Majlis Perasmian Andrey II

1.1K 71 11
                                    

"Itu...tidak benar."

Prakkk

Dengar itu?

Itu adalah bunyi hati Polina yang hancur apabila mendengar kata padat dan tepat daripada Qysarra. Jangan ditanya keadaan mereka, sudah pasti Raja dan Permaisuri Kerajaan Dark sangat marah dan sedang menahan sabar untuk tidak memarahi Polina kerana berani berbohong kepada mereka.

Bukan sahaja Raja dan Permaisuri, abang dan kakaknya memandang tajam ke arah Polina yang menunduk takut.

"Apa yang sebenarnya terjadi di akademi? Kami betul2 tidak tahu sebab pengetua di sana selalu memuji mereka." Lirih Permaisuri dengan geram.

Qysarra diam beberapa saat dan berkata--

"Mereka sangat sombong!--"

"--pembuli!--"

"--pengkhianat!--"

"--termasuk puteri bongsu anda, Polina. Tolong jaga dia baik2. Dialah yang paling baik di semua para puteri." Ujar Qysarra dengan menekankan perkataan 'baik' dan terus meninggalkan kerabat Kerajaan Dark yang terkejut dengan kata katanya.

Qysarra berasa sedikit puas kerana beritahu hal itu kepada Kerajaan Dark. Dia sangat kenal Kerajaan Dark walaupun mereka tidak pernah bersua muka.

Kerajaan Dark sangat tegas akan sesuatu perkara dan Kerajaan Dark antara salah satu kerajaan terbaik yang Qysarra suka. Dia biarkan sahaja apa Kerajaan Dark akan lakukan pada Royal Academy. Dia agak malas untuk menguruskan semuanya.

---

"Sudah bersedia?" Soal Damin dengan senyuman.

Andrey mengangguk kepalanya dengan perlahan. Bersedia ataupun tidak, dia memang kena langkahkan kakinya ke sana.

Andrey dan Damin mula berjalan ke arah dewan diikuti beberapa pengawal istana. Sewaktu mereka berdua memasukinya, suasana sudah menjadi agak tenang dan mereka tahu bahawa Ratu Kerajaan Ice ada di sini.

Sebelum Andrey pergi ke arah keluarganya, Damin membawa Andrey untuk berjumpa dengan Ratu Kerajaan Ice sebelum memulakan majlis.

Mereka berdua sekarang berdiri tiga meter daripada Qysarra. Mata Qysarra memancarkan kesedihan dan kegembiraan yang teramat apabila melihat wajah tampan milik Andrey.

Mereka dekat tetapi rasanya agak jauh kerana Qysarra yakin Andrey tidak akan mengenalinya. Manakala Andrey pula, dia memengang jantungnya yang berdegup kencang.

'Perasaan ni..' bisik hati Andrey sambil memandang tepat ke arah mata Ratunya yang ada di hadapannya.

"Terima kasih sebab sudi datang, Ratu. Saya betul2 hargainya." Ujar Andrey tanpa mengalihkan pandangannya terhadap Qysarra.

Qysarra tersenyum manis dan mengangguk.

"Sama2 Putera Andrey. Beta sangat gembira sebab dapat berjumpa dengan kamu." Ujar Qysarra dengan baik.

Dahi Andrey mula berkerut.

'Suara tu sama seperti...'

"Adakah sebelum ni kita pernah berjumpa? Sebab saya rasa seperti pernah mendengar suara Ratu sebelum ini." Soal Andrey dengan serius.

Qysarra menelan air liurnya sebelum menjawab.

"Tidak. Kita belum pernah berjumpa. Ini pertama kalinya." Jawabnya dengan pantas tanpa teragak agak.

Andrey mengangguk kaku dan tersenyum.

"Baiklah jika begitu. Maafkan saya jika saya buat Ratu tidak selesa. Hanya saja, suara Ratu ada iras dengan seseorang yang saya cinta." Ujar Andrey sambil meminta diri untuk ke arah keluarganya di singgahsana bersama dengan Damin.

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now