Akhirnya setelah hampir satu jam berjalan, fia selamat masuk ke dalam istana. Terkejut bekas permaisuri memandang Qysarra yang berjalan, bukannya dengan driver.
"Qysarra? Kenapa berjalan kaki? Kita ada driver untuk ambil kamu." Ujar Bekas Ratu dengan panik.
Dia bukan apa, dia tak mahu anaknya kelelahan setelah selesai waktu persekolahan.
"Bonda..kalau driver yang ambik Qysarra, habislah penyamaran Qysarra. Bonda lupa ke yang Qysarra tengah menyamar sekarang ni?" Soal Qysarra dengan tenang.
Rasa berdosa pula Qysarra kerana berbohong pada bondanya sendiri. Nam buat macam mana, untuk mengelak dari ambil risiko.
"Bonda tahu sayang, tapi tetap sahaja bonda tak suka. Kenapa la kamu menyamar? Kalau kamu tak menyamar, bonda pasti kamu dapat ramai kawan nanti." Ujarnya.
Qysarra tersenyum tawar.
"Buat apa berkawan kalau tak ikhlas bonda. Rugi masa dan tenaga je. Lagipun, walau keadaan Qysarra macam ni, ada juga yang sudi berkawan dengan Qysarra." Ujar Qysarra dengan gembira.
Hati bekas permaisuri mula menghangat apabila mendengar kata2 dari Qysarra. Sesiapa pun yang menjadi rakan dan baik kepada Qysarra akan disanjung tinggi oleh para Kerajaan Salji.
"Siapa dia? Perempuan atau lelaki?"
"Kalau Qysarra beritahu nama pasti bonda dapat teka terus."
Kening kanan bekas permaisuri mula naik tanda 'siapa?.'
"Andrey."
Qysarra ketawa kecil apabila mulut bekas permaisuri ternganga hebat apabila mendapat tahu Andrey yang sudi berkawan dengan anaknya walaupun anaknya bertukar menjadi NERD.
"Tapi..maca--"
"Dia yang selalu tolong Qysarra bila ada yang ingin dibuli. Dia memang bai--"
"Maaf mengganggu tuanku, tapi Raja sedang memanggil tuanku di taman." Ujar salah satu pelayan istana.
YOU ARE READING
The Real Queen Of Kings
FantasyMengisahkan tentang seorang ratu sebenar yang menyamar menjadi rakyat biasa. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini*) Top Ranking: ✔60 in Magic ✔74 in Story ✔89 in...