"Perhatian!! Di sini puteri Shinna yang cantik dan terhormat datang dengan satu berita yang terbaik."
Tanpa bagi salam dan dengan bossynya, Shinna duduk di tahkta yang sepatutnya milik ayahandanya. Keluarganya memandang datar ke arahnya yang tersengih.
"Turun Shinna. Kau bukan Ratu." Perli Bao dengan senyuman sinis.
Shinna mendengus geram dan mulai turun lalu pergi duduk bersama dengan keluarganya.
"Apa yang nak kamu sampaikan sayang?" Soal Permasuri dengan senyuman.
Sekali lagi dengan bangganya Shina berdiri sebagai seorang pembawa berita. Guko dan Bao menggeleng kepala mereka dengan sikap adiknya yang terlampau aktif.
"Tunggu dulu, sebelum tu boleh kamu jelaskan ke mana kamu pergi setelah pulang dari sekolah?" Soal Raja dengan tegas.
Mana tak tegasnya kalau Shinna adalah satu satunya anak perempuan yang dia punya. Walaupun aktif.
"Itulah yang Shinna nak bagitau! Sebenarnya sepanjang Shinna nak pulang, Andrey tidak ada menunggu drivernya. Biasanya Andrey akan pulang setelah dia nampak Shinna ada di depan akademi--"
"Memang la dia akan pulang ke istana masa kamu tengah tunggu driver. Kamu selalu menjadi pelajar yang terakhir pulang." Potong Guko dengan gelengan.
Shinna menjeling Guko. Memang dia akui kata2 dari abang sulungnya. Shinna memang pelajar terakhir yang pulang.
"Diamlah abang. Lepas tu--"
"Lain kali pulang la awal sikit. Kena culik baru tahu." Potong Bao pula.
Shinna mendengus geram.
"Abang!! Diamlah! Shinna nak cerita ni!" Terus sahaja Shinna marah kedua abangnya.
Guko dan Bao? Mereka gelakkan Shinna kerana mudah emosi. Raja dan Permaisuri menggeleng kepala mereka kerana kenakalan Guko dan Bao.
"Guko. Bao. Jangan sakat adik kamu." Larang Permaisuri dengan pandangan yang tajam.
Mereka tersengih manakala Shinna menahan sabarnya.
"Sambung sayang."
"Okay..sebenarnya Shinna nak cari Andrey. Masa Shinna nak cari, kebetulan driver sudah datang jadi Shinna pulang dan pergi ke sekolah semula." Jawabnya.
"Jadi kamu pergi ke sekolah la? Kenapa tak bagitau kami dulu? Bahaya kalau malam dan kamu keluar macam tu je." Ujar Raja dengan sabar untuk tidak memarahi anaknya itu.
Shinna tersenyum kecut dan pergi menuju ke arah Raja dan memeluknya dengan erat.
"Maafkan Shinna. Shinna risaukan Andrey. Shinna takut yang dia ada masalah atau terkunci mana2 ruang sekolah." Ujar Shinna dengan lembut.
Raja tersenyum dan mengangguk. Raja mula menyuruh Shinna menyambung ceritanya.
"Jadi lepas Shinna sampai, pintu pagar memang masih terbuka tanda ada lagi yang tidak pulang. Jadi Shinna ambil keputusan untuk masuk. Tapi ada satu yang paling mengejutkan Shinna."
Semua memandang Shinna dengan tegang. Mereka mula berfikir negatif. Adakah Shinna nampak hantu?
Ke ada penjahat?
Atau...
Alien?
Okay. Cukup dengan mengarut.
"Shinna nampak Andrey dengan seorang perempuan. Namanya kalau tak silap ialah Qysarra."
"Dia kekasih Andrey?"
Shinna nampaknya berfikir.
"Rasanya dia adalah kekasih Andrey sebab mereka nampak rapat. Dan Andrey cakap yang hujung minggu ni dia akan ajak perempuan tu keluar. Shinna syak hujung minggu inilah Andrey akan bawa Qysarra pergi jumpa keluarganya." Ujar Shinna dengan senyuman.
YOU ARE READING
The Real Queen Of Kings
FantasiaMengisahkan tentang seorang ratu sebenar yang menyamar menjadi rakyat biasa. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri. Tiada sebarang peniruan di sini*) Top Ranking: ✔60 in Magic ✔74 in Story ✔89 in...