Perasaan

1.2K 78 15
                                    

(Royal Academy)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Royal Academy)


---

Qysarra mengeluh berat apabila ramai yang memandang sinis ke arahnya.

'Kenapa mereka macam tu? Salah ke kalau jadi nerd? Kenapa mereka sangat bencikan perkara kecil sebegitu?'

Sepanjang Qysarra bertanya soalan di benak kepalanya. Dia hampir sahaja terlepas kelasnya jika dia melangkah lebih sedikit.

Dia mempersiapkan dirinya dan mula mengetuk pintu kelasnya dengan berhati-hati.
Tidak lama itu, pintu terbuka dan dia ternampak seorang professor perempuan di hadapannya.

Professor tersebut memandang jijik ke arah Qysarra dan berjaya membuatkan Qysarra terasa hati dengan sikapnya.

Professor tersebut memandang jijik ke arah Qysarra dan berjaya membuatkan Qysarra terasa hati dengan sikapnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Takkan pengajar juga bencikan beta? Betul2 akademi yang sangat teruk.'

"Ya? Ada apa datang sini?" Soalnya dengan sinis.

Qysarra membetulkan cermin matanya seketika dan terus menjawab soalan professor tersebut.

"Er..sa-saya pelajar baru kelas ini. Perkenalkan nama saya Qysarra."

Professor tersebut menaikkan keningnya dengan penuh berlagak. Dia mula berdecik.

"Kau yakin ke kau kelas ni? Kelas ni hanya terdapat pelajar yang kemas, bijak dan mewah. Bukannya selekeh, bodoh dan miskin. Aku rasa kau salah akademi." Ujarnya dengan sedikit kuat menyebabkan semua pelajar yang sedang menulis terhenti dan mula berbisik pasal Qysarra.

Apa lagi? Sudah tentulah pasal keburukan pakaian Qysarra.

Qysarra mula menggenggam tangannya dengan erat. Dia mula merasa guru ini sangat keterlaluan dari sikap asli seorang pengajar yang sepatutnya.

Kalau bukan Qysarra mengingatkan bahawa dia sedang menyamar, sudah pasti sekarang Qysarra memancung terus Professor ini di hadapan semua orang.

"Ma-maafkan saya Prof. Ta-tapi ini adalah bukti bahawa saya adalah pelajar akademi dan ini adalah kelas yang akan saya duduki. Silalah lihat."

The Real Queen Of KingsWhere stories live. Discover now